19/02/2026
Tahniah dan syabas kepada National Cancer Society Malaysia atas penubuhan Jawatankuasa Penasihat Klinikal (Clinical Advisory Committee) bagi memastikan perkhidmatan sentiasa selaras dengan amalan perubatan dan rawatan kanser terkini.
Kami di Damansara Specialist Hospital amat berbesar hati dengan pelantikan Profesor Madya Dr. Aminudin Rahman Mohd Mydin, Pakar Onkologi Klinikal dan Ketua Onkologi kami, sebagai ahli jawatankuasa ini.
Dengan pengalaman luas dalam bidang onkologi klinikal serta penglibatan aktif dalam penyelidikan dan penerbitan antarabangsa, pelantikan beliau pastinya akan memperkukuh kualiti saringan, diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit kanser.
Semoga kerjasama ini terus memberi impak positif kepada komuniti dan pesakit kanser di Malaysia.
Syabas dan tahniah sekali lagi!
NCSM dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Klinikal (Clinical Advisory Committee) bagi memastikan perkhidmatan kami selaras dengan amalan perubatan dan rawatan kanser terkini. Jawatankuasa ini menilai program kesihatan serta memberi nasihat berkaitan saringan, diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit kanser.
Kami turut mengalu-alukan pelantikan Profesor Madya Dr. Aminudin Rahman Mohd Mydin, pakar Onkologi Klinikal, sebagai ahli jawatankuasa ini. Lulusan Universiti Malaya (1999) dengan latihan pascasiswazah di Ireland dan Kanada, beliau berpengalaman di HKL, UiTM, KPJ Johor dan kini di KPJ Damansara. Aktif dalam penyelidikan serta penerbitan kanser antarabangsa dan merupakan ahli ASTRO, MOS, MMA, College of Radiology serta Bendahari NCSM Cawangan Johor, yang akan memperkukuh kualiti perkhidmatan NCSM.
Syabas dan tahniah!