Uitm VisionCare

Uitm VisionCare UiTM VisionCare, one stop optometry center at Bandar Puncak Alam. Call us 0332584514 for more information

PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN MATA KOMPREHENSIF

Klinik Optometri UiTM di Fakulti Sains Kesihatan menawarkan pemeriksaan mata secara komprehensif iaitu secara menyeluruh. Pemeriksaan ini dijalankan oleh pelajar tahun klinikal Optometri dibawah seliaan Optometris bertauliah. Anda boleh dapatkan maklumat kesihatan mata luar dan dalam anda. Oleh itu, masalah mata seperti katarak, glaukoma, diabetik retino

pati dan lain-lain masalah dapat dikesan dengan lebih awal. Anda juga boleh dapatkan kuasa refraksi mata anda jika diperlukan. Selain pemeriksaan mata primer dewasa dan kanak-kanak, kami juga menwarkan pelbagai klinik optometri seperti Klinik Kanta Sentuh, Klinik Terapi Visual, Klinik Penglihatan Terhad & Rehabilitasi. Dapatkan perkhidmatan kami dengan hubungi 0332584514 untuk tetapkan temujanji anda. Ikhlas daripada,
UiTM Vision Care | Pusat Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Teknologi MARA Selangor,
Kampus Puncak Alam,
42300 Bandar Puncak Alam
No tel: 0332584514
Like FB: Uitm Visioncare

17/04/2026

Ramai anggap burnout tu benda kecil… penat sikit, rehat je. Stress sikit, tahan je 😔
Tapi bila dibiarkan, ia bukan lagi penat biasa.

Bangun pagi rasa kosong walaupun cukup tidur 🥱
Kerja makin banyak, tapi rasa tak pernah cukup 📉
Perkara kecil pun boleh buat cepat marah 😣
Dan yang paling bahaya… kita mula anggap semua itu normal.

Sebenarnya, badan & emosi kita tengah bagi signal 🚨
Cuma kita yang terlalu lama memilih untuk diam dan tahan.

Burnout bukan hilang dengan paksa diri jadi kuat 💔
Ia perlukan rehat yang betul, bantuan, dan kesedaran 🌿

Kalau kita tengah rasa macam ni sekarang… itu bukan lemah.
Itu tanda kita dah terlalu lama bertahan 🥺

Jadi jujur dengan diri sendiri—
Dapatkan bantuan dari yang pakar.

Dekan Fsk Page
Uitm Mobile Nursing Care
Pusat Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm
Pusat Terapi Diet FSK
Centre for Environmental Health and Safety Studies
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan UITM Puncak Alam
Uitm VisionCare
Medical Imaging FSK

Jaga cermin mata, jaga penglihatan 👓✨Amalkan penjagaan yang betul untuk keselesaan dan ketahanan lebih lama.
14/04/2026

Jaga cermin mata, jaga penglihatan 👓✨
Amalkan penjagaan yang betul untuk keselesaan dan ketahanan lebih lama.

09/04/2026

Dalam meraikan Kesedaran Autisme 💙, marilah kita bersama-sama memahami bahawa autisme bukanlah satu penyakit, tetapi satu spektrum perkembangan yang unik, di mana setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk berfikir, berkomunikasi, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling 🌍✨.

Di Pusat Rehabilitasi dan Perkhdimatan Klinikal, kami berpegang kepada prinsip bahawa sedikit kefahaman tentang neurodiversiti mampu membawa makna yang sangat besar 🤍. Kefahaman yang mendalam adalah kunci untuk memupuk sikap empati, kesabaran, dan penerimaan dalam masyarakat.

Perkhidmatan klinikal dan pemulihan kami direka bukan sahaja untuk memberikan sokongan 🤝, tetapi juga untuk meraikan keunikan setiap perjalanan 🌈. Kami komited untuk memastikan setiap individu dalam spektrum ini diberi ruang, peluang, dan sokongan yang sewajarnya untuk terus berkembang serta mencapai potensi penuh mereka dalam persekitaran yang inklusif 🌱💫.

Kerana setiap individu adalah berbeza—dan setiap perbezaan itu berharga.

Jangan Biarkan Alahan Merosakkan Penglihatan Anda! Ramai tak tahu, tabiat kerap menggosok mata akibat alahan atau asma b...
08/04/2026

Jangan Biarkan Alahan Merosakkan Penglihatan Anda!

Ramai tak tahu, tabiat kerap menggosok mata akibat alahan atau asma boleh menyebabkan Keratoconus—keadaan di mana kornea mata menipis dan membonjol keluar seperti kon.

Punca utama? Geseran kronik yang melemahkan struktur mata. Kalau mata gatal, jangan gosok! Gunakan ubat titis atau tuam sejuk (cold compression) untuk kelegaan.

Tanda Amaran:
⚠️ Penglihatan makin kabur & berbayang.
⚠️ Kerap tukar power cermin mata.
⚠️ Silau melampau waktu malam.

Cegah sebelum terlambat. Kesedaran awal boleh menyelamatkan penglihatan anda! ✨

Baca kajian penuh tentang pengurusan Keratoconus di sini:
🔗 https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC12697055/

Hubungi kami di talian 03-32584514 untuk maklumat lanjut. Tempah janji temu di link janji temu kami di link - tinyurl.com/uivc-appointment

Nota: *Setiap pelanggan (kecuali pelajar UiTM, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan pemegang kad OKU) hanya dikenakan caj pendaftaran RM10 sekali setahun. Tiada caj konsultasi akan dikenakan untuk pemeriksaan bersama pelajar klinikal.

Pemeriksaan Mata Menyeluruh kembali lagi!Dapat janji temu pemeriksaan mata anda dengan kami pada setiap hari Isnin hingg...
25/03/2026

Pemeriksaan Mata Menyeluruh kembali lagi!

Dapat janji temu pemeriksaan mata anda dengan kami pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 30 Mac 2026 ini. Pemeriksaan mata menyeluruh merangkumi pemeriksaan kuasa ralat mata, saringan rabun warna dan saringan penyakit mata. Pemeriksaan dilakukan oleh pelajar praktikal Sarjana Muda Optometri UiTM dengan pantauan Pegawai Optometri kami yang mempunyai pengalaman sehingga lebih 20 tahun. Selain pemeriksaan mata penuh, kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan kanta sentuh dan lain-lain klinik.

Waktu sesi pemeriksaan bagi setiap klinik di UiVC adalah seperti berikut:

✅️Klinik Optometri Primer: Isnin - Jumaat
✅️Klinik Kanta Sentuh: Isnin - Jumaat
✅️Klinik Penglihatan Terhad: Isnin (Sesi pagi sahaja)
✅️Klinik Pediatrik Optometri : Selasa (Sesi pagi sahaja)
✅️Klinik Terapi Visual: Khamis (Sesi pagi sahaja)

Hubungi kami di talian 03-32584514 untuk maklumat lanjut. Anda boleh juga tempah janji temu di link janji temu kami di bio.

Jumpa anda di Klinik Optometri UiVC

Nota: *Setiap pelanggan (kecuali pelajar UiTM, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan pemegang kad OKU) hanya dikenakan caj pendaftaran RM10 sekali setahun. Tiada caj konsultasi akan dikenakan untuk pemeriksaan bersama pelajar klinikal.

UiTM Vision Care mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga segala amal ibadah kita diterima A...
20/03/2026

UiTM Vision Care mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah dan Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, kesyukuran serta keberkatan dalam kehidupan kita semua.

UiVC ditutup sehingga 27/3/2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan persediaan semester baru. Slot pemeriksaan mata bersama pelajar Optometri akan dibuka semula pada 30/3/2026. JOM CEK MATA!

Sebarang tempahan janji temu pemeriksaan mata, sila hubungi kami melalui whatsapp 03-32584514.

Dimaklumkan bahawa UiTM Vision Care (UiVC) akan ditutup sementara dari 18 Mac hingga 27 Mac 2026 bagi tujuan persediaan ...
18/03/2026

Dimaklumkan bahawa UiTM Vision Care (UiVC) akan ditutup sementara dari 18 Mac hingga 27 Mac 2026 bagi tujuan persediaan semester.

Kami akan mula beroperasi pada 30 Mac 2026.
Jom tempah slot janji temu pemeriksaan mata sekarang!

Klinik Optometry UiTM Vision Care (UiVC) menawarkan empat kategori utama perkhidmatan optometri untuk memenuhi keperluan...
02/03/2026

Klinik Optometry UiTM Vision Care (UiVC) menawarkan empat kategori utama perkhidmatan optometri untuk memenuhi keperluan pemeriksaan mata, rawatan penglihatan dan pembelian cermin mata anda.

UiVC‑STEP — Perkhidmatan optometri yang dikendalikan oleh pelajar optometri yang sedang menjalani latihan klinikal dengan penyeliaan pegawai optometri. Perkhidmatan ini adalah percuma dan waktu operasi mengikut jadual praktikal pelajar semasa semester kuliah sahaja.

UiVC‑PROS — Perkhidmatan profesional oleh pegawai optometri bertauliah yang dibuka semasa cuti semester dan dengan kesediaan pegawai kami. Caj konsultasi antara RM40 hingga RM150 mengikut jenis kes.

UiVC‑MOVES — Perkhidmatan optometri bergerak untuk program komuniti, jemputan atau kolaborasi, dengan pakej antara RM500–RM2000 mengikut skop program.

UiVC‑SHOP — Hab cermin mata dan produk optik yang menawarkan bingkai, kanta, kanta lekap, alat bantuan penglihatan terhad, alat terapi visual dan produk penjagaan mata, dengan harga bergantung pada preskripsi, jenis dan jenama.

Yuran pendaftaran hanyalah RM10 setahun, dan percuma untuk pelajar UiTM, warga emas 60 tahun ke atas serta pemegang kad OKU. Semua perkhidmatan dikendalikan oleh pegawai optometri dan pelajar praktikal yang terlatih bagi memastikan pengalaman yang profesional, selesa dan berkualiti untuk semua pelanggan.

Hubungi kami WhatsApp 0332584514 untuk maklumat lanjut.

Orthokeratologi menawarkan alternatif bukan pembedahan untuk mengawal rabun dengan memanfaatkan kanta sentuh malam yang ...
23/02/2026

Orthokeratologi menawarkan alternatif bukan pembedahan untuk mengawal rabun dengan memanfaatkan kanta sentuh malam yang direka khusus untuk membentuk semula kornea. Kaedah ini disokong bukti klinikal dan sesuai untuk individu yang memerlukan penglihatan jelas pada waktu siang tanpa penggunaan cermin mata atau kanta sentuh.

Pendekatan ini juga selamat dan berkesan dalam mengurangkan progresi rabun jauh, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Promosi khas cuti semester - tempah janji temu sehingga 13 Mac ini di slot UiVC Professional Services (UiVC-PROS) dengan pegawai optometri kami. Hubungi kami WhatsApp 0332584514 untuk maklumat lanjut. Slot terhad.

18/02/2026

Salam Ramadan 🌙
Daripada kami di UiTM Vision Care, semoga Ramadan ini dipenuhi dengan keberkatan, kesabaran dan cahaya kebaikan dalam setiap langkah.

Jaga kesihatan, jaga mata, dan semoga ibadah kita semua diterima 🤍

Wishing you a year of strength, vitality, and new milestones. Thank you for your continued trust in us.
17/02/2026

Wishing you a year of strength, vitality, and new milestones. Thank you for your continued trust in us.


28/01/2026

Wishing all students the very best for your upcoming examinations. Stay calm, stay focused, and give your best in everything you do!

Remember that all your hard work and preparation will pay off. Believe in yourself, manage your time well, and dont forget to take care of your health. Good luck! you’ve got this!

UiTM Vision Care will be closed until 22nd February 2026. Fee-based appointments with optometrists will resume on 23rd February 2026.

Free-of-charge appointments with the optometry students (under the supervision of optometrists) will resume on 30th March 2026.

Address

Aras 2, Bangunan FSK 2, 3, 4
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uitm VisionCare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Uitm VisionCare:

Share

Category

Our Story

PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN MATA KOMPREHENSIF Klinik Optometri UiTM di Fakulti Sains Kesihatan menawarkan pemeriksaan mata secara komprehensif iaitu secara menyeluruh. Pemeriksaan ini dijalankan oleh pelajar tahun klinikal Optometri dibawah seliaan Optometris bertauliah. Anda boleh dapatkan maklumat kesihatan mata luar dan dalam anda. Oleh itu, masalah mata seperti katarak, glaukoma, diabetik retinopati dan lain-lain masalah dapat dikesan dengan lebih awal. Anda juga boleh dapatkan kuasa refraksi mata anda jika diperlukan. Semua perkhidmatan pemeriksaan mata yang mengambil masa 1 1/2 jam ini adalah percuma. Jika berminat boleh hubungi 0332584514 untuk tetapkan temujanji anda. Ikhlas daripada, UiTM Vision Care | Pusat Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Selangor, Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam No tel: 0332584514 Like FB: Uitm Visioncare