YOKUK A charitable foundation established to alleviate the plight of people with disabilities and to give them a meaningful life.

Name of organisation: YOKUK
Registration number: 199901014313 (489213-T)

YOKUK is a one-stop centre at Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan. We provide all kinds of therapy services, welfare services and also vocational training. YOKUK- A Foundation For The Disabled and Underprivileged , is a charitable foundation established to alleviate the plight of people with disabilities and to gi

ve them a meaningful life. First started in July 1999, at the Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, Kelantan, YOKUK now provide services to approximately 5200 registered clients and their families free of charge.The one-stop centre at Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa provide all kinds of therapy services, welfare services and also vocational training. We also have 5 teams providing Palliative care services to the homes for those who are bedridden.. Donation refund policy
No refunds of donations given through online donations. All contributions are on their own initiative. Tiada bayaran balik atau pemulangan sumbangan yang diberikan melalui sumbangan dalam secara online. Semua sumbangan adalah atas keihklasan diri.

“Tubuh kecil ini mungkin terbatas, tapi kuatnya tak pernah kita nampak sepenuhnya.  Dalam diam, dia berjuang… Dalam seti...
28/04/2026

“Tubuh kecil ini mungkin terbatas, tapi kuatnya tak pernah kita nampak sepenuhnya. Dalam diam, dia berjuang… Dalam setiap nafas, ada harapan yang dipertahankan. Fisioterapi paliatif bukan sekadar rawatan ia adalah sentuhan lembut yang cuba meredakan sakit, memberi sedikit kelegaan, dan menghadirkan rasa tenang di saat yang paling rapuh. Mungkin kita tak mampu mengubah segalanya, tapi kita masih boleh memastikan setiap detiknya dipenuhi kasih sayang… kerana bagi mereka, itu sudah cukup bermakna. ”

Bengkel ”Dari Panik ke Bertindak: Latihan Asas Menyelamatkan Nyawa untuk Penjaga Anak Istimewa.” 🚑✨Bengkel ini diadakan ...
28/04/2026

Bengkel ”Dari Panik ke Bertindak: Latihan Asas Menyelamatkan Nyawa untuk Penjaga Anak Istimewa.” 🚑✨
Bengkel ini diadakan pada 23 April 2026 telah disertai oleh 30 orang peserta yang komited untuk belajar kemahiran kecemasan.
Terima kasih kepada Dr. Shaharudin Shah,Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Kecemasan,Kampus Kesihatan USM dan 4 orang fasilitator Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan atas perkongsian yang sangat bermakna.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan baik dalam memberikan bantuan awal yang tepat dan berkesan.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Miss Gan dari Hotel Grand Riverview atas sumbangan lampin pakai...
27/04/2026

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Miss Gan dari Hotel Grand Riverview atas sumbangan lampin pakai buang dan susu Peptamen kepada unit kami.
Beliau juga telah menyumbang pelbagai keperluan lain untuk pesakit kami. Setiap bantuan yang diberikan amat bermakna dan terus meringankan beban mereka yang memerlukan.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan berterusan. Semoga kebaikan ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda

SERTAI WEBINAR PERAWATAN PALIATIF KELANTAN 2026! 🌟Adakah anda ingin mendalami ilmu mengenai penjagaan paliatif? YOKUK Fo...
27/04/2026

SERTAI WEBINAR PERAWATAN PALIATIF KELANTAN 2026! 🌟

Adakah anda ingin mendalami ilmu mengenai penjagaan paliatif? YOKUK Foundation dengan bangganya membawakan webinar khas bertemakan:

✨ "Paliatif Tanpa Sempadan: Integrasi Perawatan Paliatif Merentasi Semua Peringkat Perkhidmatan" ✨

Webinar ini menghimpunkan pakar-pakar perubatan untuk mengupas pelbagai topik penting, termasuk perjalanan akhir kehidupan, pendekatan holistik, penjagaan paliatif kanak-kanak, dilema etika, dan perancangan penjagaan masa hadapan (Advance Care Planning).

BUTIRAN PROGRAM:
📅 Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8:00 pagi – 4:50 petang
💻 Platform: Zoom (Secara Maya)

YURAN PENYERTAAN:
👨‍⚕️ Profesion Kesihatan Bersekutu: RM50
👨‍👩‍👧‍👦 Penjaga / Orang Awam: RM30

🎁 Kelebihan: Peserta yang layak akan memperoleh 6 Mata CPD!

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR? Mudah sahaja! Jangan lepaskan peluang ini!
Daftar sekarang sebelum tempat penuh: Ikuti pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfaS9DhLhfCupfvRwiPX0S6WZQbPPk9Jt90lOaE4YSzeLTaw/viewform

🩺JEMPUTAN KE BENGKEL BASIC LIFE SUPPORT 💙“Dari Panik ke Bertindak: Latihan Asas Menyelamatkan Nyawa untuk Penjaga Anak I...
21/04/2026

🩺JEMPUTAN KE BENGKEL BASIC LIFE SUPPORT 💙

“Dari Panik ke Bertindak: Latihan Asas Menyelamatkan Nyawa untuk Penjaga Anak Istimewa”

Setiap saat ketika kecemasan boleh menentukan nyawa. Adakah kita sudah bersedia? 🚨

Unit Terapi YOKUK Foundation menjemput Tuan/Puan/Penjaga untuk menyertai bengkel ini sebagai persediaan penting dalam menghadapi situasi kecemasan bersama anak-anak istimewa.

📅 23 April 2026 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi – 1.00 tengahari
📍 YOKUK Foundation, Padang Tembak

Bengkel ini memberi fokus kepada:
✨ Mengenalpasti tanda-tanda kecemasan dengan lebih awal
✨ Cara bertindak dengan tenang ketika situasi kritikal
✨ Latihan asas CPR kanak-kanak yang betul dan praktikal
✨ Meningkatkan keyakinan ibu bapa/penjaga dalam situasi kecemasan

💡 Ilmu yang kecil, tetapi impaknya besar—boleh menyelamatkan nyawa!

Untuk kehadiran boleh hubungi di talian 09-7743033
Tempat adalah terhad ❗

Bersedia lebih awal, kerana setiap saat itu berharga 💙 💙

Kami sedang mencari anda!  YOKUK Foundation membuka peluang kepada individu yang berkelayakan dan berdedikasi untuk meny...
20/04/2026

Kami sedang mencari anda! YOKUK Foundation membuka peluang kepada individu yang berkelayakan dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami dalam memberikan perkhidmatan penjagaan paliatif kepada pesakit yang memerlukan. Jika anda mempunyai minat untuk berkhidmat dan ingin memberi impak kepada masyarakat, kami mengalu-alukan permohonan anda.
📩 Hantar resume ke: admin@yokuk.org
📞 09-774 3033
🗓 Tarikh tutup: 30 April 2026

Selain aktiviti asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di dalam kelas serta menikmati makanan tengah hari percuma di kan...
19/04/2026

Selain aktiviti asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di dalam kelas serta menikmati makanan tengah hari percuma di kantin, Program Peningkatan Pencapaian Murid Pemulihan Khas di Daerah Pedalaman Kelantan ini turut menitikberatkan pembentukan sahsiah dan nilai murni. Murid-murid bersama-sama melaksanakan solat Zohor secara berjemaah sebagai sebahagian daripada pengisian program.

Gabungan pembelajaran akademik dan pembangunan rohani ini menjadikan program tuisyen lebih seimbang, bermakna serta menyeluruh dalam membentuk murid yang cemerlang dari segi ilmu, akhlak dan disiplin 🤲✨

14/04/2026

“Farewell Aline & Sarah 🤍✨
Thank you for your dedication, commitment, and the beautiful memories you’ve shared throughout your practical placement at YOKUK. Your presence has not only made a meaningful impact on the clients, but also brought warmth and positivity to the team.
We hope this experience becomes a valuable foundation for your journey as future Occupational Therapists. Keep striving, learning, and giving your very best in everything you do.
You will truly be missed. Wishing you all the best in your future journey! 🌷💫”

Alhamdulillah, pasukan Palliative bersama COO YOKUK Foundation, Puan Sulaini berpeluang hadir ke Mesyuarat Agung Persatu...
13/04/2026

Alhamdulillah, pasukan Palliative bersama COO YOKUK Foundation, Puan Sulaini berpeluang hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Kota Bharu Kali Ke-10 di SMK Pengkalan Chepa untuk memperkenalkan YOKUK Foundation
dan perkhidmatan yang kami sediakan.
Moga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka lebih banyak ruang sokongan buat mereka yang memerlukan.

An insightful online meeting was conducted with OT student supervisor, Bierger, together with Farhan and Nurli as mentor...
12/04/2026

An insightful online meeting was conducted with OT student supervisor, Bierger, together with Farhan and Nurli as mentors at YOKUK to discuss student evaluation during practical placement.
The session was divided into two important phases:
🔹 Mid Evaluation – to review students’ progress, provide constructive feedback, and identify areas for improvement.
🔹 Final Evaluation – to assess overall performance, competency, and readiness for professional practice.
This collaborative discussion ensures continuous guidance, supports student development, and maintains high standards in Occupational Therapy training.

WORLD AUTISM AWARENESS DAY“Autism is not a barrier, but a spectrum of uniqueness. Let us understand, accept, and support...
02/04/2026

WORLD AUTISM AWARENESS DAY
“Autism is not a barrier, but a spectrum of uniqueness. Let us understand, accept, and support them with love. 💙✨

YOKUK bersama dalam Program Sambutan Hari Kesedaran Kanser 2026 🌸YOKUK berpeluang menghadiri satu program yang penuh mak...
02/04/2026

YOKUK bersama dalam Program Sambutan Hari Kesedaran Kanser 2026 🌸

YOKUK berpeluang menghadiri satu program yang penuh makna — meningkatkan kesedaran tentang kanser serta memperkukuh sokongan kepada para pesakit dan penjaga 💜
Bertemakan “Keunikan dalam kisah, bersama melawan kanser, bersatu dalam harapan”, program ini menjadi satu peringatan bahawa di sebalik setiap diagnosis, ada kisah kekuatan, ketabahan dan harapan ✨

Di YOKUK, kami percaya bahawa sokongan komuniti memainkan peranan besar dalam setiap perjalanan rawatan — dan kami berbangga dapat bersama dalam usaha ini 🤝

Bersama, kita kuat. Bersama, kita lawan. 💪💜

Address

Jalan Padang Tembak
Pengkalan Chepa
16000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6097743033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YOKUK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to YOKUK:

Share