01/11/2020
6 TEMPAT YANG DIGUNAKAN SYAITAN UNTUK MENIMBULKAN GANGGUAN
"Saat Allah menciptakan tubuh Nabi Adam, Allah membiarkannya selama beberapa waktu, Iblis kemudian berputar mengelilinginya. Iblis kemudian tahu manusia adalah makhluk yang banyak rongganya (celah)" (HR Ahmad)
1. GANGGUAN SYAITAN PADA SISTEM HORMON
Sistem hormon pada manusia berfungsi mengeluarkan pelbagai hormon yang diperlukan tubuh seperti menciptakan perasaan gembira, marah, sedih, bersemangat, cinta, merangsang seksual, dan sebagainya. Kerana Hormon beredar di dalam perairan darah, maka syaitan masuk dan mengubahsuai hormon yang baik kepada buruk, yang positif kepada negatif.
"Sesungguhnya syaitan masuk melalui pembuluh darah" (HR Bukhari & Muslim)
Contoh :
Salah satu hormon penting bagi manusia adalah Dopamin. Dopamin membuat perasaan gembira dalam hati manusia. Ketika manusia ketagihan Dadah & Pornografi, Dopamin terus diedarkan dalam otak. Namun penagih pornografi lebih banyak mengedarkan Dopamin daripada penagih dadah. Dopamin dialirkan oleh sistem limbik ke PRC (Pre Frontal Cortex) dimana pada orang yang ketagihan pornografi akan mengalirkan dopamin secara berlebihan ke PRC sehingga membanjiri PRC dan PRC menjadi tidak aktif kerana terendam dopamine. Akibatnya, penagih Pornografi mengalami penurunan kemampuan menimbangkan perkara betul dan salah.
Gangguan Syaitan pada Hormon bersifat Infeksius. sekalipun seseorang terlalu mahu melepaskan diri dari melakukan dosa, tetap saja hormonnya sudah terinfeksi, yang mengakibatkan ia sukar melepaskan diri dari ketagihan. Bahkan pada bulan puasa, di mana syaitan dibelenggu, manusia masih boleh bermaksiat kerana sejatinya Hormon sudah terinfeksi syaitan dengan banyaknya sebelum bulan puasa. Untuk itu jangan pernah dekati perbuatan dosa, kerana godaan syaitan dalam Hormon bersifat infeksi yang jika diturutkan maka infeksi makin teruk dan anda akan ketagih melakukan dosa. Daripada sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besar dosa.
2. GANGGUAN SYAIYAN PADA SISTEM SARAF
Waktu manusia kerasukan, sebenarnya syaitan memusnahkan sistem struktur otak dalam tubuh manusia yang berfungsi mengatur emosi, tindakan dan perilaku seseorang. Syaitan membuatkan ketidakseimbang pada sistem neurotransmitter. akhirnya kita lihat orang yang kerasukan itu terganggu emosinya dan tindakannya.
3. GANGGUAN SYAITAN PADA DNA
DNA atau deoxyribonucleic acid berfungsi sebagai Pembawa maklumat genetik & penghasilan cetakan diri dan pewarisan sifat. Mengapa ciri fizikal kita sehingga bentuk tubuh kita tidak jauh beza dengan ayah-ibu kita. Itu semua adalah kerana DNA. Pada waktu sperma lelaki memasuki rahim, ia membawa DNA lelaki yang membawa maklumat genetik (ciri-ciri fisik dsb). Di dalam inti sel, DNA membentuk satu kesatuan untaian yang disebut kromosom .Setiap anak akan menerima setengah pasang kromosom dari ayah dan setengah pasang kromosom lainnya dari ibu, sehingga setiap individu membawa sifat yang diturunkan baik dari ibu mahupun ayah.
Map My Gene, sebuah perusahaan ujian genetika dari Amerika Syarikat mengatakan bahwa DNA juga menurunkan sikap keperibadian (tabiat buruk mahupun baik). Sehingga seorang anak yang lahir ke dunia juga dipengaruhi oleh DNA. Itulah mengapa, Syaitan tidak duduk diam. Dia juga berusaha untuk merembeskan (campur tangan) DNA calon manusia. Rasulullah bersabda :
"Jika kalian ingin mendatangi isterinya, kemudian membaca (doa sebelum bersetubuh), Maka bila keduanya dianugerahkan anak, syaitan tidaklah membahayakan baginya.’” (HR. Bukhari)
Ini bukti bahawa syaitan boleh menduduki DNA suami ketika bersetubuh dengan isterinya. Syaitan boleh ikut mewarisi peribadi yang rosak ke anak yang lahir. Suami yang berdoa sebelum berjimak, menandakan suaminya adalah suami yang tetap ingat kepada Allah walau otaknya sedang dipenuhi hasrat dan sifat baik dan terpuji ini tentu akan menurunkan kepada anak memalui DNA.
Anak yang lahir dengan DNA yang ditumpangkan Syaitan, akan mempunyai peribadi yang buruk. kalaupun ia ingin menjadi Soleh, maka gangguannya amat dahsyat. Apalagi jika dia ingin berdakwah, maka syaitan akan membuat hidupnya tidak tenteram. Maka wahai para suami, bacalah doa sebelum berjimak. Jika suami lupa, isterinya yang baik mesti akan mengingatkannya.
4. GANGGUAN SYAITAN PADA INDRA MANUSIA
Pada mata, Syaitan menampilkan ilusi optik berupa :
- Penampakan makhluk halus
- Halusinasi
Syaitan juga boleh memperdaya mata manusia ketika melihat lawan jenis, itulah mengapa Nabi menyebut mata boleh berfungsi sebagai panah-panah iblis. Saat di pasar, Syaitan memperindahkan penampilan produk-produk di mata anda hingga anda kadang terperdaya ingin membeli hal-hal yang tidak penting(bukan keperluan). Syaitan juga boleh kencing di mata kita waktu subuh hingga akhirnya kita bangun diwaktu matahari sudah terbit.
Di telinga, syaitan boleh mempengaruhi melalui kata-kata rayuan kepada pasangan yang tidak sah. berapa ramai wanita terperdaya kata-kata manis lelaki yang tidak halal baginya untuk berseronok?
Di lidah, ini yang paling banyak memasukkan manusia ke neraka kerana lisannya. Dan juga, syaitan membuatkan lidah manusia rakus terhadap makanan sehingga seseorang itu menjadi manusia yang tidak boleh mengawal dirinya ketika menyantap makanan.
Di kulit, syaitan memberi tenaga dan perasaan selesa kepada dua insan yang sedang bermaksiat.
5. GANGGUAN SYAITAN PADA SISTEM PERKUMUHAN
Manusia membuang sisa-sisa metabolismenya berupa cairan/kotoran, salah satunya Urin (kencing) dan Faeces (tahi). Ketika berwudhuk dan solat, syaitan menganggu fikiran kita sehingga terbayang dalam di fikiran kita bahawa kita kentut/kencing, padahal itu semua hanya was-was dari syaitan. lalu setan menyematkan dalam memori kita "Batal ! batal ! ulang ! ulang ! ulang !".
Kalau kita ikuti was-was itu, maka selamanya memori di kepala kita akan mengatakan itu, sehingga orang yang solat akan merasa tidak selesa bahkan boleh sampai peringkat tekanan & trauma. Maka cara terbaik untuk menghilangkannya adalah dengan cara membaca Taawduz dan DIAMKAN. Kerana kalau anda ikuti was-was syaitan itu, selamanya memori otak anda akan dipenuhi kata-kata "Batal ! batal ! ulang ! ulang ! ulang !", itu boleh membuat anda menjadi gila jika dilayani secara berterusan.
6. GANGGUAN SYAITAN PADA OTAK
Otak, selain sebagai salah satu organ penghasilan hormon dan juga pusat sistem saraf, otak juga berfungsi untuk berfikir dan mengingatkan memori. Untuk gangguan syaitan pada memori, point sebelumnya sudah dijelaskan. untuk gangguan syaitan pada logik akal, lihat ayat ini :
“Tetapi syaitan menjadikan rasa indah bagi mereka perbuatan mereka (yang buruk).” (An-Nahl 63)
Sejak Nabi Adam tercipta, memang senjata syaitan yang utama adalah serangan melalui logical fallacy (kesalahan berfikir). Lihat bagaimana syaitan memberikan mereka buah terlarang dengan nama buah Khuldi (keabadian), yang ternyata faktanya adalah ketidakabadian. Lihat bagaimana Fir'aun memandang dirinya sebagai Tuhan, kaum Luth yang mencintai sesama jenis, logik akal macam macam cuba yang difikirkan orang-orang pada waktu itu ?
Di antara gangguan-gangguan syaitan, gangguan melalui logik akal inilah yang paling berbahaya, kerana boleh menyebabkan orang melawan suruhan dan larangan Allah. Kesalahan berfikir juga boleh membuatkan manusia menghalalkan maksiat.
Ada pun gangguan dalam mimpi, itu juga dari syaitan. setan tidak puas mengganggu manusia di alam nyata, ia juga berhasrat mengganggu dalam mimpi berupa mimpi buruk. Syaitan membuatkan dataran ruang mimpi yang terhubung ke sistem saraf dan hormon. Itulah mengapa kadang waktu kita bermimpi digigit binatang boleh merasakan sakit, kerana di masa yang sama syaitan juga "mencucuk" saraf kita.
---------------------------------------------
Tambahan :
- Waktu kita mabuk, syaitan hampir menguasai sistem tubuh. Ketika kita mabuk, hormon tidak stabil, saraf terganggu, mata kadang berhalusinasi, ingatan terganggu, logik akal tertutup dan bicara mengarut seperti orang kerasukan.
Syaitan berkata "aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka (Al A'raf : )
■Pintu masuk syaitan ke tubuh Manusia■
□ Dari Kepala :
Pintu masuknya adalah kesombongan, lebih mementingkan duniawi, merasa paling hebat, menganggap orang lain rendah martabatnya, tidak mahu dikritik, Wahn dan selalu berfikir negatif.
□ Dari Mata :
Selalu melihat hal-hal yang dilarang Allah, gemar berada ditempat maksiat ( bercampurnya laki-laki dan perempuan).
□ Dari Mulut :
Sering ghibah, selalu mengumpat, berbohong, menyebarkan fitnah, berdzikir yang tidak sesuai dengan tujuannya dan kerana ingin bermuamalah dengan bangsa jin.
□ Dari Perut :
Gemar mengambil makanan haram, makan hasil rasuah, makan duit hasil kutipan bukan haknya, memakan harta anak yatim dan memakan hasil daripada mencuri serta makan harta riba.
□ Dari Telinga :
S**a mendengarkan umpatan orang lain dan melambat-lambatkan lalu mengabaikan panggilan Azan.
□ Dari Kaki :
Berjalan ket empat maksiat , menendang haiwan (apalagi menendang manusia atau bahkan keluarga sendiri lebih-lebih seorang ibu).
□ Dari Dada :
Masih menyimpan dendam, hasad, benci, kecewa tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, dan menyakini seseorang menyihir dirinya.
□ Dari Kelamin :
Berzina, kencing tanpa bersuci (tidak mencuci alat kelaminnya dengan bersih)
Allah SWT berfirman :
وَمَاۤ اَصَابَكُمْ مِّنْ مُّصِيْبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ اَيْدِيْكُمْ وَيَعْفُوْا عَنْ كَثِيْرٍ
"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."
(QS.Asy-Syura : 30)
Ketahuilah dari ayat di atas semua musibah yang menimpah kita baik fizikal, kebendaan atau pun gangguan kita dalam diri kita ini kerana perbuatan kita atau dosa kita sendiri.
Sebaik-baiknya orang iaitu ketika kita berbuat dosa maka menyedarinya kemudian bertaubat. Wallahualam
Semoga bermanfaat.
Wasap.my/60163291981