Lion Army Muaythai Club

Lion Army Muaythai Club Self- Defence, Traditional Muaythai Training, Amature and Pro

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون.Salam takziah kepada ahli keluarga Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatil...
30/10/2025

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون.

Salam takziah kepada ahli keluarga
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

23/10/2025

Berasap! Tahniah Aiman Lion

17-18-19 Oktober 2025Alhamdulillah Syukur..dgn segala nikmat kurnia yg Allah berikan..Tahniah Semua anak2 Singa atas kej...
20/10/2025

17-18-19 Oktober 2025
Alhamdulillah Syukur..dgn segala nikmat kurnia yg Allah berikan..Tahniah Semua anak2 Singa atas kejayaan semalam d kejohanan
Muaysport/Amatur dan Pro FNM Fight Night Muaythai International 2.0 Live from Dewan Tulip Freeport AFamosa Alor Gajah Melaka..
Tahniah kpd peninju kami Rashid Singa atas kemenangan Pro Fight menentang Uzbekistan merebut Title Belt Ketua Menteri Melaka dan Johan2 Final Liga Amatur dn Open Amatur
1 belt👑
3 thropy🏆
16 gold🥇
16 silver🥈
2 bronze 🥉
Tahniah kpd semua Atlit2 Anak Singa Empayar Akademi Singa Bersatu Seramai 40 orang atas kemenangan selama 3 hari liga perlawanan, Terus Berusaha Tampa Jemu dan Lelah mahupn mengalah insha Allah pasti hasil kemanisan Allah janji dlm setiap pengorbanan dn perjuangan semua mereka yg terlibat..Amin fans

RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA. ❗️RING WARRIORS CHAMPIONSHI...
16/10/2025

RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA.

❗️RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 DI TUNDA KE TARIKH BAHARU.❗️

Untuk makluman semua, Event RWC Clash Of The Champions 2025 yang di jadualkan akan berlangsung pada 25 & 26 Oktober 2025 ini terpaksa di tunda ke tarikh baharu seperti berikut :

Tarikh baharu : 22 & 23 November 2025 (Sabtu & Ahad)
Vanue : Muar.

Pihak penganjur RWC Clash Of The Champions 2025 ingin memohon maaf pada semua di atas pindaan tarikh yang baru ini di atas sebab sebab yang tidak dapat di elakkan.

Kita akan berjumpa di Ring Warriors Championship Clash Of The Champions 2025 November nanti! 🔥🔥🔥

Teruskan menyokong RWC!!!







13/10/2025
13/10/2025

BERBAKI 4 HARI LAGI UNTUK KITA SAKSIKAN FIGHT NIGHT MUAYTHAI INTERNATIONAL 2.0 2025

JUTAAN TERIMA KASIH PADA PERSATUAN2& KELAB2 SERTA PARA PENAJA YANG TERLIBAT DENGAN KEJOHANAN INI SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG

SEMOGA KEJOHANAN YANG AKAN BERLANGSUNG TDAK LAMA LAGI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DENGAN IZIN ALLAH🤲🤲

ADAKAH ANDA SEMUA SUDAH BERSEDIA????!!!

KITA JUMPA NANTI💪💪💪💪

JOHOR MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2025 11-12 OKTOBER 2025GALERIA KOTARAYA, JOHOR BAHRUAlhamdulillah setelah berkampung selama ...
12/10/2025

JOHOR MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2025
11-12 OKTOBER 2025
GALERIA KOTARAYA, JOHOR BAHRU

Alhamdulillah setelah berkampung selama dua hari di Galeria Kotaraya Johor Bahru, Anak2 Singa Lion Army seramai 10fighter telah mendapat 5 🥇 6 🥈 di Kejohanan Johor Muaythai Championship 2025.

Tahniah dan syabas buat semua yang berjaya, yang kurang bernasib baik teruskan momentum latihan dengan bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Terima kasih kepada PMNJ di atas peluang yang di berikan kepada anak anak singa Lion Army.






fans

JOHOR MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 202511-12 OKTOBER 2025GALERIA KOTARAYA, JOHOR BAHRU.SESI TIMBANG BERAT & MEDICAL CHECKUP.ANA...
11/10/2025

JOHOR MUAYTHAI CHAMPIONSHIP 2025
11-12 OKTOBER 2025
GALERIA KOTARAYA, JOHOR BAHRU.

SESI TIMBANG BERAT & MEDICAL CHECKUP.

ANAK ANAK SINGA LION ARMY AKAN BERKAMPUNG DI GALERIA KOTARAYA JOHOR BAHRU SELAMA 2 HARI UNTUK EVENT JOHOR MUAYTHAI CHAMPIONSHIP.

JOM PEMINAT PEMINAT SUKAN MUAYTHAI TURUN BERIKAN SOKONGAN BUAT ANAK ANAK SINGA LION ARMY!

JUMPA DI SANA.






fans

ASSALAMUALAIKUM WBT📣📣📣 RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 TAJAAN PIALA & TALI PINGGANG 📣📣📣Berita bai...
07/10/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT

📣📣📣 RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 TAJAAN PIALA & TALI PINGGANG 📣📣📣

Berita baik!!! Berita baik!!!
RWC menawarkan kepada semua (Syarikat / Kedai kedai / Persatuan / Kelab atau Individu) untuk menjadi Penaja Piala bersempena Ring Warriors Championship Clash Of The Championship 2025 ini.

Tarikh : 25 & 26 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar Johor.

Untutk sebarang pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan no di bawah 👇🏾

Kru Wan Lion : 0177660413
Awein : 0127477476
Hirzan : 0196853560

Terima Kasih!









ASSALAMUALAIKUM WBT.📢 RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 📢Jualan Kerusi & Meja VIP Ring Warriors Cha...
03/10/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT.

📢 RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 📢

Jualan Kerusi & Meja VIP Ring Warriors Championship Clash Of The Champions 2025

📅 Tarikh : 25 & 26 Oktober 2025
🌄 Hari : Sabtu & Ahad
⏰ Masa : 8.00pm - 12.00am
📍Tempat : Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar Johor.

🔥Jangan lupa temu janji kita Untuk sama sama merasakan kehangatan dan ketangkasan Fighter Fighter Profesional yang di bawakkan kepada anda sempena Ring Warriors Championship Battle Rumble. 🔥

🔥 Bagi merasakan kehangatan dan ketangkasan Fighter fighter Profesional dengan lebih dekat lagi, kami menawarkan Meja Meja VIP keliling Ring terhad kepada 20meja Sahaja!! Siapa cepat dia dapat!! 🔥

- 1 Meja bulat VIP (8org) = RM1000 (2hari) berserta Jamuan 🍝🥤+ 8Kupon cabutan bertuah.
- 1 Meja bulat VIP (8org) = RM1300 (2hari) berserta Jamuan 🍝🥤& Piala Tajaan + 8kupon cabutan bertuah.
- 1 Meja bulat VIP (8org) = RM3000 (2hari) berserta Jamuan 🍝🥤 + Tali Pinggang + 8kupon cabutan bertuah.
- 1 Kerusi VIP = RM150 (2hari) berserta jamuan 🍝🥤+ 1 Kupon cabutan bertuah.
- Tajaan Piala = RM700 (2hari) untuk 2kerusi VIP beserta jamuan 🍝🥤 & 1 kupon cabutan bertuah.

Berbaloi!!! MEMANG BERBALOI!!

Untuk sebarang pertanyaan dan Tempahan, boleh terus berhubung ;

Awien : 0127477476
Kamil : 0176520137

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPATKAN HADIAH MISTERI CABUTAN BERTUAH DENGAN PEMBELIAN 1 MEJA

Kita jumpa di kejohanan *Ring Warriors Championship Clash Of The Champions Oktober ini!!!









ASSALAMUALAIKUM WBT.🦁 PRE ORDER OFFICIAL TSHIRT RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 (RWC) 🦁🔊🔊🔊 PRE-OR...
25/09/2025

ASSALAMUALAIKUM WBT.

🦁 PRE ORDER OFFICIAL TSHIRT RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 (RWC) 🦁

🔊🔊🔊 PRE-ORDER!!! PRE-ORDER!!! PRE-ORDER!!! 🔊🔊🔊

Utk makluman semua, Persatuan Muaythai Daerah Muar & Empayar Akademi Singa Bersatu akan mengeluarkan Official Tshirt Ring Warriors Championship Clash Of The Champions (RWC) 2025 secara Pre-Order!!

Keluaran Official Tshirt Ring Warriors Championship (RWC) 2025 ini bersempena Event RING WARRIORS CHAMPIONSHIP CLASH OF THE CHAMPION 2025 yang akan di adakan pada bulan Oktober tahun ini. Tshirt ini di buka kepada seluruh peminat peminat sukan Muaythai di Malaysia.

Material Kain : Microfiber Interlock
Harga sehelai : RM50 (Tidak termasuk harga Postage)

Postage : Semenanjung RM10 (Tertakluk pada berat)
: Sabah & Sarawak RM20 (Tertakluk pada berat)

Size : XS - 2XL (3XL ke atas dan Muslimah tambah RM10)
Muslimah : Tambah RM10
Tarikh akhir Pre Order dan Bayaran adalah 15 OKTOBER 2025!!!

Boleh berhubung dengan wakil wakil rasmi RWC :

Malaysia : Kru Wan Lion (0177660413)
PAKSI Malaysia : Abg Lie (01132255362)
Muar : Kamil (0176520137)
Batu Pahat : Rashid Singa (01140201942)
Parit Raja : Awien (0127477476)
Pontian : Qamarul (0145238413)
Johor Bahru : A D (0127410845)
Pasir Gudang : Hatta (01111145369)

❗️❗️❗️ANDA INGIN MEMENANGI CABUTAN BERTUAH DI RWC CLASH OF THE CHAMPIONS 2025?? MUDAH SAHAJA. ❗️❗️❗️
- PEMBELIAN TSHIRT 2HELAI DAN KE ATAS UNTUK SATU NAMA!! ANDA BERPELUANG MEMENANGI HADIAH MISTERI!! JADI TUNGGU APA LAGI?? JOM DAPATKAN OFFICIAL TSHIRT RWC CLASH OF THE CHAMPIONS 2025 DENGAN WAKIL WAKIL RASMI KAMI. 🔥

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA SEMUA UNTUK DAPATKAN KOLEKSI TSHIRT TERBARU KELUARAN PERSATUAN MUAYTHAI DAERAH MUAR & EMPAYAR AKADEMI SINGA BERSATU SEBAGAI SALAH SATU KOLEKSI PERIBADI ANDA!!!

Terima kasih.

SEJIWA SEKATA SEHALA.








13/07/2025

𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗔𝗬𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 (𝟭𝟴 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚)

Maklumat penting baca dengan teliti (Info panjang)

1st Asean Senior Team and Junior Championship 2025

SUKAN SEA 2025

Asian Youth Games 2025

Kejohanan Sukan Kombat dan Grand Prix Kebangsaan 2025 (18 Belt WMC/PMM Ranking 1)

Ada beberapa kejohanan penting akan berlangsung pada tahun ini iaitu Sukan Sea di Songkla, Thailand pada 12-19hb Disember 2025 dan Asian Youth Games di Bahrain pada Oktober 21 hingga 26. Kedua dua kejohanan adalah dibawah Olimpik movement dan penyertaan adalah melalui Majlis Olimpik Malaysia.

Seperti biasa semua badan sukan kebangsaan tidak boleh suka suka pilih atlet untuk mewakili negara ke kejohanan kejohanan ini dan perlu ikut kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara.

𝟭) 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗔 (𝗠𝘂𝗮𝘆 𝟭𝟲 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗮𝘁𝗮𝘀) 𝟱𝟬 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻

Kriteria OCM

Kategori A (Kos penuh ke Sukan Sea ditanggung OCM/MSN)

Sukan Individu: Menduduki 3 terbaik dalam ranking Asia Tenggara.
Sukan Berpasukan: Menduduki 4 terbaik dalam ranking Asia Tenggara.


Kategori B (Kos penuh ke Sukan Sea ditanggung PMM / Badan kebangsaan

Sukan Individu dan Berpasukan: Mesti menduduki 6 terbaik dalam ranking Asia Tenggara.


Tempoh Penilaian Prestasi

Prestasi atlet akan diambil kira dari September 2023 hingga Ogos 2025.


Kejohanan Penanda Aras

Kejohanan yang dijadikan penanda aras bagi pemilihan atlet perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) atau lebih penyertaan daripada negara-negara Asia Tenggara dari kejohanan kejohanan anjuran badan dunia IFMA/FAMA

𝟮) 𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗬𝗢𝗨𝗧𝗛 𝗚𝗔𝗠𝗘𝗦 (𝗠𝘂𝗮𝘆 𝟭𝟰-𝟭𝟳 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻) 𝟮𝟰 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻

(Tiada kategori A. Semua Kos Persatuan Kebangsaan cari sendiri)

Kriteria OCM - Ranking top 6 dalam semua kejohanan anjuran IFMA/FAMA termasuk Kejohanan Remaja Dunia 2024. Juara Kebangsaan 2024/2025

Kategori dipertandingkan di AYG

Combat 14-15 tahun (Bawah 16 tahun mesti lahir antara tahun 2010-2011)
Lelaki - 45kg, 48kg dan 51kg
Perempuan - 40kg, 45kg dan 48kg

Combat 16-17 tahun (Bawah 18 tahun mesti lahir antara tahun 2008-2009)
Lelaki 54kg, 57kg, 60kg
Perempuan 48kg, 51kg, 54kg

Wai Kru - 14-15 tahun
Lelaki / Perempuan

Waik Kru - 16-17 tahun
Lelaki / Perempuan

Mai Muay Duo Campuran 14-17 tahun
Boleh Lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan atau lelaki dan perempuan. Semua dalam satu kategori

Atlet outstanding dari Muaythai Grand Prix kebangsaan 2025 yang memenuhi kriteria akan mewakili team Malaysia

𝟯) 𝟭𝘀𝘁 𝗔𝘀𝗲𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱 𝗝𝘂𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗖𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻𝘀𝗵𝗶𝗽 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗣𝗿𝗲 𝗦𝗲𝗮 𝗚𝗮𝗺𝗲𝘀)

Muaythai Malaysia akan menganjurkan Kejohanan diatas pada 27-30hb Ogos 2025 di Paradigm Mall, Selangor. Atlet atlet yang akan mewakili negara bagi kategori senior team akan datang dari juara kejohanan kombat kebangsaan 2025 yang menang belt kebangsaan dan mempunyai minimum atlet 4 orang dalam kateogori masing masing. Kos penyertaan, makan minum, pengangkutan dan penginapan akan disediakan bagi semua juara kombat kebangsaan yang menepati kriteria diatas dan dalam berat 45,50,55,60 dan 65kg lelaki dan 45,48kg Wanita untuk sertai kejohanan asean ini.

Bagi kategori Junior bawah 17 tahun kejohanan ini terbuka kepada semua kelab di Malaysia untuk sertai bagi mendapatkan markah koko antarabangsa dan semua juara grand prix kebangsaan kategori youth / junior yang menang pingat emas dengan minimum 8 atlet diperingkat grand prix kebangsaan akan ditaja yuran penyertaan, makan minum dan penginapan sempena kejohanan Asean nanti.

𝟰) 𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗣𝗿𝗶𝘅 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱

Pelepasan Kementerian Pendidikan telah diletakkan dalam google drive Kejohanan.

Kejohanan ini adalah pemilihan long list bagi Sukan Sea, Asian Youth Games dan Asean Championship

18 belt pusingan akan menentukan juara kebangsaan sebenar dan ranking no 1 Malaysia dalam format kalah mati. Peralatan amatur akan dibuka pada pusingan akhir jika kedua dua atlet berumur lebih dari umur yang ditetapkan untuk berlawan undang undang Pro. Jika atlet menang 2 tahun berturut turut peringkat kebangsaan belt akan menjadi kepunyaan atlet sepenuhnya.

Juara Kebangsaan kategori senior akan berpeluang rebut belt Asean pada bulan Ogos nanti dan yang outstanding akan dihantar ke RWS dan Kings Cup di Bangkok dan beberapa kejohanan pro di Australia dan Eropah dengan slot kuota WMC yang diberikan kepada Malaysia selain penyertaan di Islamic Solidarity Games di Riyadh di bawah OCM.

Berat atlet yang akan rebut belt (Perlu ada minimum 4 atlet untuk belt dipertandingkan)

Male
40-45,45-50,50-55,55-60,60-65,65-70,70-75,75-80,80-85,85-90,91++

Female
40-45,45-50,50-55,55-60,60-65,65-70,70-75,

Jika kriteria tidak cukup belt akan disimpan untuk direbut dikejohanan anjuran negeri atau promoter bertauliah.

Bagi undang undang Seni Muaythai pastikan anda menggunakkan undang undang baru iaitu 4-5 min dan tidak lebih dari 6 min untuk Wai Kru dan 5-6 min tidak lebih dari 7min untuk Mai Muay

Harap maklum

Address

Pontian Kechil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lion Army Muaythai Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Lion Army Muaythai Club:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram