26/06/2022
✨posting kesepuluh✨
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Di posting kali ini, saya akan berkongsi mengenai dengan beberapa perkhidmatan dan agensi yang dapat membantu menangani isu kesihatan mental. Antaranya adalah:
🎗Befrienders 🎗
Pertubuhan Befrienders memberi peluang kepada individu yang berdepan dengan masalah kemurungan, kebimbangan, atau kecenderungan untuk membunuh diri disebabkan oleh masalah yang mereka alami. Dalam hal ini, individu tidak perlu bimbang untuk menghubungi Befrienders kerana identiti mereka tidak didedahkan dan semua maklumat dirahsiakan serta memberi sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan melalui pendekatan mendengar secara aktif masalah mereka.
Befrienders boleh dihubungi melalui Skype (BefKL Skype 1) atau pada talian 03-76272929
🎗Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)🎗
Pertubuhan ini memberi fokus kepada kes penderaan dan keganasan rumah tangga. Sejak 1982, WAO telah menyediakan rumah perlindungan secara percuma, dan sokongan krirs kepada wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan. Melalui talian Hotline dan perkhidmatan yang lain, WAO telah memberikan sokongan kepada lebih kurang 4,000 pemandiri serta memberikan maklumat mengenai hak dan pilihan yang ada agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat bagi menjalani kehidupan yang bebas dari keganasan rumah tangga. Selain daripada talian Hotline, WAO juga telah memulakan talian hotline Whatsapp – TINA, yang bermaksud ‘Think I Need Aid (Saya Rasa Saya Perlukan Bantuan)’. Melalui talian Hotline dan TINA, pemandiri boleh membuat temu janji secara bersemuka, dan seterusnya boleh mengakses kepada perkhidmatan lain yang disediakan di WAO seperti rumah perlindungan, kaunselling, dan juga pengurusan kes.
Sekiranya anda atau anda mengenali sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga atau bentuk keganasan terhadap wanita, sila hubungi talian Hotline WAO di 03 3000 8858 atau SMS/WHatApp TINA di 018 988 8058
Anda juga boleh melayari laman sesawang WAO di http://wao.org.my/ untuk maklumat lanjut mengenai keganasan rumah tangga dan cara untuk mendapatkan bantuan.
🎗Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA)🎗
MIASA merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadvosikan kesihatan mental dan menyokong mereka yang bertarung dengan penyakit mental (peer) dan penjaga adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan untuk memperbetulkan tanggapan dan kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit mental serta menyediakan sokongan kepada ‘peer’ dan penjaga mereka melalui pelbagai program dan aktiviti kesedaran dan sokongan. Perjuangan dan usaha MIASA memberikan impak yang besar dan berkesan kerana ditubuhkan dan digerakkan oleh ‘peer’ sendiri. MIASA bukan sahaja memberikan solusi yang holistik dan menyeluruh yang merangkumi aspek perubatan dan rawatan moden, tetapi juga menenkankan aspek kerohanian sebagai komponen penting dalam proses penyembuhan dan pemerkasaan ‘peer’ itu sendiri.
Pertubuhan bukan kerajaan ini turut mensasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan perkhidmatan atas talian secara percuma.
Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh terus menghubungi talian ini:
1-800-820066 (24/7)
03-79321409 (office) info.miasa@gmail.com
🎗One Stop Centre Malaysia (OSCC)🎗
Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Jika anda menjadi mangsa keganasan awam, didera dan dicederakan secara fizikal oleh seseorang, dicabul, dirogol ataupun diliwat oleh orang lain, mangsa gangguan seksual, serta didera secara emosi mahupun percakapan. Anda dinasihatkan untuk mengunjungi hospital yang berhampiran anda.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
08-2672101
019-6870621
Penulis:
NOR FATIN SEHIRA BINTI AMIN
(UNU2200729)