Pengarah Hospital Sungai Siput

Pengarah Hospital Sungai Siput Fb rasmi Pengarah Hospital Sungai Siput, Perak untuk sebarang hebahan dan pengumuman terkini...

16/03/2026

📢 Pengumuman Derma Darah

Unit Patologi, Hospital Sungai Siput mempelawa orang ramai dan staff untuk tampil menderma darah bagi membantu menampung keperluan bekalan darah sepanjang musim perayaan dan cuti panjang yang akan datang.

🩸 Tarikh: 16 – 19 Mac
🩸 Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
🩸 Tempat: Tabung Darah, Hospital Sungai Siput

Bekalan darah amat diperlukan bagi memastikan pesakit yang memerlukan transfusi dapat menerima rawatan tanpa gangguan, terutamanya ketika musim cuti panjang apabila jumlah penderma biasanya berkurangan.

Marilah bersama-sama kita menyumbang setitis darah untuk menyelamatkan nyawa.

Setitis darah anda, harapan untuk mereka.

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan 2026 - disambut pada 10 Mac setiap tahun di Malaysia bagi menghargai jasa dan ...
10/03/2026

Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan 2026 - disambut pada 10 Mac setiap tahun di Malaysia bagi menghargai jasa dan sumbangan Pembantu Perubatan (PPP) dalam sistem kesihatan negara. Tarikh ini dipilih sempena pengwartaan Akta 180 Pembantu Perubatan pada 10 Mac 1977. Sambutan ini meraikan peranan penting mereka sebagai barisan hadapan. Tema tahun ini "Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan" adalah amat bertepatan dengan fungsi dan aspirasi perkhidmatan Pembantu Perubatan dalam penyampaian kesihatan terkini dan selaras dengan perkembangan teknologi terbaru. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan para Pembantu Perubatan sentiasa maju kehadapan medan untuk menggalas pelbagai tanggungjawab yang diberi. Semoga segala pengorbanan para Pembantu Perubatan akan sentiasa dirahmati Allah. ( Terima kasih kepada unit Penyeliaan HSS atas sumbangan kurma Ajwa sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026)

6 Mac 2026 - Aktiviti memasak bubur lambuk anjuran Badan Kebajikan Islam Hospital Sungai Siput (BAKIP). Aktiviti yang di...
06/03/2026

6 Mac 2026 - Aktiviti memasak bubur lambuk anjuran Badan Kebajikan Islam Hospital Sungai Siput (BAKIP). Aktiviti yang dijalankan setiap bulan Ramadan ini telah menjadi tradisi turun temurun di Hospital Sungai Siput. Aktiviti ini bertujuan membina rasa kerjasama antara anggota-anggota HSS sambil dapat menambah rasa kekeluargaan dikalangan anggota. En Mohd Isa Shamsuddin di jemput khas sebagai 'chef' jemputan untuk memasak bubur lambuk istimewa ini. Acara ini juga disertai oleh Pengurusi Ahli Lembaga Pelawat HSS Tuan Ariff Zaky Zolkafly yang turut menghulurkan sedikit sumbangan. Di akhir aktiviti dua kawah bubur lambuk berjaya dimasak dan akan di agih-agihkan kepada anggota-anggota Hospital dan para pesakit di wad. Semoga tradisi Ramadan ini akan terus menerus di sambung di tahun-tahun akan datang.

6 Mac 2026 - Hari ini kami menerima kunjungan hormat delegasi dari Kolej Komuniti Sungai Siput. Turut serta ialah Pengar...
06/03/2026

6 Mac 2026 - Hari ini kami menerima kunjungan hormat delegasi dari Kolej Komuniti Sungai Siput. Turut serta ialah Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput Tn Muhammad Hatta Bin Ibrahim, Pensyarah Mohamad Fared Bin Mohd Arshad dan Pegawai Perhubungan Awam Nor Atikah Binti Omar. Dalam perjumpaan ini kami berbincang tentang beberapa potensi kolaboratif dan strategik selain dari saling kenal mengenal. Sebagai dua agensi yang berjiran rapat adalah di harapkan kerjasama ini dapat di jalin lebih erat lagi dimasa hadapan demi kemajuan masyarakat Sungai Siput

4 Mac 2026 - Penyerahan bubur lambuk oleh YB Kesavan Subramaniam Ahli Parlimen Sungai Siput untuk anggota-anggota Hospit...
04/03/2026

4 Mac 2026 - Penyerahan bubur lambuk oleh YB Kesavan Subramaniam Ahli Parlimen Sungai Siput untuk anggota-anggota Hospital Sungai Siput. Terima kasih di ucapan kepada YB kerana keperihatinan Tuan terhadap pengorbanan anggota-anggota hospital di lapangan yang sentiasa berkhidmat demi masyarakat.

4 Mac 2026 - Kunjungan hormat Pengarah Hospital Sungai Siput dan ketua-ketua unit ke Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Sip...
04/03/2026

4 Mac 2026 - Kunjungan hormat Pengarah Hospital Sungai Siput dan ketua-ketua unit ke Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Siput. Pasukan kami telah disambut dengan mesra oleh Tuan YDH Supt. Charan a/l Ai Wan, Ketua Polis Daerah Sungai Siput. Hasrat perjumpaan ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara Hospital Sungai Siput dan IPD Sungai Siput sambil meneroka kemungkinan kolaboratif dan strategik di masa depan sambil membincangkan tentang beberapa isu semasa yang berlaku sekitar hospital.
Adalah diharapkan kolaborasi strategik ini akan terus dipupuk dan diperkuatkan demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat Sungai Siput.

Salam hormat dan Selamat Datang ke HSS di ucapkan kepada En Muhammad Mahfiz Bin Zalmi, Penolong Pegawai Tadbir N5 yang b...
25/02/2026

Salam hormat dan Selamat Datang ke HSS di ucapkan kepada En Muhammad Mahfiz Bin Zalmi, Penolong Pegawai Tadbir N5 yang bertukar masuk ke HSS. En Mahfiz akan menerajui Unit Rekod Perubatan HSS sebagai ketua unit. Harapan saya semoga En Mahfiz akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk menggerakkan HSS ke aras yang lebih tinggi.

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026"​Semoga lembaran tahun baru ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita dan memba...
16/02/2026

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026"
​Semoga lembaran tahun baru ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita dan membawa sinar kebahagiaan serta kesembuhan buat semua yang memerlukan. Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman.
​Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le! 🧨🧧"

Ikhlas Dari
DR ASRUL SANI BIN SHAMSUDDIN Dan seluruh warga kerja Hospital Sungai Siput.

15/02/2026
Selamat maju jaya Puan Hajarah Abdul Rahman Ketua Unit Rekod Perubatan HSS yang akan bertukar ke HRPB. Semoga sentiasa s...
13/02/2026

Selamat maju jaya Puan Hajarah Abdul Rahman Ketua Unit Rekod Perubatan HSS yang akan bertukar ke HRPB. Semoga sentiasa sihat dan ceria sentiasa. Jangan lupa kami di HSS.

Address

Jalan Felda Lasah
Perak Darul Ridzuan
31100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Sungai Siput posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram