ROHA Mobile Spa

ROHA Mobile Spa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ROHA Mobile Spa, Health spa, Blok Lily , Jalan Nuri 7/1B, Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hi uolss assalamualaikum and morning.saja jojo nak share manfaat facial pagi2 ni. semoga bermanfaat utk smua πŸ˜‰βž‘Menjadika...
14/01/2018

Hi uolss assalamualaikum and morning.

saja jojo nak share manfaat facial pagi2 ni. semoga bermanfaat utk smua πŸ˜‰

➑Menjadikan kulit wajah lebih bersih dan lembab
➑ Membekalkan nutrisi pada kulit
➑Pengelupasan kulit yg smpurna
➑ Kulit lebih cantik flawless 😍😍





πŸ’• TIPS KECANTIKAN πŸ’•Tips Hilangkan Lingkaran Bawah Mata πŸ‘πŸ‘‰πŸ» TEH HIJAU 🍡Anda s**a minum teh? Pernah cuba teh hijau?Selepas...
26/12/2017

πŸ’• TIPS KECANTIKAN πŸ’•
Tips Hilangkan Lingkaran Bawah Mata πŸ‘
πŸ‘‰πŸ» TEH HIJAU 🍡
Anda s**a minum teh? Pernah cuba teh hijau?
Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda πŸ˜ƒ
Apa kegunaanya? ⬇
❀ Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15 - 20 minit.
πŸ“ (Jangan letak teh panas-panas tu di mata p**ak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu πŸ˜†πŸ™ˆ)
Fungsi Teh Hijau:
βœ” Dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
Selamat mencuba! 😘

6 Cara Mencerahkan Warna Kulit Wajah agar Tampak GlowingKamu tidak harus selalu menggunakan krim wajah yang mahal untuk ...
26/12/2017

6 Cara Mencerahkan Warna Kulit Wajah agar Tampak Glowing
Kamu tidak harus selalu menggunakan krim wajah yang mahal untuk bisa mendapatkan wajah yang bersinar.
1. Rajin Eksfoliasi
Eksfoliasi dapat mengangkat segala kotoran dan sel kulit mati yang ada pada wajahmu.Setelah melakukan eksfoliasi, gunakan cleanser pada wajahmu dan lakukan gelar melingkar pada bagian p**imu untuk memicu lancarnya peredaran darah dan dapat mengurangi minyak pada wajah. Hindari pemakaian segala jenis sabun muka yang dapat membuat wajah menjadi kering seperti antibakteri, mengandung sabun, pewarna, dan wangi-wangian.
Jangan lakukan eksfoliasi pada wajah terlalu sering, lakukanlah maksimal 2 kali dalam seminggu agar kulit wajah tidak menjadi kemerahan dan iritasi.
2. Jangan Melupakan Toner
Penggunaan toner setelah membersihkan wajah sangat penting karena toner berfungsi menyeimbangkan pH pada kulit wajah, melembapkan kulit dan membersihkan pori-pori kulit yang sebelumnya terlewatkan ketika menggunakan cleanser.
3. Menggunakan Moisturizer yang Pas
TIdak hanya melembapkan, moisturizer dapat membuat kulit wajah kamu menjadi lebih cerah. Pilihlah moisturizer yang mengandung rosemary ataupun almond agar kulit wajah kamu bisa tetap lembut. Kalau bisa kamu juga memilih moisturizer yang mengandung SPF, sehingga bisa melindungi kulit wajah kamu dari zat buruk sinar matahari lho.
4. Menggunakan Merk yang Sama dalam Pemakaian Produk Kulit Wajah
Jika kamu ingin merawat kulit kamu dengan perawatan yang tepat, cobalah untuk menggunakan merk yang sama dalam pemakaian produk kulit Wajah. Jika kamu menggunakan merk A untuk sabun muka, gunakanlah sabun A juga untuk melembapkan dan sebagai toner. Hal ini karena biasanya jika kamu memakai satu produk untuk merawat kulit, masing-masih produknya memiliki formula yang dapat melengkapi pemakaian produ kulit wajah yang sebelumnya.
5. Konsumsi Makanan dan Minuman yang Mengandung Anti Oksidan
Dua makanan dan minuman yang mengandung anti oksidan seperti teh hijau dan ekstrak biji anggur. Kedua bahan tersebut mengandung bioflavonoid yang memainkan peranan penting untuk melindungi vitamin C dari oksidasi sehingga kulit dapat terjaga kecerahan alaminya. Selain itu, bahan tersebut juga dapat membuat wajah terasa lebih cerah dan lebih putih serta melindungi kolagen di wajah dari stres dan serangan sinar matahari.
6. Makan Ais Batu
Untuk kamu yang hobi makan es batu, ada kabar baik untukmu! Menurut Annie Tevelin, pemilik kosmetik brand Skin Owl, bahwa mengemut es batu dapat mendinginkan jutaan sel yang ada pada p**i dan bibir kamu. Hal ini dapat membuat p**i kamu menjadi lebih merah merona dan bibir terasa lebih penuh. Sebenarnya akan lebih baik lagi jika yang kamu makan adalah es batu dari teh hijau, ladies! Hal ini akan membuat wajah kamu lembut dan cerah serta p**i yang merah merona. Kombinasi yang bagus bukan?

5 Tip mudah hilangkan resdung1.HidrasiMinum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar...
26/12/2017

5 Tip mudah hilangkan resdung
1.Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.
2. Air Panas
Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya?
Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.
Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.
3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas
Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian p**i dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..
Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.
4. Lidah buaya
Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.
5.Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.
Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

πŸ’• TIPS CANTIK πŸ’•Tips Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal dan Merekah πŸ‘£πŸ‘‰πŸ» Asam Keping / Asam Jawa🌴 Masukkan beberapa kepin...
26/12/2017

πŸ’• TIPS CANTIK πŸ’•
Tips Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal dan Merekah πŸ‘£
πŸ‘‰πŸ» Asam Keping / Asam Jawa
🌴 Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.
🌴 Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
Selamat mencuba! 😘

Petua Kebersihan DiriPetua Buang Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Kulit TembikaiPenampilan diri boleh dip...
26/12/2017

Petua Kebersihan DiriPetua Buang Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Kulit Tembikai
Penampilan diri boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara, ada yang guna cara tradisional dan ada yang s**a jalan mudah iaitu gunakan pewangi dan sebagainya.
Bagi mereka yang banyak melakukan kerja luar atau memandu motorsikal sering mengalami masalah kulit kepala kering dan berdaki disebabkan cuaca dan habuk. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak p**a bila pakai helmet.
Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala. Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala sangat mudah dan ringkas caranya.
Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.
Dengan cara atau petua di atas, diharapkan dapat membantu kita tampil ceria dan yakin untuk melakukan segala aktiviti.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.2. Boleh dijadikan sebagai minuman die...
26/12/2017

KHASIAT AIR KELAPA MUDA
1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.
6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
selamat mencuba

MADU & LEMONTahukah anda dua gabungan makanan di atas adalah sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan?Madu boleh memb...
26/12/2017

MADU & LEMON
Tahukah anda dua gabungan makanan di atas adalah sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan?
Madu boleh memberi kelembapan pada kulit, lemon jika dimakan atau diminum air nya boleh menjadi alkali dalam usus perut. Banyak lagi benefit boleh google kalau rajin.
Tips kecantikan,
Ambil beberapa sudu madu, campurkan dengan lemon yang dibelah dua, gosokkan pada wajah yang berjerawat. Agak pedih tapi inshaAllah esok lusa kecut jerawat.
Tips kesihatan,
Campurkan madu dan lemon beserta air suam. Minum sampai kembung. Amalkan inshaAllah boleh buat perut kempis.
Selamat mencuba!

Melicinkan dan Memerahkan Kulit MukaAmbil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muk...
26/12/2017

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

KRIM MUKA DARIPADA PISANGPisang antara buah yang menjadi kegemaran semua orang sama ada papa dan mama mahupun si kecil. ...
26/12/2017

KRIM MUKA DARIPADA PISANG
Pisang antara buah yang menjadi kegemaran semua orang sama ada papa dan mama mahupun si kecil. Selain mudah dimakan, rasanya yang manis membuatkan anak-anak menggemarinya..
Tetapi tahukah anda, pisang juga boleh menjadi bahan kecantikan terutama kepada wanita. Pisang berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah.
Caranya mudah sahaja, kisarkan sebiji pisang (tidak kisah pisang apa) sehingga menjadi seperti puri atau krim. Kemudian, sapu rata pada muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air biasa. Anda akan rasakan kulit lebih segar dan tegang. Elok dilakukkan seminggu sekali.

Manfaat Facial MukaMenjadikan Kulit Wajah Bersih Dan LembabMembersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana ki...
26/12/2017

Manfaat Facial Muka
Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembab
Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang sudah ada di dalam kulit kita.
Oleh itu,facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Malah ia urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.
Membekalkan Nutrisi Pada Kulit
Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.
Pengelupasan Kulit Muka Yang Sempurna
Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit jadi tampak berseri-seri. Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.
Mencantikkan Kulit Wajah
Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit dapat melambatkan penuaan,mencerahkan warna kulit,sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Melakukan Facial Muka
Tujuan Facial Muka
Anda haruslah tahu tujuan anda ingin melakukan facial muka tersebut. Samada anda ingin memanjakan muka ataupun ingin merawat kulit wajah yang kurang berseri,kusam,blackhead,jerawat atau sebagainya.
Jenis Kulit
Sekiranya kulit anda dalam kategori kulit yang bermasalah,anda disarankan untuk melakukan facial muka yang dikendalikan professional. Ini untuk mengelakkan dari masalah kulit anda seperti jerawat bertambah buruk sekiranya facial muka dilakukan oleh golongan yang kurang pakar.
Produk
Perkara ini sangat penting untuk anda pertimbangkan sekiranya ingin melakukan facial muka kerana tidak semua kulit wajah sesuai dengan produk yang digunakan. Akibat pemilihan produk yang salah boleh menimbulkan masalah pada kulit seperti jerawat yang banyak.
Cara Memilih Masker Wajah Mengikut Kulit
Kulit Normal
Anda sangat beruntung sekiranya dikurniakan kulit yang normal kerana bagi jenis kulit ini,tidak ada sebarang masalah untuk memilih masker wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
Wanita yang mempunyai kulit normal boleh menggunakan timun,kentang atau buah yang lain untuk mendapatkan hasil. Selain itu,sekiranya anda inginkan kulit wajah yang cerah,anda boleh juga menggunakan sengkuang.
Kulit Kering
Bagi wanita yang mempunyai kulit wajah yang kering,anda bolehlah menggunakan buah aprikot,pisang atau sengkuang sebagai bahan untuk dijadikan masker wajah.
Anda juga disarankan agar menghindari tabiat mencuci muka dengan menggunakan air hangat kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Amalkan menyapu toner dan milk cleanser supaya kulit kekal lembab dan kenyal.
Kulit Berminyak
Manakala bagi wanita yang mempunyai kulit yang berminyak,anda disarankan untuk masker yang diperbuat daripada nanas atau jeruk nipis. Anda juga boleh menggunakan campuran putih telur atau kuning telur dengan madu untuk mengurangi minyak pada kulit wajah anda.
Selain itu, amalkan penjagaan muka harian iaitu pencuci, penyegar dan pelembab di samping skrub dan mask yang dilakukan dua kali seminggu.

PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI:-PUTIH TELURKulit muka yang berminyak memang berpotensi un...
26/12/2017

PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI
:-PUTIH TELUR
Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.
Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.
Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
SELAMAT MENCUBA.

Address

Blok Lily , Jalan Nuri 7/1B, Seksyen 7 Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Telephone

+60147153132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ROHA Mobile Spa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category