Pusat Terapi Kanak-Kanak Al-Amin

Pusat Terapi Kanak-Kanak Al-Amin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Terapi Kanak-Kanak Al-Amin, Medical and health, No 16 Lorong Kelisa Emas 2, Seberang Jaya, Perai.

Soalan biasa ibubapa tentang speech therapy.1) umur berapa boleh mula hantar anak ke speech therapy?Biasanya ibubapa han...
29/11/2022

Soalan biasa ibubapa tentang speech therapy.

1) umur berapa boleh mula hantar anak ke speech therapy?

Biasanya ibubapa hantar pada usia 2 tahun. Tapi jika ibubapa detect lebih awal, nak mula umur 1thn 8bulan pun boleh dah.

2) speech therapy ni, akan buat apa?

Sesi pertama ialah penilaian. ST akan nilai tahap keupayaan anak dari segi pertuturan bahasa. Jika dia lambat, berapa lama dia lambat berbanding rakan sebaya. Apa jenis masalah yg dia sedang hadapi sebenarnya.

Sesi-sesi yg berikutnya ialah sesi terapi. ST akan set target latihan ikut tahap keupayaan dia. ST juga akan bantu ibubapa utk sama-sama lakukan di dalam bilik terapi, supaya boleh sambung buat latihan di rumah. ST akan terangkan apa contoh bahan mengajar yg sesuai, teknik-teknik yg ibubapa boleh lakukan untuk mendapatkan respon anak.

Sesi ST juga ada bahagian-bahagian kaunseling. Terutamanya bila melibatkan plan nak daftar sekolah, tentang keperluan utk berjumpa pakar-pakar tertentu.

3) berapa lama nak kena buat speech therapy ni?

Bergantung pada kebolehan anak tu untuk progress. Jika tahap masalah dia hanya sikit saja, ibubapa juga rajin latih di rumah, maka sesi terapi jadi singkat saja. Tak sampai 6 bulan dah berhenti sebab dia dah capai tahap umur sebenar dia.

Tapi kalau tahapnya lebih teruk, ada p**a ciri-ciri autism yg di tahap non verbal, maka proses terapi jadi lebih panjang. Makan masa bertahun-tahun lamanya.

Untuk mendaftar, boleh wsap admin di
http://wa.me/601120881070

Pn Amirah ada di sini setiap hari Khamis dan Jumaat. Jadual saya hari Rabu. Untuk set tarikh appointment, boleh wsap adm...
02/11/2022

Pn Amirah ada di sini setiap hari Khamis dan Jumaat. Jadual saya hari Rabu. Untuk set tarikh appointment, boleh wsap admin di
http://wa.me/601120881070

20/06/2022

Sebelum kanak-kanak boleh bercakap, dia mestilah menguasai kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus dengan baik.

Bagi kanak-kanak yg mengalami lambat perkembangan, dia agak lewat berjalan berbanding rakan sebaya. Jadi apabila sudah boleh berjalan, dia masih takut-takut untuk naik tangga, takut nak langkah longkang.

Apabila diberikan block puzzle bentuk-bentuk asas, dia s**ar nak masukkan pada ruang yang sama. Apabila diminta menggunakan jari untuk ambil objek yang lebih kecil, dia s**ar nak capai. Main baling-tangkap bola pun masih tak boleh.

Ini semua adalah bidang kepakaran OT / Occupational Therapist. Semakin awal dia dibantu, semakin baguslah jangkaan kejayaan progress kanak-kanak.
http://wa.me/601120881070

20/06/2022

Cikgu tadika kata anak tak ikut aktiviti yg dibuat di tadika. Tak nak tulis, tak nak belajar baca. Datang tadika cuma untuk sesuaikan diri dengan suasana ramai saja.

Kalau mcm tu, bila dia nak mula belajar tentang persediaan ke sekolah? Bila dia nak mula belajar mewarna? Bila nak mula belajar asas membaca?

Di tadika, guru ada ramai murid, tak dapat nak tumpu kat dia seorang. Sebab itulah penting untuk bawa anak ke kelas EIP sesi individu. Guru EIP berpengalaman mendidik murid yg memerlukan bantuan secara khusus begini.

20/06/2022

Kami menyediakan perkhidmatan EIP sesi individu di Seberang Jaya. 1 sesi selama 2jam.

Guru EIP mengajar murid dari segi:

1) tumpuan membuat aktiviti di meja kerusi
2) bermain permainan yg sesuai dengan tahap keupayaan murid
3) melatih murid asas menulis dan membaca
4) menggalakkan murid berkomunikasi sambil membuat aktiviti bermain
5) menggalakkan murid tumpu dan faham pada buku-buku bergambar

Ada banyak lagi. Guru membuat penilaian sebelum memulakan aktiviti bersama murid. Jadi aktiviti yg dibuat, sesuai dengan tahap individu murid.

Bagi kanak-kanak yg didapati menghadapi kes**aran untuk belajar dalam suasana ramai di tadika, eloklah datang ke kelas EIP sesi individu ini untuk belajar terus dari guru.

Kelas ini buka setiap rabu-ahad
Untuk booking tarikh appointment, boleh wsap admin di http://wa.me/601120881070

20/06/2022

Kanak-kanak yg ada masalah sensori, mesti dibawa berjumpa Terapis Cara Kerja / OT.

Contoh ciri-ciri masalah sensori:
1) marah apabila mahu potong rambut
2) tak s**a potong kuku
3) berjalan jinjit kaki
4) bermain dengan air liur
5) kerap tekup telinga apabila dengar bunyi yang dia tak s**a
6) kerap tanggalkan baju seluar
7) tak boleh ada sikit kotor/basah pada pakaian
8) menangis teruk apabila berada di tempat ramai orang

Bawalah anak berjumpa OT untuk penilaian lanjut.
OT kami di Seberang Jaya, buka rabu-ahad
Untuk booking tarikh appointment, boleh wsap admin http://wa.me/601120881070

30/03/2022

Anak s**ar sesuaikan diri di tadika? Menangis atau cikgu merungut tentang masalah anak di tadika?

Jom dengar apa kata Terapis Cara Kerja, Cik Emylia tentang isu ini.

Kelas Terapi Cara Kerja terletak di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya.
Untuk mendapatkan tarikh appointment, boleh hubungi kami di
http://wa.me/601120881070

Kelas pemulihan disleksia ini terletak di Taman Kelisa Emas, belakang AeonBig Seberang Jaya. Ada sesi pagi dan sesi peta...
21/03/2022

Kelas pemulihan disleksia ini terletak di Taman Kelisa Emas, belakang AeonBig Seberang Jaya. Ada sesi pagi dan sesi petang. Kelas ni menyediakan 2 orang guru pendidikan khas dan 1 orang pembantu guru. Yuran bulanan ialah RM350 sahaja. Kami menerima murid 11 tahun ke bawah.

Jika berminat untuk mendaftar kelas pemulihan ini, boleh la whatsapp admin di: http://wa.me/601120881070

Macam-macam cara yg cikgu gunakan untuk mudahkan murid-murid supaya cepat faham konsep matematik. Bila aktiviti menarik,...
13/01/2022

Macam-macam cara yg cikgu gunakan untuk mudahkan murid-murid supaya cepat faham konsep matematik. Bila aktiviti menarik, murid pun seronok belajar.

Dalam aktiviti kelas disleksia, guru akan selangkan aktiviti belajar dengan permainan sebegini. Jadi murid tidak lah ber...
12/01/2022

Dalam aktiviti kelas disleksia, guru akan selangkan aktiviti belajar dengan permainan sebegini. Jadi murid tidak lah berasa jemu dalam tempoh 3 jam berada di sini.

Selain daripada beri murid berasa seronok, permainan puzzle, skru dan brain gym juga bagus untuk melatih daya tumpuan kanak-kanak.

Huruf b dan d selalu tertukar-tukar. Ini adalah biasa berlaku kpd kanak-kanak yg sedang belajar membaca. Jadi untuk lati...
11/01/2022

Huruf b dan d selalu tertukar-tukar. Ini adalah biasa berlaku kpd kanak-kanak yg sedang belajar membaca. Jadi untuk latihan pengukuhan, guru akan membuat pendekatan yang berbeza supaya murid tidak berasa tertekan dan bosan. Tapi pada masa yg sama dapat ulang berlatih hingga dapat.

Address

No 16 Lorong Kelisa Emas 2, Seberang Jaya
Perai
13700

Telephone

+60133109703

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Kanak-Kanak Al-Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram