12/10/2018
Merawat penyakit kronik .dengan kaedah Homeopathy
Berapa lama nak rawat ni ? tanya pesakit .
Saya dah jumpa sudah empat kali dah, takkan tiap-tiap bulan kena jumpa ?
Bagaimana saya nak jawab ni ?
Ada kalanya pesakit datang sekali saja, masaalah dia semua selesai.
Mungkin sebab sakitnya baru mula dan cepat ditangani, mungkin penawar yang saya pilih tersangat tepat dan pesakit ikut saranan pemakanan dengan baik maka terus sembuh.
Biasanya untuk penyakit yang sudah kronik dan ada p**a unsur genetik , rawatan yang diberikan adalah ke arah menutup gene penyakit . Bila ini tercapai, penyakit akan hilang atau berkurangan.
Namun gene penyakit tetap ada cuma swis tertutup , gene nya tidak di expresi .
Ada p**a perkara yang boleh bukakan semula gene penyakit itu dan ini termasuk stres, persekitaran serta pemakanan yang kurang optima.
Selalunya saya suruh pesakit jumpa setiap enam minggu untuk tiga kali rawatan dan selepas itu setiap 10 minggu sebanyak tiga kali dan seterusnya tiga kali setahun supaya boleh di tangani penyakit kronik .
Rawatan homeopathy tidak semestinya kena makan ubat seitap hari tetapi ada kalanya perlu pada ulangan mungkin hanya seminggu sekali atau sebulan sekali untuk kekalkan tertutup swis gene penyakit disebabkan kita tidak boleh hapuskan gene penyakit itu .
Selain itu, jika berlaku stres atau perubahan yang menyebabkan penyakat mula manifestasi semula, segera lah jumpa semula sebab ia akan melarat semula bila tidak ditangani secepat mungkin.
Disamping itu, jangan p**a bila sudah sembuh, lupa segala gaya hidup sihat dan makan semula jajan dan makanan berproses dan lupa p**a nak makan seimbang. Perbuatan ini akan datangkan semula penyakit .