Shamzi Resources

Shamzi Resources Bouquet/Hamper handmade, Homemade Cakes & biscuits. Healthy n Skin care products & others.

16/01/2026

Celebrating my 13th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

11/12/2025
Untuk rujukan bersama.
11/12/2025

Untuk rujukan bersama.

02/12/2025

Buli rumahtangga cuba dengar baik²...

02/12/2025

Tolong dengar tul² mana yg menghadapi situasi ini... Moga dapat dijadikan pelajaran n pengajaran.

02/12/2025

Renung²kan...

Isteri boleh hilang hormat pada suami
👉 Panas Baran dan Selalu maki hamun
👉 Kaki pukul
👉 Mulut puaka,mulut jahat,mulut longkang,mulut murai mengalahkan makcik bawang.
👉 Memberi tekanan mental pada pasangan
👉 Kedekut taik hidung masin/buruk siku
👉 berat sebelah dalam memberi layanan terhadap keluarga isteri
👉 Tidak menghargai penat lelah isteri
👉 Selalu mengulangi kesilapan yang sama berulangkali sampai abg jamil kojol.
👉 Membiarkan isteri menguruskan serba serbi dgn sendiri
👉 Tak pernah minta maaf dan akui kesalahan
👉 Ego tinggi mengalahkan gunung kinabalu

Bila hormat isteri dah mula hilang pada diri suami, lama-kelamaan perasaan cinta dan syg juga akan mulai pudar dan hilang…ramai yg pandang perkara ni sebagai kesalahan isteri bilamana isteri tu tak menghormati suami…

Tapi dgn perkara² yg dinyatakan diatas, adakah beliau layak utk dihormati? Ubah perangai jika masih ingin dihormati…belajar menghormati isteri jika ingin dihormati…
Hormat takkan dpt dgn automatik kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yg baik utk dihormati.

Lelaki ada Ego, perempuan pun ada Ego.Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.

Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Sumber Cop paste.

SUSAHNYA BANGUN TAHUJJUD, TAPI SENANGNYA BERJAGA MAIN TELEFONPernah tak kita terfikir, kita sanggup berjaga lewat malam,...
28/06/2025

SUSAHNYA BANGUN TAHUJJUD, TAPI SENANGNYA BERJAGA MAIN TELEFON

Pernah tak kita terfikir, kita sanggup berjaga lewat malam, mata tak mengantuk langsung asalkan dapat terus menghadap telefon. Kadang-kadang bukan ada urusan penting pun. Skrol media sosial, tengok video, baca komen-komen yang entah apa-apa, semua itu boleh kita lakukan berjam-jam tanpa rasa lelah. Tapi, bila azan Subuh berkumandang, tiba-tiba rasa beratnya nak bangun. Apatah lagi kalau nak bangun tahajjud?

Kenapa Susah Nak Bangun Tahajjud?
Sedangkan kalau difikirkan, tahajjud itu cuma lima minit, cukup sekadar kita bangun seketika, berwuduk dan sujud pada Allah. Tapi, kenapa berat sangat? Jawapannya ada pada hati kita. Kita terlalu leka dengan dunia sehingga Allah jauh dari hati kita.

Ada satu pepatah yang cukup mendalam maksudnya:
"Kalau hati dekat dengan Allah, bangun tahajjud itu mudah. Kalau hati penuh dengan dunia, bangun tahajjud itu terasa seperti memikul gunung."

Bila hati kita sibuk dengan perkara dunia, terlalu terikat dengan keseronokan sementara, kita jadi lupa pada hubungan kita dengan Allah. Telefon pintar kita tak salah, tapi cara kita menggunakannya yang menjadikan kita lalai.

Punca Kehidupan Tidak Tenang
Kita selalu mengadu hidup tidak tenang. Masalah datang bertimpa-timpa, rezeki sempit, hati gelisah. Kita mencari ketenangan dalam hiburan, dalam hubungan dengan manusia, tapi lupa mencari ketenangan pada Allah. Padahal Allah berfirman:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Surah Ar-Ra’d, 13:28)

Bagaimana kita nak rasa tenang kalau kita jarang mengingati Allah? Kita abaikan panggilan cinta dari-Nya setiap malam, sedangkan Allah turun ke langit dunia, menunggu kita meminta. Dalam satu hadis qudsi, Allah SWT berfirman:
"Pada sepertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia seraya berkata: Siapa yang berdoa kepada-Ku akan Aku perkenankan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Aku ampuni."
(HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudi mendengar rintihan kita, tapi kita lebih memilih untuk melayan media sosial hingga larut malam. Mana mungkin hidup kita tenang jika kita sentiasa lupa pada Allah?

Latih Hati Untuk Mengutamakan Allah
Ketenangan itu bukan datang dengan sendirinya. Ia datang apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Salah satu caranya adalah dengan bangun malam, walaupun hanya lima minit. Sungguh, Allah tidak meminta kita bangun sepanjang malam, cukup sekadar beberapa rakaat dengan hati yang ikhlas.

Latihlah diri sedikit demi sedikit. Mungkin kita boleh mula dengan tidur lebih awal, kurangkan skrol telefon sebelum tidur, dan pasang niat untuk bangun tahajjud. Minta kekuatan daripada Allah. Jangan berharap pada kudrat sendiri, kerana kekuatan itu milik Allah.

Manisnya Bangun Malam
Bila kita berjaya bangun malam, walaupun cuma lima minit, kita akan rasa perbezaannya. Hati jadi tenang, masalah terasa lebih ringan. Bahkan, kita akan mula terasa ketagih untuk bangun lagi keesokan malamnya. Itulah keajaiban tahajjud, ia membuat hati kita lapang dan kehidupan lebih teratur.

Cuba ingat, kenapa kita sanggup berjaga lewat malam demi hiburan yang sementara, tapi untuk Allah kita tak mampu? Adakah kita lupa bahawa setiap detik kita hidup ini adalah kurniaan-Nya?

Tahajjud: Bukti Cinta Pada Allah
Tahajjud itu bukan sekadar solat tambahan. Ia adalah bukti cinta kita pada Allah. Ketika orang lain lena, kita memilih untuk bangun. Bukan kerana kita kuat, tapi kerana kita tahu kita ini lemah tanpa pertolongan-Nya.

Kita selalu minta rezeki yang luas, kehidupan yang bahagia, tapi kita tak sanggup bangun sekejap untuk mengadu pada Allah. Mungkin kerana kita terlalu biasa dengan nikmat, hingga kita lupa siapa Pemberi nikmat itu.

Bangkitlah! Jangan Jadikan Telefon Sebagai Penghalang
Ayuh, jangan biarkan telefon pintar kita jadi alasan untuk kita melupakan Allah. Jadikan malam sebagai momen untuk muhasabah diri, bangkit memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Kalau kita mampu berjaga kerana hiburan dunia, mengapa tidak untuk seketika sujud pada Allah?

Kuatkan azam, lawan rasa malas. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk memperbaiki hubungan dengan Allah. Usah jadikan alasan dunia untuk kita terus lalai. Moga setiap tahajjud kita menjadi saksi cinta kita kepada-Nya. Amin.

Renung²kan selamat beramal,sharing is CarinG in syaa allah.

23/06/2025

1. Dr. Zakir Naik asalnya seorang doktor perubatan yang berhenti kerja selepas terinspirasi oleh Sheikh Ahmad Deedat pada tahun 1987 dan mula berdakwah sepenuh masa sejak awal 1990an.

2. Beliau tidur hanya 3.5 jam sehari, solat sekitar 5.5 jam (termasuk tahajud dan dhuha), dan berdakwah selama 12 jam sehari secara konsisten.

3. Tidak pernah ambil gaji atau bayaran daripada aktiviti dakwah. Tiket kapal terbang dan hotel ditanggung sendiri, dan semua ceramah adalah percuma.

4. Beliau memiliki lebih 9 perniagaan, hanya urus sekitar 2 hari sebulan, dan dermakan sekurang-kurangnya 51 peratus daripada keuntungan setiap tahun.

5. Hidup sangat sederhana walaupun mampu mewah. Tinggal di apartmen biasa, belanja hanya RM2000 sebulan, dan memandu Toyota Camry walaupun memiliki Rolls Royce dan Lamborghini untuk bisnes.

6. Anak beliau juga terlibat dalam dakwah, aktif di media sosial, dan turut mengikuti jejak dalam memberi dan membantu.

7. Aktif berdakwah melalui Peace TV dalam 4 bahasa (Inggeris, Urdu, Bangla, Arab) dengan tontonan lebih 200 juta penonton seluruh dunia.

8. Ada lebih 24 juta pengikut di Facebook dan mengadakan sesi live soal jawab dua kali sebulan dari Malaysia.

9. Menganggap Malaysia negara terbaik untuk Muslim. Islam sebagai agama persekutuan, ekonomi Islam kukuh, kos sara hidup rendah dan bebas bersuara dalam isu ummah.

10. Putrajaya dianggap paling hampir kepada model bandar Islam. Tiada arak, tiada kelab malam, dan persekitaran patuh syariah secara relatif.

11. Menegaskan tiada satu negara pun hari ini 100 peratus patuh syariah termasuk Arab Saudi. Namun Malaysia adalah antara yang paling hampir.

12. Pilih hidup sederhana kerana mahu mencontohi Nabi Muhammad SAW yang zuhud walaupun mampu mewah.

13. Sebelum berhijrah, beliau aktif berdakwah di lebih 50 negara termasuk negara-negara majoriti bukan Islam.

14. Dihalau dari India kerana dakwah beliau kepada bukan Islam terlalu berpengaruh. Ramai Hindu memeluk Islam dan kerajaan mula rasa terancam.

15. Berhijrah ke Malaysia pada 2016 selepas difitnah sebagai ekstremis dan pengganas oleh media dan kerajaan India.

16. Menjawab tuduhan ekstremisme dengan berkata: “Saya ekstrem dalam kebaikan. Solat, sedekah, jujur, kasih sayang. Bukan dalam kekerasan.”

17. Solat harian beliau mencecah minimum 54 rakaat termasuk solat fardu, witir, dhuha dan tahajud setiap hari.

18. Mendapat kekuatan menghadapi ujian dengan membaca sirah Nabi SAW dan perjuangan para sahabat.

19. Dakwah bukan untuk duit, kuasa atau glamor. Tapi untuk reda Allah SWT dan menyampaikan risalah kebenaran.

20. Dalam bisnes, beliau anggap Allah sebagai rakan kongsi dan amalkan konsep memberi lebih banyak untuk dapat lebih berkat.

21. Dakwah bukan sekadar kerja, tapi tujuan hidup dan hobi utama beliau. Sukan dan hiburan bukan lagi keutamaan, tapi anak beliau aktif dalam s**an dan seni mempertahankan diri.

22. Beliau menyeru umat Islam supaya bersatu dan tidak berpecah atas nama mazhab atau organisasi terutamanya di Indonesia.

23. Indonesia juga negara Muslim yang baik, tapi umat Islam perlu lebih bersatu untuk jadi lebih kuat dan dihormati.

24. Dunia hanya akan aman jika semua manusia menjadi Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam, tapi itu tidak akan berlaku sepenuhnya kerana dunia adalah tempat ujian.

25. Akan tiba masa Islam memerintah dunia selama 7 tahun sebelum akhir zaman, sebagaimana disebut dalam hadis dan janji Allah dalam Al-Quran.

26. Beliau akan ke Indonesia untuk ceramah di Surabaya, Medan, Solo dan Jakarta pada bulan Jun ini insya-Allah.

Sumber dari podcast pertama Dr Zakir Naik di dunia.

Bersyukurlah isteri kita tu tak gila...Dia p keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia...
21/06/2025

Bersyukurlah isteri kita tu tak gila...

Dia p keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang2 kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur...

Dia jaga anak2, uruskan anak2, dia jaga suami, uruskan suami...dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah...

Dia tdo 3,4 jam sehari...

Pastu kembali bangun utk buat keje2 dan perkara2 yg SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri...
Itu belum kira dgn dia terasa hati disebabkan perbuatan kita...itu belum kira dia menangis sbb perangai kita...itu belum kira dgn apa yg dia pendam, apa yg dia simpan, apa yg dia tak luahkan kpd kita...

Kena plak berhadapan dgn mertua yg selalu membanding2kan dia, yg selalu mencari salah dan silap dia...kena plak berhadapan dgn ipar duai biras yg s**a perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang...
Maka, bersyukurlah sbb DIA TAK GILA lagi...

Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat...cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat utk buat semua perkara tu... ?

Akan tiba hari dimana dia akan "meletup" disebabkan dia dah buat sesuatu yg diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yg melebihi apa yg sepatutnya ditanggungnya...
Kalau xnak isteri "MENGGILA",maka...

Tolonglah dia...keje dia byk...klu kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama...klu kita nk rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yg nak buat keje2 tu klu dia rehat dan xbuat? Sama2 la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu...

Pastu xperlu la buat masalah atau cari masalah dgn dia...byk ja lagi benda dia nk kena pkir...jgn tambahkan benda yg dia perlu pkir dlm otak dia tu...

Jaga perbuatan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga tingkah laku...JADI BAIK...

Kau jarang tolong buat keje2 rumah pun xpa asalkan kau tu bukan jenis yg buat masalah...✌️

Sharing Is Caring 😘

21/06/2025

Ingat tu ye...

Address

TAMAN PUNCAK JALIL
Puchong New Village
43300

Telephone

+6011 36663395

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shamzi Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shamzi Resources:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram