29/12/2025
Penutup Kursus Urutan Sukan Level 1
Alhamdulillah, dengan ini Kursus Urutan Sukan Level 1 telah melabuhkan tirainya.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus ini. Anda semua bukan sahaja hadir untuk belajar, tetapi benar-benar memberi fokus dan usaha dalam setiap sesi praktikal.
Kami di Recuperer Sports amat menghargai kepercayaan anda memilih kami sebagai tempat menimba ilmu. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang kursus ini berlangsung.
Semoga ilmu asas yang dipelajari hari ini menjadi langkah pertama untuk anda melangkah lebih jauh dalam dunia urutan sukan secara profesional.
Jumpa lagi di Level seterusnya.
Teruskan belajar, teruskan berlatih.