23/04/2026
SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN ORTOPEDIK
Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Ortopedik telah berjaya diadakan dengan penuh meriah di setiap wad seperti berikut:
16/4 – Wad 6B1
�17/4 – Wad 6B2
� 21/4 – Wad 7B1
Sambutan ini berlangsung dalam suasana yang harmoni dan ceria dengan kehadiran semua staf ortopedik, termasuk pakar, pegawai perubatan, jururawat serta kakitangan sokongan.
Pelbagai juadah istimewa telah disediakan. Lebih bermakna, sebahagian hidangan turut dimasak dan disumbangkan sendiri oleh staf, menjadikan majlis ini lebih meriah dan penuh rasa kekeluargaan.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah turut mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuhkan semangat berpasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus dikekalkan dan menjadi inspirasi dalam menjalankan tugas seharian.