28/04/2026
๐๐จ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐จ๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐ฃ๐๐/๐๐น๐ถ๐ฆ๐ค๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐จ๐๐ฅ๐-๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Pada hari Ahad, 26 April 2026 yang lepas, Hospital Pendang telah menjalani Audit Silang Pematuhan Indikator HPIA/CliSQI bagi data Januari-Disember 2025. Sesi pembukaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) dan dipengerusikan oleh Amirul Amin Amin bin Ab Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan II (Perubatan).
Audit silang ini adalah bertujuan bagi menilai tahap pematuhan pegawai terhadap piawaian yang ditetapkan dalam kamus indikator HPIA/CliSQI KKM. Ia juga merupakan langkah bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan, intergiti data dan ketelusan data klinikal sentiasa berada pada tahap tertinggi disamping mengenal pasti ruang penambahbaikan demi kecemerlangan organisasi.
Seramai 20 orang pegawai yang diketuai oleh Dr. Farozy Faizah binti Fazil dari JKN Kedah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Yan, Hospital S*k , Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Kulim telah terlibat sebagai juruaudit yang menilai pematuhan indikator di hampir kesemua jabatan klinikal termasuk di Jabatan Farmasi.
Sesi pembentangan penemuan hasil audit telah dipengerusikan oleh Dr Amirul Amin Amin Bin Ab Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan II (Perubatan). Tahniah dan syabas diatas pencapaian yang cemerlang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit silang iaitu para juruaudit, Penyelaras Indikator Jabatan/Unit, Pengiring Pasukan Auditors dan terutamanya kesemua pegawai di Unit Kualiti Hospital Pendang yang telah memberi komitmen sebaiknya bagi memastikan sesi audit ini berjalan dengan lancar dan berjaya.