14/03/2026
Waktu kecemasan, otak manusia akan jadi 'blank' dan panik. Anda takkan ada masa nak fikir apa nak bawa. Silap haribulan, anda lari sehelai sepinggang dan hilang semua dokumen penting!
Sebab tu, SETIAP RUMAH WAJIB ADA SATU "BEG KECEMASAN" (Go-Bag).
Berlaku krisis?
Capai beg ni dan terus selamatkan diri!
Sila 'Save' dan kongsikan Checklist Beg Kecemasan ini kepada keluarga anda:
1️⃣ Dokumen Penting: Salinan IC, sijil lahir, passport, kad bank. (Wajib simpan dalam zip-lock/bekas kalis air!).
2️⃣ Wang Tunai: Sediakan duit kecil secukupnya. Masa krisis, sistem bank/QR Pay mungkin tak berfungsi.
3️⃣ Telefon & Powerbank: Pastikan sentiasa bercas, jangan lupa kabel.
4️⃣ Lampu Suluh & Bateri Tambahan: Penyelamat bila bekalan elektrik terputus.
5️⃣ Wisel: Sangat penting untuk panggil bantuan (bomba/penyelamat) kalau terperangkap, tenaga tak habis berbanding menjerit.
6️⃣ Air Minuman: Bekalan asas hidrasi.
7️⃣ Makanan Tahan Lama: Biskut, makanan dalam tin (yang ada 'ring pull'), energy bar.
8️⃣ Kit Kecemasan & Ubat: Plaster, antiseptik, ubat demam, ubat cirit-birit, dan paling penting: Ubat penyakit kronik peribadi.
9️⃣ Pakaian & Selimut: Baju ganti ringan, pakaian dalam, tuala kecil, kasut yang sesuai, selimut nipis.
🔟 Kit Kebersihan & Keperluan Khas: Tisu basah, sabun, berus/ubat gigi. JANGAN LUPA: Susu, lampin anak, atau alat bantuan warga emas.
1️⃣1️⃣ Barang Tambahan: Pisau lipat serbaguna, pemetik api, dan plastik sampah (boleh guna sebagai baju hujan/tutup barang!).
Jangan tunggu bencana ketuk pintu baru nak kemas