09/09/2025
πΏ Selamat datang ke Ummarah Wellness, pusat kecantikan, kesihatan dan pembelajaran yang menggabungkan rawatan spa, penjagaan ibu berpantang tradisional, serta akademi latihan profesional.
πΈ Spa
Kami menawarkan rawatan spa untuk wanita yang ingin memanjakan diri dan mengekalkan kecantikan semula jadi. Antara perkhidmatan kami termasuk:
β’ Urutan badan & aromaterapi
β’ Sauna & footbath
β’ Lulur & skrub herba
β’ Bertangas & mandi bunga
β’ Rawatan muka & relaksasi
π€± Penjagaan Ibu Berpantang
Khusus untuk ibu selepas melahirkan, kami menyediakan rawatan berpantang berasaskan warisan tradisional yang membantu pemulihan tubuh, emosi dan tenaga, seperti:
β’ Urutan bersalin
β’ Bertungku & berbengkung
β’ Mandian herba & bertangas
β’ Penjagaan payudara & perineum
π Akademi
Selain rawatan, kami juga menubuhkan Akademi Latihan Spa & Penjagaan Ibu Berpantang untuk melahirkan terapis mahir. Akademi ini menawarkan kursus:
β’ Spa tradisional
β’ Rawatan penjagaan ibu berpantang
β’ Terapi herba & aromaterapi
β’ Asas keusahawanan spa
Dengan tenaga pengajar berpengalaman dan modul pembelajaran praktikal, akademi ini sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang spa atau menambah kemahiran diri.