Radiology Uitm

Radiology Uitm To showcase activities done by Radiology Department, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM

20/03/2026
๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— ๐ŸŒ™Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami daripada Jabatan Radiologi Hospital Al-Sul...
20/03/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— ๐ŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami daripada Jabatan Radiologi Hospital Al-Sultan Abdullah ingin mengucapkan ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‡๐’Š๐’•๐’“๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’‚๐’‡ ๐’๐’‚๐’‰๐’Š๐’“ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’Š๐’.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan mempereratkan silaturahim sesama kita.

Semoga segala amalan diterima dan kita terus diberikan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keikhlasan dan kejayaan.



๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง (๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H, Jabatan Radiologi telah...
19/03/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง (๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H, Jabatan Radiologi telah menjalankan Program Sinar Sumbangan Ramadan (Kongsi Rezeki). Program ini merupakan kesinambungan dan penamaan semula dari program ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’๐’๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ ๐‘ซ๐’“๐’Š๐’—๐’† yang diadakan saban tahun oleh Jabatan Radiologi.

Program ini bertujuan untuk memberikan suntikan semangat dan keceriaan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di wad Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, di samping menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama staf Jabatan Radiologi.

Selain itu, penganjuran ini juga bermatlamat untuk memupuk budaya bersedekah serta menzahirkan rasa empati dan keprihatinan warga jabatan terhadap komuniti, terutamanya dalam menyantuni golongan yang kurang bernasib baik pada bulan yang mulia ini.

Pada tahun ini, jabatan berbesar hati untuk memilih Wad Obstetrik & Ginekologi serta Wad Pediatrik sebagai penerima sumbangan.
Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang bagi mengekalkan tradisi berkongsi rezeki ini.

Pihak jabatan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kebajikan jabatan yang komited menjayakan program ini setiap tahun.




๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Radiologi 2026 telah diadakan pada ...
19/03/2026

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Radiologi 2026 telah diadakan pada 18 Mac 2026 bersamaan 28 Ramadan 1447 Hijrah. Majlis dijalankan secara bersemuka dan dalam talian yang turut disertai oleh ketua jabatan, Prof. Madya Dr. Hilwati Hashim.

Program tadarus Al-Quran ini merupakan aktiviti tahunan peringkat jabatan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dikalangan staf. Setiap staf dibahagikan mengikut juzuk yang ditetapkan. Bacaan khatam Al-Quran tahun ini diketuai oleh En. Marzuki Mat Salleh bersama En. Mohammad Mudzakir Zainal Alam. Diakhirkan majlis, setiap staf diberikan pulut kuning yang sebagai tanda penghargaan dalam mengimarahkan program ibadah di mulia ini.

Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kepada Biro Kebajikan Jabatan Radiologi dalam menjayakan program serta menyediakan pulut kuning kepada semua staf yang terlibat.



๐ŸŽ“ Master of Radiology Part 2: Nail Your Viva!The  13th ZOOM Radiograph Revision Course  is back to help you conquer your...
10/02/2026

๐ŸŽ“ Master of Radiology Part 2: Nail Your Viva!

The 13th ZOOM Radiograph Revision Course is back to help you conquer your finals. Get intensive "hot seat" training and expert feedback from a panel of senior examiners.

Focus Areas:

๐Ÿซ Chest & Bone:High-yield pearls and lesion analysis.
๐Ÿฉบ Abdominal: Sharp interpretation skills.
๐ŸŽค Viva Simulations: Face-to-face sessions with examiners from UiTM, UM, UKM, and UPM.

๐Ÿ—“ Date: 4th April 2026
๐Ÿ“ Venue: UiTM Selayang
๐Ÿ’ฐ Fee: RM430
โณ Deadline: 10 March 2026

Seats are strictly limited to ensure quality viva time.

Register Now: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfTRzc5GJ3NFqFu3keLrXZsVdwxGIE78K999nKWIBGaCoIW7A/viewform

28/01/2026
๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS ๐ŸŒŸ Pihak pengurusan Jabatan Radiologi mengucapkan tahniah kepada semua staf Radiologi yang mewakili HA...
28/01/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS ๐ŸŒŸ

Pihak pengurusan Jabatan Radiologi mengucapkan tahniah kepada semua staf Radiologi yang mewakili HASA dalam Kejohanan Sukan Antara Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2026, kejohanan sukan tahunan anjuran Pusat Sukan Universiti UiTM Cawangan Selangor yang berlangsung dari 21-26 Januari 2026

Staf Jabatan Radiologi yang terlibat:

โšฝ Bola Sepak 9 Sebelah (HASA A)
Muhammad Firdaus bin Hamsani (Pengurus)
Dr Mohd Shukry bin Mohd Khalid (Atlet)
Keputusan: ๐Ÿฅ‰

๐Ÿ Bola Tampar
Muhammad Adri Hazim bin Zulkifli (Atlet โ€“ Lelaki, HASA A) Keputusan: ๐Ÿฅ‡
Nur Nadhilah Faqihah binti Mohd Ferdawos (Atlet โ€“ Wanita, HASA A) Keputusan: ๐Ÿฅ‡

๐Ÿคพ Bola Jaring Wanita
Izzati binti Mohammad Munir (Atlet โ€“ HASA B) ๐Ÿฅ‡
Nurul Atiqah binti Mohd Alzuffri (Atlet โ€“ HASA A) ๐Ÿฅ‰
Rupaida binti Binajul (Atlet โ€“ HASA A) ๐Ÿฅ‰

๐Ÿธ Badminton Pasukan Campuran
Dr Anis Shafina binti Mahfudz (WD) (Atlet โ€“ HASA A) ๐Ÿฅ‡
Mohammad Mudzakir bin Zainal Alam (MD) (Atlet โ€“ HASA B) - Suku Akhir

๐ŸŽฏ Petanque Bergu Wanita
Majalda Jaafar (Pengurus โ€“ HASA Bergu 1)
Saiful Anuar bin Abd Samat - ๐Ÿฅ‡

๐Ÿ“Œ Pengurusan Kontinjen HASA
Mohd Faqrul bin Ghani (Ahli Jawatankuasa KSKK)

โœจ Ucapan khas TAHNIAH kepada Dr Anis Shafina binti Mahfudz atas pelantikan sebagai Ketua Kontinjen Hospital Al-Sultan Abdullah. Tahniah kerana berjaya mengekalkan HASA sebagi Juara Keseluruhan pada tahun ini.

Terima kasih atas komitmen semua.

๐Ÿ’ช Majulah Sukan Radiologi & teruskan kecemerlangan HASA!

24 November 2025 - We are proud to extend our heartfelt congratulations to our Interventional Radiology (IR) team at the...
25/11/2025

24 November 2025 - We are proud to extend our heartfelt congratulations to our Interventional Radiology (IR) team at the Department of Radiology, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, for achieving a remarkable milestone as the first IR team in Malaysia to successfully perform a Renal Denervation procedure. ๐ŸŒŸ

Your dedication and expertise are truly inspiring, and this achievement marks a significant advancement in medical care. Well done, team! ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

๐ŸŽ‰๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐——๐—œ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐ŸŽ‰"๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ""๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ฏ๐’†๐’‚๐’...
08/11/2025

๐ŸŽ‰๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐——๐—œ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐ŸŽ‰
"๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ"

"๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ฏ๐’†๐’‚๐’๐’•๐’‰๐’„๐’‚๐’“๐’† ๐’•๐’‰๐’“๐’๐’–๐’ˆ๐’‰ ๐‘ฐ๐’Ž๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ฌ๐’™๐’„๐’†๐’๐’๐’†๐’๐’•"

Sambutan Hari Radiografi Sedunia diraikan setiap tahun pada 8 November, bersempena dengan tarikh penemuan sinar-X oleh Wilhelm Conrad Roentgen pada tahun 1895. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai peranan penting para Juru X-ray dalam bidang Pengimejan Perubatan atau juga dikenali sebagai Radiografi.

Hari ini memberi pengiktirafan kepada dedikasi, kepakaran, dan sumbangan Juru X-ray dalam membantu proses diagnosis dan rawatan pesakit melalui teknologi pengimejan perubatan seperti X-ray, CT scan, MRI, Ultrasound, Mammografi, Angiografi dan sebagainya.

Selain itu, sambutan ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan radiografi dalam penjagaan kesihatan, serta memupuk semangat kerjasama, profesionalisme, dan inovasi dalam kalangan warga radiologi.

Sempena Hari Radiografi Sedunia 2025, marilah kita raikan dedikasi dikalangan Juru X-ray yang sentiasa BERSEDIA memberi perkhidmatan pengimejan terbaik dan berkualiti kepada pesakit.








Sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada dua pasukan yang mewakili Jabatan Radiologi yang telah berjaya menerima anugerah di ๐—œ...
31/10/2025

Sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada dua pasukan yang mewakili Jabatan Radiologi yang telah berjaya menerima anugerah di ๐—œ๐—ป๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป, ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป & ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ด๐—ป ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ (๐—ถ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐˜…๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ) ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  pada 28 hingga 30 Oktober 2025 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Pasukan dari unit MRI dengan inovasi Neuroradiology MRI Protocol Booklet yang diwakili oleh Prof. Dr. Hilwati Hashim (Ketua Jabatan), Rozlina Zakaria, Mohd Faqrul Ghani, Nurul Amirah Rohizat, Majalda Jaafar dan Nur Alia Yusof telah berjaya menerima Anugerah Silver Medal๐Ÿฅˆ

Pasukan dari unit IR diwakili oleh Prof. Dr Ch'ng Li Shyan, Dr. Anis Shafina Mahfudz, Dr. Tan Hooi Lam, Norhaswani Nabilah Mohd Norzalimi dan Nurul Jannatul Aliah Khairul Jawahir dengan inovasi CTGUIDEX: CT guided Needle Holder for Precision Intervention telah berjaya menerima Anugerah Gold Medal๐Ÿฅ‡

Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan radiologi kepada pesakit dan memotivasikan semua staf untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. ๐ŸŽ‰

Address

Hospital Al-Sultan Abdullah
Puncak Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radiology Uitm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Radiology Uitm:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram