Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit

Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit, Medical and health, Perlis.

Klinik Kesihatan Kaki Bukit telah menyediakan Perkhidmatan Mesra Remaja
Khas untuk remaja yang berumur 10 - 19 tahun


Anda boleh walk in / send messages / telefon untuk mendapatkan temu janji

AKTIVITI KLINIK MESRA REMAJA KK KAKI BUKITNAMA PROGRAM: Program Kemahiran Asas Pertolongan Cemas dan CPR Anjuran Bersama...
30/07/2025

AKTIVITI KLINIK MESRA REMAJA KK KAKI BUKIT

NAMA PROGRAM: Program Kemahiran Asas Pertolongan Cemas dan CPR Anjuran Bersama Klinik Mesra Remaja KK Kaki Bukit serta unit BLS Perlis dan Persatuan St. John SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

AKTIVITI:
1. Saringan kesihatan
2. Ceramah Pertolongan Cemas
Disampaikn oleh Team BLS PKD Perlis
4. Sesi praktikal/ hands on CPR kepada para pelajar

TARIKH: 30 Julai 2025
MASA: 8 pagi - 1230 tgh hari
TEMPAT: Sek Men Keb Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis
Jumlah peserta : 80 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 2 hingga 4

OBJEKTIF:
1. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan pertolongan cemas dan CPR dalam situasi kecemasan.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas murid dalam mengendalikan kecederaan ringan, pengsan, luka, atau insiden yang memerlukan bantuan segera.
3. Melatih murid agar bertindak pantas dan tepat dalam memberikan bantuan awal sebelum bantuan perubatan profesional tiba.
4. Menyemai nilai keprihatinan dan semangat tolong-menolong dalam kalangan murid terhadap rakan dan masyarakat sekeliling.
5. Membina keyakinan diri murid dalam menangani situasi cemas secara rasional dan berhemah.

24/09/2024
Sedang berlangsung di Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit 🄰Program Cegah Obesiti, Hidup Berkualiti
20/09/2024

Sedang berlangsung di Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit 🄰

Program Cegah Obesiti, Hidup Berkualiti


Terima kasih PKD Besut, Terengganu 🄰
08/09/2024

Terima kasih PKD Besut, Terengganu 🄰

05/08/2024

Konsep menerima diri sendiri ini adalah konsep mencintai diri sendiri atau sering disebut sebagai ā€œself-loveā€. Konsep ini merujuk kepada penerimaan dan penghargaan terhadap diri sendiri. Ini juga adalah berkait tentang mengakui nilai diri, merawat kesejahteraan fizikal, mental, dan emosional, serta mengembangkan sikap positif terhadap diri sendiri.

Self-love bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan individu tetapi juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan dunia luar. Individu yang mencintai diri sendiri cenderung lebih berempati, berdaya tahan, dan mampu membina hubungan yang sihat dengan orang lain. Mereka juga lebih mampu menghadapi tekanan dan cabaran dengan tenang dan positif.




02/08/2024

Kawalan saya, kenapa perlu tahu?

Krisis atau konflik dalam kehidupan boleh memberi kesan signifikan terhadap individu, terutama apabila hilang kawalan atau tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Jika kita tumpukan kepada perkara yang di luar kawalan, maka kita akan berasa tidak berdaya dan kecewa. Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada perkara yang berada dalam kawalan kita, maka kita akan berasa yakin dalam melakukan sesuatu.

Membezakan perkara yang boleh kita kawal dan tidak boleh kawal secara keseluruhan membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih seimbang, produktif, dan bahagia.




02/08/2024

Menangis bukanlah tindakan yang memalukan, tidak kira umur atau jantina. Ia adalah normal untuk menangis apabila berasa sedih atau terlalu gembira, kerana air mata tidak semestinya bermaksud seseorang sedang berduka sahaja.

Memberikan kata-kata yang tepat dalam menunjukkan sokongan dan empati memainkan peranan yang besar dalam membina hubungan antara individu, membantu individu merasa lebih aman dan tenteram dalam menghadapi perasaan mereka serta meningkatkan kepercayaan diri.
Jadi, apa yang perlu diucapkan jika melihat seseorang menangis? Berikut adalah beberapa contoh yang boleh digunakan untuk memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan.

Selamat mencuba!




AKTIVITI KLINIK KESIHATAN KAKI BUKITNAMA PROGRAM: Program Kesihatan Mental Cergas Menjamin Kualiti Kehidupan Yang Lebih ...
01/08/2024

AKTIVITI KLINIK KESIHATAN KAKI BUKIT

NAMA PROGRAM: Program Kesihatan Mental Cergas Menjamin Kualiti Kehidupan Yang Lebih Bermakna Bersama SMK Raja Puan Muda
Tengku Fauziah dan Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit anjuran bersama NCD JKN Perlis

AKTIVITI:
1. Perasmian program oleh PKHEM SMKRPMTF & Penyelaras PKMR KKKB
2. Saringan kesihatan
3. Pengenalan kepada Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja KK Kaki Bukit
4. Ceramah
- Kesihatan Mental Milik Semua (Pegawai Psikologi KK Kg Gial, Cik Norsofea bt Abd Rahman)
3. Aktiviti minda sihat (dikendalikan oleh Pegawai Psikologi KK Kg Gial, Cik Norsofea bt Abd Rahman dan Pegawai Psikologi KK Kuala Perlis, En Mohamad Syafik Azri bin Mohd Zamri)
4. Pameran kesihatan mental disediakan oleh UPK JKN Perlis
5. Pre & post test

TARIKH: 1 Ogos 2024
MASA: 8 pagi - 130 tgh hari
TEMPAT: Sek Men Keb Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis
Jumlah peserta : 83 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5

OBJEKTIF:
1. Memperkenalkan kemudahan fasiliti kesihatan remaja di Klinik Kesihatan Kaki Bukit kepada para pelajar SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.
2. Memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran para remaja tentang pentingnya kesihatan mental yang baik dalam kehidupan seharian.
3. Mendidik remaja tentang persediaan dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan kesihatan mental yang lebih baik.
4. Mendaftar para remaja dalam Program Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Kaki Bukit

Pihak Klinik Kesihatan Kaki Bukit mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah bagi menjayakan program ini bersama.

AKTIVITI KLINIK KESIHATAN KAKI BUKITNAMA PROGRAM: Program ā€˜Katakan Tak Nak Pada Rokok’ Bersama Klinik Mesra Remaja Klini...
27/07/2024

AKTIVITI KLINIK KESIHATAN KAKI BUKIT

NAMA PROGRAM: Program ā€˜Katakan Tak Nak Pada Rokok’ Bersama Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Kaki Bukit Dan Pembimbing Rakan
Sebaya SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

AKTIVITI:
1. Saringan kesihatan
2. Ceramah
- Bahaya rokok dan v**e (Pegawai Perubatan Penyelaras Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja KK Kaki Bukit)
- Minda Sihat Remaja & Ketagihan (Pegawai Psikologi KK Kuala Perlis)
3. Tayangan video edukasi
4. Pameran kesihatan/ model rokok dan v**e
5. Pre & post test

TARIKH: 26 Julai 2024
MASA: 8 pagi - 12 tgh hari
TEMPAT: Sek Men Keb Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis
Jumlah peserta : 60 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5 termasuk Pembimbing Rakan Sebaya SMKRPMTF

OBJEKTIF:
1. Memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran para remaja tentang bahaya merokok terhadap kesihatan diri.
2. Mendidik remaja tentang langkah pencegahan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk berhenti merokok.

Pihak Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja KK Kaki Bukit mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

21/05/2024

Ketahui tanda-tanda awal untuk mengambil langkah pencegahan dalam menguruskan kesihatan mental dan fizikal anda.



21/05/2024

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBrs. Dr Ismuni bin Bohari atas sumbangan dan komitmen selama ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Tahniah atas pelantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah yang baru mulai 20 Mei 2024.

Address

Perlis
02200

Telephone

+6049456237

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mesra Remaja Kaki Bukit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram