10/11/2025
I am deeply honoured and humbled to have been conferred a title by His Royal Highness, the Sultan of Perak, on the auspicious occasion of his 69th birthday. The investiture ceremony, rich in royal protocol and cultural heritage, was a profound and memorable experience — one that I will forever treasure with great respect and gratitude.
This honour not only serves as a personal milestone but also reinforces my commitment to continue contributing meaningfully to the field of healthcare and to the nation. To be recognised in such an esteemed and traditional setting is truly a once-in-a-lifetime privilege and a reminder of the values of service, integrity, and dedication.
I extend my heartfelt appreciation to all who have journeyed with me — my wife, family, colleagues, mentors, and community — for their unwavering support and encouragement.
Daulat Tuanku.
————————————————————-
Saya berasa amat berbesar hati dan rendah diri kerana telah dianugerahkan gelaran kebesaran oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, bersempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-69. Istiadat penganugerahan tersebut, yang penuh dengan adat istana dan warisan budaya, merupakan pengalaman yang begitu bermakna dan mendalam — suatu detik yang akan saya kenang dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran.
Penganugerahan ini bukan sahaja merupakan pencapaian peribadi, malah memperkukuh komitmen saya untuk terus menyumbang secara bermakna dalam bidang kesihatan dan kepada negara. Pengiktirafan dalam suasana penuh adat dan kehormatan ini benar-benar merupakan suatu penghormatan yang hanya berlaku sekali dalam seumur hidup, serta menjadi peringatan tentang nilai-nilai khidmat, integriti, dan dedikasi.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada isteri saya, keluarga, rakan sekerja, mentor, serta komuniti yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.
Daulat Tuanku.