01/10/2023
FITNAH KE ATAS MADU LEBAH
1. Lebah tidak hanya membuat madu untuk keperluan koloninya sahaja.
2. Lebah produksi madu lebih dari keperluan koloni nya untuk keperluan penawar bagi umat manusia. (Rujuk: Surah an-Nahl ayat 68)
3. Sama seperti lembu yang produksi susu lebih dari keperluan anak nya.
4. Saya tak kenal Dr Mani ni kepakaran nya apa? Tapi profesor dalam bidang farmakologi ubat, iaitu Prof. Dr. H. Aznan Lelo, MD (USU), Msc. Int. Med. (USM), PhD. Cli. Pharmacology (FLINDERS) telah menulis di artikel Efek Farmakologi Madu,
"Dari sekian banyak ubat tradisional, madu salah satu ubat tradisional yang paling banyak dijalankan uji klinikal. Lantaran khasiatnya yang beraneka ragam. Madu mengandungi gula berupa glukosa, fruktosa dan sukrosa hampir 90%. Fruktosa tidak memerlukan insulin untuk diubah menjadi glikogen sehingga selamat diamalkan oleh pesakit diabetes, yang kekurangan insulin. Dengan itu, pesakit diabetes tetap dapat memperoleh energi dalam bentuk glikogen bagi tubuhnya."
5. Prof ini juga yang menjadi panel penyimak buku MIMS iaitu buku rujukan ubatan rasmi yang digunakan oleh persatuan dan seluruh doktor di Malaysia. Yang bercakap ni bukannya tok bomoh atau dukun atau tukang ambil madu hutan macam saya ni tetapi Profesor Perubatan dan Farmakologi Klinikal sendiri!
6. Jadi kalau baru baca pasal fruktosa, tak payah sembang lah.
7. Faktanya, sajian Madu hanyalah 1-2 sudu besar 2 kali sehari. 1 sudu besar madu asli bersamaan dengan 22 kalori sahaja. Sedangkan lebih bahaya kalau anda makan sepinggan nasi putih setiap hari dengan jumlah 260 kalori! Nasi briyani ayam kedai mamak sepinggan bersamaan 880 kalori!
8. Dalam Al-Quran, madu disebut sebagai minuman shifa yang berkhasiat. Madu mengandung karbohidrat monosakarida dalam bentuk fruktosa dan glukosa. Monosakarida ini dapat diubah menjadi tenaga dalam bentuk glikogen oleh tubuh.
Pengubahan ini tidak memerlukan hormon insulin (hormon yang kurang pada pesakit kencing manis). Oleh itu, madu selamat diamalkan dan pesakit tetap dapat memperoleh tenaga bagi tubuhnya.
9. Pengidap kencing manis acap kali harus 'berkira' bila mereka ingin makan makanan manis yang berasal dari gula atau sukrosa. Lantaran penambahan sukrosa ke dalam tubuh akan membuat kadar gulanya meningkat. Pemberian madu dapat menjadi salah satu solusi pemberian rasa manis pada makanan/minuman kerana mengingatkan kadar sukrosa madu yang amat rendah.
10. Abdulrhman et al. (2013) menjalankan kajian atas manusia (Randomized crossover clinical trial) di Institut Nasional untuk Diabetes dan Endokrinologi di Kairo, Mesir mendapati terjadi penurunan yang signifikan pada kadar lemak tubuh, gula darah puasa, kolesterol, trigliserida serum, dan LDL (kolesterol ‘jahat’) diperoleh dari 12 minggu mengamalkan Madu. Madu juga mempunyai Glicemic Index yang rendah dan Peak Incremental Index. Khedekar et al. (2016) juga melaporkan madu dengan T-cordifolia dapat menurunkan glukosa darah secara signifikan dan menunjukkan kesan anti-diabetic.
11. Madu yang selamat untuk pesakit diabetes adalah madu asli yang tidak melalui pemprosesan, penambahan gula, pemanasan, penambahan pewarna maupun pengawet serta tinggi kandungan anti-oksidannya. Oleh itu, para pesakit kencing manis harus teliti setiap madu yang diminum. Salah satu madu murni multiflora yang terpercaya keasliannya adalah Madu Quad Tualang. Lebih 10 tahun di pasaran serta lengkap dengan ujian makmal dan MesTI KKM.
12. Ubat klinik sebaiknya tidak ditinggalkan kerana glibenclamide atau metformin yang digabungkan dengan madu akan meningkatkan kawalan terhadap gula darah (Erejuwa OO, 2011)
Jika berminat dapatkan madu Tualang, segera tempah pada ejen terdekat yang sudah tersebar ke seluruh negara termasuk sabah dan sarawak.