Geng Farmasi KKPC

Geng Farmasi KKPC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Geng Farmasi KKPC, Medical and health, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa.

Nak Balik Kampung? Jangan Lupa Bawa Ubat!🚗💊Nantikan kupasan lanjut di:📻 Radio THR Gegar🗓️ 18 Mac 2026 (Rabu)⏰ 7.15 pagi
17/03/2026

Nak Balik Kampung? Jangan Lupa Bawa Ubat!🚗💊

Nantikan kupasan lanjut di:
📻 Radio THR Gegar
🗓️ 18 Mac 2026 (Rabu)
⏰ 7.15 pagi

Sempena Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 19 Mac 2026, Pesakit yang mempunyai temu janji ubat susulan pada tar...
17/03/2026

Sempena Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 19 Mac 2026, Pesakit yang mempunyai temu janji ubat susulan pada tarikh tersebut adalah disarankan untuk mengambil bekalan ubat lebih awal bagi memastikan bekalan ubat mencukupi. Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amat kami hargai.

Unit Farmasi
Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa
17 Mac 2026.

UBAT & RAYA Saya kongsikan tips balik ke kampung dengan membawa ubat-ubatan. Bagi individu yang kurang sihat atau memerl...
11/03/2026

UBAT & RAYA

Saya kongsikan tips balik ke kampung dengan membawa ubat-ubatan.

Bagi individu yang kurang sihat atau memerlukan rawatan ubat-ubatan untuk jangkamasa panjang, perjalanan jauh untuk balik ke kampung mungkin memudaratkan jika ubat tidak diambil dengan betul.

Ini terutamanya bagi golongan yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes atau darah tinggi.

Pengurusan ubat yang baik dapat memastikan penyakit terkawal, serta membolehkan anda menikmati perjalanan yang telah dirancang, seterusnya tidak menggangu persiapan & mood raya anda.

Kami kongsikan pengurusan asas ubat-ubatan sempena musim perayaan kali ini.

Semak ubat anda sebelum balik beraya di kampung masing-masing ye!

Geng Farmasi KKPC
11 March 2026.

💊 PENGAMBILAN UBAT SEMASA BERPUASA 🌙✨Bulan Ramadan merupakan waktu umat Islam menunaikan ibadah puasa. Namun bagi pesaki...
11/03/2026

💊 PENGAMBILAN UBAT SEMASA BERPUASA 🌙✨

Bulan Ramadan merupakan waktu umat Islam menunaikan ibadah puasa. Namun bagi pesakit yang perlu mengambil ubat, sering timbul persoalan tentang cara pengambilan ubat tanpa menjejaskan ibadah puasa 🌙

📌 Antara perkara yang dikongsikan dalam buletin ini:
• Kewajipan berpuasa dalam Islam
• ⁠Cadangan cara pengambilan ubat semasa bulan Ramadan
• Jenis ubat yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa
• Isu penggunaan inhaler semasa berpuasa

💡 Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengubah jadual atau cara pengambilan ubat sepanjang Ramadan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih selamat dan teratur 😇😇

📣 Kongsikan buletin ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai mendapat manfaat.

⚠️AWAS! JANGAN SIMPAN UBAT DI TEMPAT YANG SALAH🚫Haba, cahaya dan kelembapan boleh merosakkan ubat anda!Nampak remeh,buka...
03/02/2026

⚠️AWAS! JANGAN SIMPAN UBAT DI TEMPAT YANG SALAH🚫
Haba, cahaya dan kelembapan boleh merosakkan ubat anda!
Nampak remeh,bukan? Tapi silap langkah boleh membuatkan ubat tidak lagi efektif.

JOM! CAKNA UBAT ANDA😉

❓ Pening selepas makan ubat - ini ALAHAN atau KESAN SAMPINGAN?Tak semua reaksi itu sama😏Swipe Infografik ini untuk faham...
28/01/2026

❓ Pening selepas makan ubat - ini ALAHAN atau KESAN SAMPINGAN?
Tak semua reaksi itu sama😏
Swipe Infografik ini untuk fahami perbezaannya➡️

🚫 JANGAN KONGSI UBAT ANDA💊Awass‼️Apa yang selamat untuk anda mungkin membahayakan nyawa orang lain kerana penerimaan/tin...
28/01/2026

🚫 JANGAN KONGSI UBAT ANDA💊
Awass‼️Apa yang selamat untuk anda mungkin membahayakan nyawa orang lain kerana penerimaan/tindak balas sesetengah individu terhadap ubat mungkin berlainan berbanding anda.

Anda mungkin mendedahkan mereka kepada risiko alahan ubat❗️

Hmm🤔🤔🤔 kalau jadi pening-pening kepala, itu alahan ubat atau kesan sampingan??

Nantikan perkongsian seterusnya🤭

🤔APA ITU KONSEP 5B??Untuk membuka tirai tahun 2026, kita mulakan dengan perkara yang paling ASAS yang perlu pesakit/peng...
14/01/2026

🤔APA ITU KONSEP 5B??
Untuk membuka tirai tahun 2026, kita mulakan dengan perkara yang paling ASAS yang perlu pesakit/pengguna ubat tahu ketika mengambil ubat di kaunter iaitu konsep 5B🤚🏻.

✅Pengguna BETUL
✅Ubat BETUL
✅Dos BETUL
✅Cara ambil, BETUL
✅Masa ambil, BETUL

Bila semua dah betul, JANGAN KONGSI Ubat anda p**a ya🙂‍↕️. Nak tahu kenapa tak boleh? Nantikan perkongsian seterusnya😉

Anda Ahli Profesional Kesihatan yang aktif di media sosial (TikTok/IG/FB)? Sering buat review atau promosi?AWAS! Tahu ta...
19/11/2025

Anda Ahli Profesional Kesihatan yang aktif di media sosial (TikTok/IG/FB)? Sering buat review atau promosi?

AWAS! Tahu tak, iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan korang WAJIB diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat, KKM?

Tak lulus? Boleh kena denda/penjara.

Jangan ambil mudah! Pastikan kandungan anda sah di sisi undang-undang. Jom layari 👉 www.pharmacy.moh.gov.my/tobats untuk check status ubat!

Tahniah En. Aswady Adenan, Pegawai Farmasi Y/M KKPC & En. Rizwan Ramli, Pegawai Farmasi HRPZ II kerana berjaya memenangi...
08/10/2025

Tahniah En. Aswady Adenan, Pegawai Farmasi Y/M KKPC & En. Rizwan Ramli, Pegawai Farmasi HRPZ II kerana berjaya memenangi pingat emas badminton beregu lelaki VIP/veteran PHARMSPORTS 2025 yang berlangsung di Lembah Klang 3-5 Oktober baru-baru ini.

Pasangan ini merupakan pemenang pingat emas badminton beregu lelaki PHARMSPORTS 2023 yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Terima kasih kerana mengharumkan nama Farmasi Kelantan dipersada kebangsaan.

Semoga terus cemerlang di masa akan datang !

Address

Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6097714041

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Farmasi KKPC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram