20/03/2026
Budaya Lama Yang Rosakkan KKM: Semua Tahu, Tapi Ramai Buat Tak Tahu
Kepada orang Melayu yang bergelar ketua dalam hospital dan klinik kerajaan…
Pengarah hospital, Ketua Jabatan, YDP Klinik Kesihatan, Ketua MA, Matron dan sesiapa sahaja yang ada kuasa tandatangan..
Tuju kepada Melayu Islam sebab, Kau tuh ada agama dan kau paham apa itu Dosa dan Pahala.
Jom kita bercakap jujur dan bongkar sisi gelap sistem kerajaan sekejap.
Kita semua tahu benda ini berlaku.
Bukan cerita baru.
Bukan rahsia pun dalam sistem.
Tender kerajaan bernilai ratus ribu, kadang sampai berjuta-juta.
Siapa yang tentukan keputusan?
Komuniti dalaman.
Meeting committee.
Ketua jabatan.
Pengarah.
Atas kertas nampak cantik dan tersusun rapi,
Dalam realiti… kadang ada benda yang tak bersih langsung.
Supplier datang bukan kosong.
Dia datang dengan:
• makan mahal
• hotel mahal
• course luar negara
• tiket kapal terbang
• trip kononnya “training”
• duit sumbangan masuk akaun peribadi
• cash hulur di parking lot
Dan kadang benda lebih teruk dari itu. Kadang Offer yg mengundang yg pakai Songkok pon boleh terbang melayang..
Ayat drug reps dan Supplier memang manis.
“Doktor, ini cuma appreciation.”
“Doktor, ini tanda terima kasih.”
“Doktor, ini untuk support department.”
Support apa?
Support tender.
Kadang kita fikir benda kecil.
Micropore.
Cotton wool.
Glove.
Disposable set.
Tapi bila masuk sistem pembekalan kerajaan…
Nilai dia boleh jadi juta-juta ringgit setahun.Itu belum masuk lagi asset nilai ratusan ribu dan jutaan ringgit..
Supplier kaya.
Kereta bertukar.
Rumah bertambah.
Tapi hospital?
Masih kekurangan staff.
Masih kekurangan equipment.
Masih overload kerja.
KERUSI MEJA PUN TAK BOLEH NAK GANTI..
Yang Paling Sedih
Ramai staff KKM sebenarnya orang baik.
Nurse.
MA.
Pegawai farmasi.
Doktor muda.
Mereka kerja siang malam.
Oncall sampai pagi.
Kena marah.
Kena herdik.
Tapi yang rosakkan sistem?
Segelintir ketua yang tamak.
Bila poket dah tebal…
kuasa p**a di tangan…
Maka lahirlah boss jenis menindas.
Mulut puaka.
Gila Batak Kuasa.
Integriti entah ke mana.
Sekarang bulan Ramadan. Yang mana ada Boss Mangkak yang macam ni, kita sama- sama jangan takut jangan gentar.. LAWAN TETAP LAWAN..
Kalau BOSS masih ambil rasuah…
ambil duit supplier…
ambil “hadiah” untuk luluskan tender…
Tanya diri sendiri:
Halal ke?
Kau mungkin kaya.
Tapi kau tak akan pernah tenang.
Supplier akan terus untung berjuta.
Kau cuma dapat serpihan.
Tapi dosa… kau yang tanggung.
Kepada PMX & Kerajaan, Ini Cadangan Reform
Kalau kerajaan MADANI benar-benar serius nak baiki sistem KKM, beberapa perkara perlu dibuat:
1. Talian Aduan Khas KKM
Hotline khas untuk penjawat awam lapor salah laku.
Laporan mesti disiasat dalam 24 jam. Even termasuk kes Mulut Hangsuar Puaka MO bajet bajet Primadona dan bajet Tom Cruise.. Kalau Pakar dan Specialist bagi lagi cepat..
2. Sistem Tender Transparent
Semua keputusan tender direkod digital.
Semua markah penilaian boleh diaudit.
Kena ada Pakar yang menilai harga semasa termasuklah bandingan harga even kalau kena compare dgn Shopee dan Tiktok Sekali pun..
3. Rotation Ketua Jabatan Procurement, perkembangan Perubatan..
Jangan biarkan orang sama pegang sistem terlalu lama. dekat sinilah BARAH berlaku..
4. Protection untuk Whistleblower
Staff yang lapor salah laku mesti dilindungi, Supaya makin ramai yang berani kehadapan untuk menegakkan kebenaran dan haruslah friendly..
5. Audit Supplier Berkala
Check hubungan supplier dengan pegawai hospital.
Kalau reform ini dibuat dengan serius…
Malaysia boleh jimat sehingga RM10 bilion setahun.
Tulisan ini bukan serangan kepada semua.
Dalam KKM ada ramai manusia baik.
Ramai yang kerja dengan hati.
Tulisan ini cuma peringatan kepada yang lupa dan lalai dibuai Nikmat Dunia Sementara..
Kuasa bukan lesen untuk sakau.
Jawatan bukan tiket untuk kaya.
Negara Malaysia ini milik rakyat.
Dan sistem kesihatan awam…
tak boleh jadi ladang duit untuk kartel.
Ramadan ini… kalau masih ada yang buat benda ini…
Insaflah.
Sebab suatu hari nanti
yang akan dihisab bukan tender yang kau luluskan.
Tetapi amanah yang kau khianati.
Salam Ramadan ke 24 1447H
Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis