Rawatan Islam Pulau Pinang

Rawatan Islam Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Islam Pulau Pinang, Alternative & holistic health service, Penang Island.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป :
๐ŸŒPengamal Berdaftar TCM,KKM:
Pengubatan Islam
๐ŸŒPerakuan TCM,KKM:
Pengamalan Pengamal Berdaftar
(Pengubatan Islam)
๐ŸŒDiploma Kemahiran Malaysia:
Perawatan Ruqyah
๐ŸŒSijil Kemahiran Malaysia:
Perawatan Ruqyah.

26/04/2026

Susuk Mungkin Disorok Di Kulit, Tapi X-ray Tetap Nampak

Dalam X-ray, ada susuk yang kelihatan seperti jarum-jarum halus bertaburan di bawah kulit muka, rahang, dagu atau bahagian tubuh lain.

Dari luar, seseorang mungkin nampak biasa. Tiada luka. Tiada parut jelas. Tiada siapa tahu.

Tapi bila masuk bilik X-ray, rahsia itu boleh muncul satu demi satu.

Dalam satu kajian melibatkan 33 pemakai susuk di kawasan kepala dan muka, penyelidik melaporkan ada individu yang mempunyai sehingga 39 pin susuk di kawasan craniofacial. Susuk juga sering ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan pergigian atau radiografi wajah. ๏ฟผ ๏ฟผ

Tetapi jangan sangka semua susuk mudah dibuang.

Dalam satu siri kes, ada susuk yang berjaya dikeluarkan melalui luka kecil. Namun ada juga kes di mana prosedur membuang susuk menjadi s**ar kerana jarum tidak mudah dikesan, dan doktor perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan struktur penting seperti saraf muka. ๏ฟผ

Inilah perkara yang ramai tidak fikir.

Bila sesuatu benda asing dimasukkan ke dalam tubuh, ia bukan sekadar โ€œduduk diamโ€. Ia boleh mengelirukan pemeriksaan X-ray, menyukarkan rawatan gigi, menyulitkan pembedahan, mencetuskan kebimbangan, dan dalam keadaan tertentu boleh dikaitkan dengan sakit, radang atau jangkitan.

Kepada mereka yang pernah memakai susuk, jangan malu untuk beritahu doktor, doktor gigi atau petugas kesihatan sebelum rawatan. Maklumat ini penting, terutama jika anda perlu menjalani X-ray, pembedahan, prosedur pergigian atau rawatan tertentu.

Kepada pengamal susuk, ini pesanan penting.

๐Ÿ™๐Ÿป Jangan jadikan tubuh manusia tempat menyimpan jarum atas nama kecantikan, pelaris, kasih sayang atau perlindungan.

๐Ÿ™๐Ÿป Jangan janjikan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan.

๐Ÿ™๐Ÿป Jangan suruh orang diam kalau mereka sakit, bengkak, bernanah, kebas atau mahu membuang susuk.

Dan paling penting, jangan cuba korek, cucuk semula atau buang sendiri tanpa penilaian perubatan.

Tubuh manusia bukan tempat eksperimen.

Kecantikan tidak sepatutnya datang dengan rahsia logam yang tersembunyi dalam kulit. Kalau sesuatu itu perlu disembunyikan sampai takut diberitahu kepada doktor, mungkin itu tanda bahawa tubuh kita tidak sepatutnya diperlakukan begitu.



๐——๐—œ๐—”๐—ก๐—ข๐—š๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ง๐—ข๐— .๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด :1.Cepat letih walaupun tak buat kerja berat.2.Kerap kencin...
25/04/2026

๐——๐—œ๐—”๐—ก๐—ข๐—š๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ง๐—ข๐— .

๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด :
1.Cepat letih walaupun tak buat kerja berat.
2.Kerap kencing terutama waktu malam.
3.Kencing kerap berbuih
4.Bengkak kaki.

๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ '๐—ฐ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐˜€ ๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐—ฐ๐—ธ' ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป.
Dianogsis berdasarkan simptom zahir belum tentu lagi tepat.Jika ada simptom ini belum tentu lagi anda ada penyakit buah pinggang.Namun jika ingin dapatkan pengesahan atau ketepatan 100% maka neraca yang perlu digunakan adalah perlu melalui ujian darah, ujian air kencing atau imbasan ultrasound.

๐——๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜๐—ผ๐—บ ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต:
1 Dada s**ar mengucup bila lepas nafas.
2.Tubuh sebelah kiri/kanan rasa sakit atau hilang deria rasa
3.Kepala rasa panas/pening.
4.Sangat s**a/sangat tak s**a makan burung merpati.
5.Jantung sering rasa berdebar.

๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ '๐—ฐ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐˜€ ๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐—ฐ๐—ธ' ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป:
Tiada.

Disebabkan tiada neraca untuk cross-check, maka 'dakwaan spesifik' melalui simptom zahir masih terdedah kepada kebetulan tepat atau tidak tepat sama sekali.Apatah lagi setiap perawat alternatif mempunyai perspektif atau pandangan yang berbeza dalam menetapkan simptom jenis-jenis sihir atau simptom jenis-jenis gangguan jin.Maka berpada-padalah dalam perkara ghaib.

Wallahua'lam.

ps-Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam

๐——๐—ข๐—” ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— .Sesetengah pesakit gangguan rohani mengalami masalah sering terjaga/terkejut pada lewat malam.Pe...
25/04/2026

๐——๐—ข๐—” ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ง ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— .

Sesetengah pesakit gangguan rohani mengalami masalah sering terjaga/terkejut pada lewat malam.Perkongsian ini adalah doa amalan yang boleh dibacakan oleh seseorang yang terkena gangguan syaitan jika terkejut malam dan rasa takut.

Rasulullah ๏ทบ pernah mengajari mereka beberapa kalimat (agar terhindar) dari rasa takut, iaitu:
ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽู„ูู…ูŽุงุชู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽุงู…ู‘ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุบูŽุถูŽุจูู‡ู ูˆูŽุดูŽุฑู‘ู ุนูุจูŽุงุฏูู‡ู ูˆูŽู…ูู†ู’ ู‡ูŽู…ูŽุฒูŽุงุชู ุงู„ุดู‘ูŽูŠูŽุงุทููŠู†ู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญู’ุถูุฑููˆู†ู
(Aku berlindung kepada kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya serta kejahatan para hamba-Nya, dan dari bisikan setan serta kedatangan mereka kepadaku).
[Hadith riwayat Abu Daud,3395,Hasan]

Gambar: Dari buku terbitan Darussyifa'.

17/04/2026

Seseorang yang tidak pernah ada pengalaman nampak makhluk ghaib dan kuat semangat adalah paling ideal belajar ruqyah untuk tujuan meruqyah orang ramai.InsyaAllah payah sikit rohani dan jasmaninya nak 'trigger' jika berhadapan dengan kes keras**an atau kes yang pelik-pelik.

Wallahua'lam.

15/04/2026

Ada yang jadikan medan ruqyah sebagai medium untuk rungkai perkara ghaib mengikut hawa nafsu sangkaannya.Lalu disebarkan kepada masyarakat.Medan ruqyah untuk rawat orang sakit.Bukan untuk berlebih-lebih bercakap tentang modus operandi jin di dalam badan pesakit.Bila terlalu terperinci berceloteh tentang jin yang ganggu pesakit, maka apa beza dengan dukun tukang tilik yang gemar mencanang perkara tahyul dan khurafat.Maka berpada-padalah.

Wallahua'lam.

Kes begini sering berlaku kepada pesakit yang datang kepada kami.Secara umumnya bukan sedikit kalangan pesakit gangguan ...
12/04/2026

Kes begini sering berlaku kepada pesakit yang datang kepada kami.Secara umumnya bukan sedikit kalangan pesakit gangguan rohani tertekan mental dan fizikalnya.Sebab itulah situasi ini sering terjadi kepada mereka.

Oleh sebab itulah selain dari ruqyah pesakit, penekanan kepada aspek tazkiatun nafs dan juga kaunseling sangatlah penting untuk stabilkan kembali emosi pesakit dan bagi memastikan pesakit kekal positif.

Mempengaruhi pesakit dengan dakwaan mistik yang berlebih-lebih hanya akan menambah lagi beban tekanan terhadap mental pesakit.Maka berpada-padalah tentang perkara ghaib.

Wallahua'lam.

Kredit kepada PHM.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐˜‚๐—พ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ.Alhamdulillah inilah juga pendirian kami.Kerana "berlebih-lebih" t...
08/04/2026

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ป๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐˜‚๐—พ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ.

Alhamdulillah inilah juga pendirian kami.Kerana "berlebih-lebih" terhadap perincian jenis-jenis penyakit ain, jenis-jenia sihir, jenis-jinis jin,jenis jantina jin yang menimpa ke atas pesakit hanyalah sia-sia dan melalaikan.Malah jika perawat mempengaruhi pesakit dengan perincian begini, hal ini hanya menyebabkan pesakit bertambah sakit memikirkannya.

Tak salah syak, asalkan berpada-pada dengan sangkaan peribadi.Jangan terlalu yakin dan jangan p**a mempengaruhi pesakit supaya menyakininya.Kerana belum tentu lagi sangkaan kita benar.Malah kesudahannya peruqyah akan meruqyah pesakit atau akan melalui kaedah yang dianjurkan sunnah juga.Samada sihir, penyakit ain, ataupun penyakit gangguan syaitan selain darinya maka kesudahannya masih tetap juga dengan ruqyah.

Wallahua'lam.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป: Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam

Kredit gambar: Rudi Abu Azka

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜: ๐—™๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜.Antara perkara dusta yang subur berlaku di dalam rawatan alternatif na...
04/04/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜: ๐—™๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜.

Antara perkara dusta yang subur berlaku di dalam rawatan alternatif namun ramai yang percaya adalah bila perawat dakwa seolah-olah dia tahu siapa yang sihir pesakit.Tapi disebabkan dia taknak burukkan orang jadi dia tak sebut nama.Dia nak pesakit sendiri bermain teka-tekinya.Kemudian dia spesifikkan beberapa ciri-ciri khusus pelaku sihir untuk mangsa teka siapakah gerangannya

Contohnya dia kata mangsa sakit angkara orang terdekat,kawan tempat kerja,atau keluarga sendiri.Tapi dia tak sebut nama.Cuma dia bagi ciri-ciri umum seperti berkulit cerah,kurang bercakap dengan mangsa,tinggi dan sebagainya.Inilah fitnah yang cukup jahat datang dari seorang perawat yang berlagak kasyaf.Kata-kata sebegini boleh menyebabkan pesakit memfitnah orang yang tak bersalah.

๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ-๐—ฐ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡,๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ท๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ผ๐—ฝ๐—ถ๐—ฎ๐—ต,๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚. Ada kes hamba Allah yang hubungi kami, disebabkan perawat tersebut telah beri petanda khusus pelaku sihir adalah rakan tempat kerja menyebabkan dia mula syak orang tertentu di tempat kerja.Amat malang jika yang melakukan ruqyah melalui bacaan ayat-ayat suci al-Quran namun turut terikut-ikut akhlak buruk tukang tilik.

Disediakan oleh :Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป: Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.

๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ-๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก.๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ต๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฒ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ:โœ๐Ÿป๐Ÿ—’๏ธ Peruqyah tidak perlu fokus kepada jenis-jen...
02/04/2026

๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ-๐—๐—˜๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก.

๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ต๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฒ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ:

โœ๐Ÿป๐Ÿ—’๏ธ Peruqyah tidak perlu fokus kepada jenis-jenis jin.

โœ๐Ÿป๐Ÿ—’๏ธDi dalam amalan ruqyah, fokus adalah kepada proses pemulihan.

โœ๐Ÿป๐Ÿ—’๏ธ Caranya tiada beza walaupun terdapat pelbagai jenis jin.Hanya baca ayat-ayat ruqyah sahaja.

Pandangan admin : Dakwa tahu jenis-jenis jin dalam badan pesakit adalah sia-sia,melalaikan,belum tentu benar,dan tidak bermanfaat lansung.Kerana perkara ghaib rahsia Allah.Bahkan yang lebih utama adalah pesakit perlu diruqyah.

๐——๐—”๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—จ๐—ค๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐—›.
๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

Untuk makluman.
01/04/2026

Untuk makluman.

๐€๐๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐€๐Š๐’๐”๐ƒ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐€๐‹ ๐๐“&๐Š ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘?

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ & ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ข (๐๐“&๐Š) ๐›๐ž๐ซ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐ข๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ข๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ข๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐€๐ค๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” [๐€๐ค๐ญ๐š ๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ“] ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐“&๐Š.

Sebelum mendapatkan rawatan, pastikan pengamal anda:

โœ”๏ธ Berdaftar dengan Majlis PT&K

โœ”๏ธ Mempunyai Perakuan Pengamalan Pengamal Berdaftar (PPPB) / Perakuan Pengamalan Sementara (PPS) yang sah

โœ”๏ธ Mematuhi Kod Tingkah Laku Profesional Pengamal PT&K

๐Ÿ’ก ๐“๐ข๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ :

Semak status pendaftaran pengamal secara dalam talian melalui pautan rasmi:

https://tcmonline.moh.gov.my/eStatus/pengamalInfo

๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก.

-----------------------------------------------------------------------

๐–๐‡๐€๐“ ๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐€๐๐“ ๐๐˜ ๐‘๐„๐†๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐„๐ƒ ๐“&๐‚๐Œ ๐๐‘๐€๐‚๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐๐„๐‘?

๐€ ๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ž๐ ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐š๐ง๐ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ฒ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐ข๐ง๐ž (๐“&๐‚๐Œ) ๐ฉ๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ž๐ซ ๐ซ๐ž๐Ÿ๐ž๐ซ๐ฌ ๐ญ๐จ ๐š๐ง ๐ข๐ง๐๐ข๐ฏ๐ข๐๐ฎ๐š๐ฅ ๐ฐ๐ก๐จ ๐ข๐ฌ ๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ข๐œ๐ข๐š๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ž๐ ๐ฎ๐ง๐๐ž๐ซ ๐ญ๐ก๐ž ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐š๐ง๐ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ซ๐ฒ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐ข๐ง๐ž ๐€๐œ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” [๐€๐œ๐ญ ๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ“] ๐›๐ฒ ๐ญ๐ก๐ž ๐“&๐‚๐Œ ๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ฅ.

Before receiving treatment, ensure that the practitioner:

โœ”๏ธ Is registered with the T&CM Council

โœ”๏ธ Holds a valid Registered Practitionerโ€™s Practising Certificate (RPPC) or Temporary Practising Certificate (TPC)

โœ”๏ธ Complies with the Code of Professional Conduct for T&CM Practitioner


๐Ÿ’ก ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ญ ๐ญ๐ข๐ฉ:

You can verify a practitionerโ€™s registration status online via the official link:

https://tcmonline.moh.gov.my/eStatus/pengamalInfo

๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐ฌ๐š๐Ÿ๐ž๐ญ๐ฒ ๐›๐ž๐ ๐ข๐ง๐ฌ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐œ๐ก๐จ๐จ๐ฌ๐ข๐ง๐  ๐š ๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ž๐ ๐š๐ง๐ ๐ช๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐Ÿ๐ข๐ž๐ ๐ฉ๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง๐ž๐ซ.

29/03/2026

Seorang hamba Allah yang telah lama menderita masalah gangguan rohani dakwa dia terkena sihir.Menurutnya kesemua 8 orang perawat yang pernah rawat dia berakhir dengan kematian.

Biasanya kata-kata pesakit seperti ini sudah dipengaruhi oleh hasutan syaitan.Ada masa diapun tidak mampu kawal apa yang dipertuturkan.Dakwaan seperti ini tidak lebih sekadar cuba nak menakut-nakutkan perawat yang hendak merawatnya semata-mata.

28/03/2026

Address

Penang Island

Telephone

01110145363

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share