12/05/2020
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang sangat mencabar buat semua. Kita semua bertanggiungjawab memerangi wabak covid19. Perjuangan ini masih belum tamat.
Namun, kehidupan masih perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk bekerja dan bersekolah.
Masyarakat perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun, atau sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui.
Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu dijadikan rutin wajib setiap hari:
1. Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan menggunakan 'hand sanitizer'.
2. Menggunakan topeng muka ketika ke tempat awam.
3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya penjarakan satu meter antara satu orang dengan orang yang lain.
3 Perkara ini p**a perlu kita elakkan:
● Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
● Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup (confine space)
● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) - (Close conversation)
Kita jaga kita.
Ikhlas,
Dr Intan Nur Najihah, DC.
(Infografik oleh PHM)