25/03/2022
Nak kongsi ada batch baru masok kedai.
Kasut ni keluaran tempatan punya. Dari segi kualiti atau spesifikasi keselamatan ada kelulusan sijil antarabangsa (EU) dan tahun ni, 2022 ada dapat kelulusan dari SIRIM.
Kasut masih baru. Bau pun fresh lagi. Bau barang-barang macam di kedai tu TAPI....kami nak jual harga second hand. Ok tak?
Puncanya tempat / stor asal simpan kasut-kasut ni ada masalah kelembapan. Jadinya naik la kulat sikit hanya di permukaan luar kulit kasut sahaja.
Kulat dah cuci bersih, kasut pun dah polish dengan kiwi. Brader- brader boleh tengok gambar-gambar ni untuk hasil selepas cuma kalau tengok dari dekat memang boleh nampak kesan tompok-tompok asal kulat.
Macam saya cakap sebelum ni, pendapat peribadi saya tiada isu pun kesan tompok ni sebab yang pentingnya nak lindungi kaki kita dari bahaya tempat keja. Tempat keja pun kotor atau penggunaan lasak sememangnya akan lupa terus hal tompok ni. Kasut pun bole lawa lagi ka dengan keadaan kerja macam ni selepas sebulan dua bulan.
Jadi kalau berminat dan okay boleh DM tanya saiz dulu apa yang masih ada lagi.
Brand : SIHORS
Model : Brown Rigger Boot 203
Harga : RM 80.00. (harga market RM250)
Jumpa di wasap na...sep sikit 😁