25/03/2023
Assalamualaikum semua mummy kesayangan..
Lama dah tak bersiaran niii..
Jom kita bincang berkenaan puasa untuk mummy yang mengandung.
πππππππ πππππ ππππππππ ππππ ππππππ πππππ
Keringanan,kelapangan,kemudahan yang disyariatkan oleh Allah kepada umat manusia berdasarkan keadaan tertentu
π¦ππ§π¨ππ¦π / πππππππ‘ π¬ππ‘π ππ’πππ ππ§ππ¨ π§ππππ ππ’πππ πππ₯π£π¨ππ¦π
ππππππ ππππππππππππππ, πππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππππ
-mummy jangan bandingkan dengan mummy lain ya, kerana setiap individu mempunyai tahap kesihatan dan kemampuan yang berbeza.
TIADA FAKTOR RISIKO + MAMPU UNTUK BERPUASA= TERUSKAN
ADA FAKTOR RISIKO + MAMPU BERPUASA= DAPATKAN NASIHAT DOKTOR
DΝIΝGΝAΝLΝAΝKΝKΝAΝNΝ ΝBΝEΝRΝBΝUΝKΝAΝ ΝPΝUΝAΝSΝAΝ ΝSΝEΝKΝIΝRΝAΝNΝYΝAΝ:Ν
1. Rasa letih, pening, lemah atau hampir pitam
2.Loya atau muntah.
3.Sekiranya usia kandungan melebihi 28 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (kurang rasa gerakan aktif bayi)
4.Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan kuantitinya sedikit.
5.Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.
6.Rasa sakit seakan sakit bersalin.
7.Sakit kepala atau demam.
π§ππ£π¦ πππ₯ππ¨ππ / πππ₯π¦πππ¨π₯
1. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan makanan berprotein tinggi seperti daging dan telur supaya mampu menahan lapar.
2.Lewatkan bersahur
3.Usahakan untuk minum dua liter air selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak (contoh: 2 cawan berbuka,1 cawan selepas solat Maghrib, 1 cawan cawan selepas solat Isyak, 1 cawan sebelum tidur, 2-3 cawan semasa sahur)
4.Pelbagaikan pilihan makanan berbuka dan sahur, pilih sajian sihat.
5.Makan sederhana ketika berbuka dan makan perlahan-lahan.
6.Elakkan makanan pedas, masam atau berminyak yang boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.
Selamat berpuasa pada semua mummy yang ingin menunaikan ibadah puasa pada tahun 1444H.
Semoga semuanya dipermudahkan.