Pusat Terapi Bekam, Urut & Resdung Tabib Benut

Pusat Terapi Bekam, Urut & Resdung Tabib Benut Kami merawat pelbagai masalah Resdung samada ringan atau kronik dengan pakej harga paling murah dan berkesan. Hanyasekali dua rawatan pesakit sudah lega

17/04/2019

ANDA ADA MASALAH GASTRIK?

tips Ramadhan untuk pesakit gastrik supaya dapat berpuasa penuh

No.1 -Elakkan

Makanan bergoreng, lemak dan makanan yang mengandungi asid contohnya buah-buahan citrus seperti lemon, limau, grapefruit dan oren bersama produk berasaskan buah tomato.
Makanan segera dalam tin/proses terutama produk berasakan tomato yang biasanya mempunyai banyak bahan kimia dan pengawet yang boleh memburukan lagi masalah gastrik.
Makanan yang terlalu banyak mengandungi gula dan karbohidrat ditapis.
Kafein yang terkandung dalam teh, kopi, soda dan lain-lain minuman yang membuatkan kerap terkencing dan mengeluarkan banyak garam mineral dalam badan pada siang hari berpuasa.
Merokok juga dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptic. Merokok melambatkan penyembuhan ulseryang sedia adadan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan rufluks asid untuk pesakit gastrik.
Ubat-ubatan yang merengsa lapisan perut.

No. 2 –Amalkan makanan

Karbohidrat atau makanan yang lambat tercerna di waktu sahur supaya makanan lebih tahan lama, membuat kurang berasa lapar dan lebih bertenaga.
Kurma adalah sumber gula yang sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium & magnesium.
Badam kaya dengan protein dan serat. Campuran badam dan susu menjadikan minuman yang sihat.
Pisang adalah sumber karbohidrat yang baik dan mengandungi kalium dan magnesium.
Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus daripada makanan yang bergoreng dan berlemak.
Makan secara sederhana dan dalam kuantiti yang kecil serta berbuka segera selepas masuk waktu.
Sahur dengan cara yang diajarkan oleh Rasullullah dari segi mengurangkan risiko komplikasi. Melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.

Berhenti makan 3-4 jam sebelum tidur untuk memberikan sistem pencernaan masa berehat yang mencukupi. Oleh itu pesakit harus mengurangkan tradisi ‘moreh

No. 3 – Minuman

Jika kelihatan letih , lesu dan pucat, hendaklah berwaspada kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
Minum segelas penuh susu segar semasa sahur kerana ini akan membantu khasnya pesakit gastrik.

No.4. Berjaga-jaga

Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka buasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
Kajian menunjukan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu jika mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan doctor kerana puasa mungkin memudaratkan.

Address

Kg Asam Kumbang, Benut, Pontian
Pontian
82200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Bekam, Urut & Resdung Tabib Benut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram