18/11/2025
Semalam telefon rosak.
Sunyi. Tangan terpusing-pusing mencari apa nak buat. Berjalan ke kedai, cari sesuatu yang dulu pernah jadi ‘nikmat kecil’ dalam hidup kita majalah, komik, surat khabar.
Baru tersedar,
Seven Eleven dah tak jual majalah. Rak penuh dengan makanan dessert. Kedai buku,lubuk mencari majalah sudah kosong. Rak yang dulu padat, kini tinggal sebaris dua.
Surat khabar RM2 pun nipis… macam sekadar mengingatkan “aku masih ada”. Menanti masa untuk lenyap.
Dulu kita berdiri lama depan rak.
Pilih Doraemon, Ujang, URTV, Mastika. Selak perlahan, memilih majalah mana nak di beli. Sekali sekali pemilik kedai menjeling kerana ingat kita nak baca free.
Hari ini semuanya bergerak ke skrin.
Berita di scroll.
Komik di aplikasi.
Majalah jadi memori.
Dan perlahan-lahan kita sedar,
yang hilang bukan sekadar bahan bacaan.
Tapi suasana.Rak penuh warna.
Bunyi kertas diselak.
Sampai satu masa,
kita akan benar-benar merindui bau kertas
kerana rak-rak itu semakin kosong…
dan yang tinggal cuma paparan digital.