Klinik Perubatan Bringin

Klinik Perubatan Bringin OPEN: SATURDAY - THURSDAY
9:00 AM - 10:00 PM He also possesses a calm reassuring bedside manner.

Klinik Perubatan Bringin offers wide variation of services for patients at our practice including family healthcare, outpatient care, management of chronic diseases and minor surgical operations. Resident Doctor: Dr. Ibrahim bin Bakar (MD, UKM)

Dr. Ibrahim is a very committed and caring General Practitioner with more than 35 years of experience in private practice managing a wide variety of acute and chronic medical problems.

Sejarah asal mengapa suntikan Typhoid diwajibkan kepada semua pengendali makanan di Malaysia. Dapatkan suntikan Typhoid ...
02/09/2025

Sejarah asal mengapa suntikan Typhoid diwajibkan kepada semua pengendali makanan di Malaysia. Dapatkan suntikan Typhoid anda di Klinik Perubatan Bringin sekarang!

Mary Mallon, seorang gadis Ireland sederhana, merantau ke Amerika pada usia remaja. Dia ditempatkan sebagai tukang masak di rumah-rumah berada New York. Masakannya sedap, reputasinya melonjak tetapi sayangnya, ia datang bersama penyakit tersembunyi.

Mary kelihatan sihat pipinya merah, langkahnya laju, tidak pernah rebah dengan demam. Tetapi di dalam tubuhnya, tersembunyi rahsia yang lebih dahsyat daripada senjata mana-mana penjahat.

Pundi hempedu Mary ibarat sebuah dapur kecil untuk kuman. Di situlah Salmonella typhi bersembunyi, beranak-pinak dalam senyap.

Mary tidak merasa apa-apa tiada sakit kepala, tiada cirit-birit. Sistem imunnya menahan gejala, tetapi tidak pernah berjaya menghapuskan musuh itu.

Setiap kali Mary ke tandas, bakteria itu keluar bersama najisnya. Dan kerana dia jarang mencuci tangan, kuman itu berpindah diam-diam ke senduk, ke adunan, ke salad segar dan aiskrim buatan tangan yang disajikan di meja makan.


Jejak Kematian Rumah-Rumah yang Dihantui Penyakit

Tahun 1906, Dr. George Soper menjejaki satu wabak pelik. Tifoid biasanya menyerang orang miskin, tetapi kali ini menular di kalangan orang berada.

Dr. George Soper mengesan corak menakutkan: di antara 8 keluarga yang diupah Mary bekerja, 7 mengalami wabak tifoid tidak lama selepas kehadirannya, dan sekurang-kurangnya 3 kematian disahkan akibat tifoid

Di Mamaroneck, hanya dua minggu selepas Mary mula memasak, seisi rumah jatuh demam. Di Manhattan, seorang pembantu rumah meninggal. Di Oyster Bay, enam daripada sebelas orang terbaring sakit. Corak aneh berulang: Mary datang, keluarga jatuh sakit, ada yang mati


Penyiasatan Dr. Soper

Doktor George Soper, seperti detektif tanpa pistol, mengesan Mary. Peta kes tifoid di New York menunjukkan namanya berulang di alamat-alamat berbeza.

Dr. Soper: “Mary, saya perlukan sampel najis awak untuk ujian.”

Mary: “Apa?! Saya sihat! Awak tuduh saya bawa penyakit?!”

Dr. Soper: “Ini penting. Nyawa ramai orang terancam.”

Mary: (menghunus pisau daging) “Berambus! Saya takkan bagi apa-apa!”

Namun Mary berkeras.

Mary: “Saya bukan pembawa penyakit! Ini semua fitnah kerajaan!”

Beberapa hari kemudian, dengan bantuan polis dan jururawat, sampel Mary diambil. Ujian makmal mengesahkan pundi hempedunya dipenuhi Salmonella typhi.

Di sinilah rahsia Mary terbongkar.

Mary ialah pembawa sihat (asymptomatic carrier). Sistem imunnya cukup kuat untuk menahan demam dan sawan, tetapi tidak mampu memusnahkan bakteria. Kuman itu memilih bersembunyi di pundi hempedu, membiak dalam senyap, keluar bersama najis setiap hari.

Kerana Mary jarang membasuh tangan, bakteria itu berpindah ke senduk, ke salad segar, ke aiskrim buatan tangan. Mary tidak pernah sakit, tetapi masakannya menjadi racun.


Penjara Tanpa Jeruji Pengasingan dan “Pelepasan” yang Berbahaya

Setelah dijadikan tertuduh utama, Mary dipenjara di North Brother Island. Namun, pada 1910, dia dilepaskan dengan syarat: jangan lagi memasak dan patuhi kebersihan. Tapi cinta terhadap dapur lebih kuat dia tukar nama,
kembali memasak

Hospital Wanita Sloane, 1915: Mary memasak di sana secara sembunyi.

Akibatnya, 25 pesakit dijangkiti, dan jelas: 1 kematian disahkan secara langsung daripadanya . Setelah dijumpai, dia dikurung semula selama 23 tahun hingga akhir hayat.

Akhirnya, Mary dikurung seumur hidup di sebuah pulau.

Sendirian. Terasing.

Tahun 1938, dia meninggal akibat radang paru-paru.

Bedah siasat mendedahkan rahsia terakhir: bakteria masih hidup segar dalam tubuhnya.
Mary tidak pernah benar-benar bebas.

Typhoid Mary.
Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.
Kisahnya jadi amaran: kadang kala, bahaya datang dari mereka yang kelihatan paling sihat.

Hari ini kita ada pilihan.
👉 Suntikan tifoid untuk pengendali makanan.
👉 Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
👉 Jaga kebersihan dapur.

Kerana sekali kita lalai, bukan hanya pelanggan yang sakit. Mungkin anak kecil yang menanti kita di rumah, suami atau isteri yang percaya pada kita, ibu ayah yang sudah tua.

Setitis kuman boleh meragut nyawa,
tapi secalit usaha menjaga kebersihan mampu menyelamatkan banyak jiwa.

Ambillah suntikan tifoid. Basuhlah tangan. Jagalah dapur.
Kerana kasih sayang kita pada keluarga bermula dari makanan yang selamat.

Pada hari ini pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka!’ sebanyak 7 kali sambil diikuti oleh jutaan rakya...
31/08/2025

Pada hari ini pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka!’ sebanyak 7 kali sambil diikuti oleh jutaan rakyat jelata Tanah Melayu. Ikonik dan bersejarah.

Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan ke-68! Tanah tumpahnya darahku.
🇲🇾 ❤️

Ikhlas dari,
Klinik Perubatan Bringin Pendang

Generasi ke generasi Klinik Perubatan Bringin menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk warga Pendang dan sekitar...
10/04/2025

Generasi ke generasi Klinik Perubatan Bringin menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk warga Pendang dan sekitar. La ni Doktor Wanita pun ada tau ❗️❗️

Scan Ibu mengandung ✅

Demam, Batuk, Selsema ✅

Rawatan Kulit (Kayap, Kudis Buta, Eczema) ✅

Rawatan IV Drip ✅

Dan macam-macam lagi..

Klinik Perubatan Bringin (Bangunan Sebelah Petronas Pendang) 📍

Sabtu - Khamis (Jumaat Tutup) 🩺 🩺

9:00 Pagi - 10:00 Malam ⏰ ⏰ ⏰

04-7590 889 📞 📞

Selamat Hari Raya Aidilfitri  dari kami di Klinik Perubatan Bringin.Taqabballahu Mina wa minkum.
31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami di Klinik Perubatan Bringin.

Taqabballahu Mina wa minkum.

17/03/2025

Apa yang terjadi kepada badan kita ketika berpuasa?

Rasulullah ﷺ bersabda:"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Al...
01/03/2025

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selamat beribadat dari kami di Klinik Perubatan Bringin Pendang.

🔊🔊 ❗❗❗KAMI MENCARI 5 ORANG IBU MENGANDUNG DI PENDANG❗❗❗🔊🔊Orang Pendang, Tolong sampaikan dekat ahli keluarga, orang kamp...
28/01/2025

🔊🔊 ❗❗❗KAMI MENCARI 5 ORANG IBU MENGANDUNG DI PENDANG❗❗❗🔊🔊

Orang Pendang,

Tolong sampaikan dekat ahli keluarga, orang kampung dan kawan-kawan yang Klinik Perubatan Bringin Pendang sedang mencari 5 orang ibu mengandung untuk :

SCAN ULTRASOUND BABY PERCUMA❗❗ ❗️

Ya secara PERCUMA ❗❗ ❗️

🤩 🤩 🤩 🤩 🤩 🤩 🤩 🤩

Kami Ulang lagi sekali, Secara PERCUMA ❗️❗️

🥳 🥳 🥳 🥳 🥳 🥳 🥳 🥳

Scan dilakukan oleh Doktor Wanita yang berpengalaman tau ❗❗❗

👩🏻‍⚕️ 👩🏻‍⚕️ 👩🏻‍⚕️ 👩🏻‍⚕️

Syarat untuk dapatkan SCAN ULTRASOUND PERCUMA cukup mudah:

1- Like, Share Posting ini dan Follow mana-mana akaun sosial media Klinik Perubatan Bringin (Facebook, Instagram, Tiktok). 👍👍 👍

2- Call Klinik Perubatan Bringin Pendang di talian 04-7590889 untuk booking slot Free Scan Baby 👶👶 📞📞📞

3- Hanya terhad kepada 5 orang terawal. Siapa cepat dia, dapat! 🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♂️

P/s: Klinik Perubatan Bringin Pendang beroperasi seperti biasa hari ini dari Jam 9:00 Pagi - 10:00 Malam (Jumaat Tutup). Doktor Wanita pun ada tau ❗ ❗️ ❗️

CHINA KENA SERANG LAGI?Tak sampai 5 tahun diserang COVID kini China sekali lagi diserang virus.  Namun Human Metaneumovi...
07/01/2025

CHINA KENA SERANG LAGI?

Tak sampai 5 tahun diserang COVID kini China sekali lagi diserang virus.
Namun Human Metaneumovirus (HMPV) ni bukanlah virus baru. Menurut KKM, di Malaysia tahun lepas ada lebih kurang 300 sample positif virus HMPV dikesan dan situasi tidak membimbangkan.

Kita sebagai orang awam tetap kena berhati-hati terutama jika ke tempat sesak dan kalau bersin atau batuk tolong tutup mulut dan hidung 😷🤧😷🤧

p/s: Klinik Perubatan Bringin beroperasi seperti biasa hari ini sehingga jam 10 Malam. Demam, Batuk, Selsema? Jom singgah Klinik Bringin. Doktor Wanita pun ada tau 👩‍⚕️👩‍⚕️👩‍⚕️

21/12/2024

ANDA MENCARI KLINIK 5 BINTANG?
⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️

Alhamdulilah ramai pelanggan yang pernah datang bagi feedback positif. Kalau dak takkan boleh bertahan selama 40 tahun kan ❓❗️

Yang mencari perkhidmatan kesihatan 5 Bintang, boleh lah singgah Klinik Perubatan Bringin Pendang.

📌 Sabtu - Khamis (Jumaat Tutup)

⏰ 9:00 Pagi - 10:00 Malam

☎️ 04-7590889

👩‍⚕️ Doktor Wanita pun ada ✅✅✅

Send a message to learn more

08/12/2024

🌟 Klinik Perubatan Bringin Pendang Kini Lebih Selesa dan Moden! 🌟

Setelah berkhidmat lebih 40 tahun, kini klinik kami telah berwajah baru untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan selesa untuk anda dan keluarga.

🕒 Waktu Operasi:
✅ Sabtu-Khamis: 9:00 Pagi – 10:00 Malam
(Jumaat Tutup)

💖 Berita baik untuk wanita!Kami mempunyai doktor wanita untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan anda semasa setiap lawatan.
👩‍⚕️👨‍⚕️👩‍⚕️👨‍⚕️👩‍⚕️👨‍⚕️

🩺 Jom datang ke klinik kami untuk merasai suasana baru dan perkhidmatan kesihatan terbaik dari kami.

Di Klinik Perubatan Bringin, Kami Sentiasa Perihatin akan Kesihatan Anda. 💕💕

📍 Lokasi: Klinik Perubatan Bringin Pendang
📞 Hubungi kami: 04-7590 889.




We’re open today until 10:00 PM! Offering a wide range of medical services with a female doctor in house. Visit us—we’d ...
05/12/2024

We’re open today until 10:00 PM! Offering a wide range of medical services with a female doctor in house. Visit us—we’d love to care for you!”


Address

No 1104 & 1105, Jalan Bangunan Beringin, Halaman Perdana
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6047590889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Perubatan Bringin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Perubatan Bringin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram