Permai Polyclinics Putatan

Permai Polyclinics Putatan We Live to Serve Work in progress. Coming soon in Town.

14/02/2026

Hello dearies ๐Ÿค—๐Ÿซฃ

Mesti ada yang bertanya apa itu, Mumps atau Beguk? ๐Ÿ™‚

Beguk ialah jangkitan virus yang menyebabkan bengkak di kelenjar air liur, biasanya di bawah telinga.

Cara merawat beguk dengan cepat:
๐Ÿ’Š Antibiotik tidak akan berkesan melawan virus beguk. Ubat khusus untuk melawan mumps virus juga tiada di pasaran.

Vaksin beguk
๐Ÿ’‰ Beguk juga merupakan penyakit yang mempunyai vaksin. Sejak kombinasi vaksin MMR (measles, mumps, rubella) mula diberikan beberapa tahun lalu, berlaku penurunan dalam kes-kes beguk terutamanya kanak-kanak. Menghindari pemvaksinan ini boleh mendedahkan mereka kepada beguk.

Apakah penyakit-penyakit lain yang boleh menyerupai beguk?
๐Ÿ˜ท Radang parotid disebabkan virus atau bakteria lain
๐Ÿ˜ท Batu karang kelenjar air liur (Parotid calculus)
๐Ÿ˜ท Ketumbuhan pada kelenjar parotid
๐Ÿ˜ท Keradangan nod limfa di bahagian leher (cervical lymphadenitis)
๐Ÿ˜ท Keradangan mastoid
Sindrom Sjรถgren

Komplikasi beguk:
๐Ÿ“Œ Disebabkan virus โ€˜Paramyxovirusโ€™ yang menjadi punca kepada beguk juga boleh menjangkiti organ lain, gejala spesifik yang ditunjukkan adalah berbeza. Penyakit ini juga boleh berlaku pada masa yang sama dengan beguk dan dianggap sebagai komplikasi. Contohnya:

๐Ÿ“Ž Orkitis (keradangan te**is)
๐Ÿ“Ž Keradangan meninges (meningitis)
๐Ÿ“Ž Keradangan otak (encephalitis)
๐Ÿ“Ž Keradangan ovari (oophoritis)
๐Ÿ“Ž Keradangan pankreas (pancreatitis)
๐Ÿ“Ž Keradangan sendi (arthritis)

Boleh hubungi kami jika dearies ada pertanyaan mengenai beguk di ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฑ
0167424302

wasap.my/60167424302/Mumps

14/02/2026

Hello semua dearies ku ๐Ÿฅฐ๐Ÿค—

Apa itu Penyakit TB? ๐Ÿค”

Tuberkulosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Di Malaysia, sebanyak 10 kluster TB telah dilaporkan dan kesemuanya masi berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Sabah, Selangor, Johor, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Sekiranya dearies ada simptom batuk yang berpanjangan, batuk berdarah atau rasa lemah dan selalu letih, segera ke klinik yang berdekatan untuk dapatkan rawatan ya ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ™

Dan jangan lupa juga untuk pakai pelitup muka (FaceMask ๐Ÿ˜ท) semasa keluar ya

Jika ada kemusykilan, boleh hubungi kami ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฑ 0167424302
wasap.my/60167424302/Tuberkulosis(TB)

14/02/2026

Hello dearies semua๐Ÿซก๐Ÿค—

Measles itu apa sebenarnya?๐Ÿค”

Measles atau demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Morbillivirus. Ia mudah merebak melalui titisan pernafasan apabila pesakit batuk atau bersin, dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mempunyai imuniti, terutamanya kanak-kanak.๐Ÿ˜ท

๐Ÿ‘ผ๐ŸปKanak-kanak yang tidak divaksinasi paling berisiko.๐Ÿ’‰
Imunisasi Tambahan: KKM menyediakan suntikan MR percuma untuk kanak-kanak 6 hingga 59 bulan di klinik kesihatan๐Ÿ’‰

Komplikasi Serius:
Jika tidak dirawat, campak boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti:
๐Ÿ˜Ÿ Jangkitan paru-paru (pneumonia).๐Ÿซ
๐Ÿ˜Ÿ Jangkitan pada otak (encephalitis).๐Ÿง 
๐Ÿ˜Ÿ Cirit-birit.
๐Ÿ˜Ÿ Kematian, terutama bagi bayi, kanak-kanak kecil, dan sistem imun lemah.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฑ 0167424302

wasap.my/60167424302/Measles

02/02/2026

Hello dearies semua ๐Ÿ˜ฃ

Sekarang ini, viral satu virus yang berbahaya, disebut sebagai Virus Nipah ๐Ÿซฃ๐Ÿ˜ฐ

Apa itu Virus Nipah dan kenapa ia berbahaya? ๐Ÿค”

Virus Nipah di Malaysia ialah Penyakit zoonotik berbahaya yang pertama kali dikesan pada akhir tahun 1990-an dan dikaitkan dengan jangkitan otak serta kadar kematian yang tertinggi. ๐Ÿ˜Ÿ

Sehingga kini, tiada vaksin khusus atau rawatan antivirus yang diluluskan untuk virus Nipah.

Ini disebabkan:
๐Ÿฆ‡ Virus ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya
๐Ÿฆ‡ Pembangunan vaksin memerlukan kajian jangka panjang
๐Ÿฆ‡ Rawatan sedia ada hanya bersifat sokongan

Oleh itu, pencegahan awal dan kawalan persekitaran kekal sebagai strategi utama.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฑ0167424302

wasap.my/60167424302/VirusNipah

29/01/2026

Hello dearies semua ๐Ÿซก

Apa itu ...... Dyspepsia atau Dispepsia? ๐Ÿค”

Lebih dikenali sebagai senak perut atau ketidakhadaman, istilah umum intuk sakit perut atau ketidakselesaan. ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿคข๐Ÿคฎ

Istilah ini merangkumi pelbagai simptom penghadaman dan merupakan masalah biasa yang memberi kesan kepada orang ramai, kebiasaannya selepas makan dan minum.๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ž๐Ÿฑ๐Ÿฅ˜๐Ÿฝ๐Ÿฅ›

Jika ada sebarang pertanyaan, boleb hubungi kami ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฑ016-7424302

wasap.my/60167424302/Dyspepsia

Address

Lot 8, Grand Plaza Putatan
Putatan
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60167424302

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Permai Polyclinics Putatan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Permai Polyclinics Putatan

Permai Polyclinics Putatan atau lebih dikenali dengan "Permai Putatan" beroperasi sejak 2014 dan telah beroperasi selama lebih 4 tahun. . Permai Putatan telah menerima lebih daripada 34,000 pesakit sejak tahun 2014 hingga kini yang terdiri dari pelbagai latar belakang & usia. . Permai Putatan sangat komited dalam memberikan rundingan & rawatan kesihatan serta kepakaran perubatan untuk semua lapisan masyarakat khasnya dikawasan Putatan. . Permai Putatan juga menawarkan perkhidmatan:

โœ… X-ray โœ… Electrocardiogram (ECG) โœ… Program vaksinasi โœ… Pemeriksaan kesihatan โœ… Imbasan ultrasound โœ… Penjagaan Penyakit Kronik โœ… Pemeriksaan ibu mengandung โœ… Pemeriksaan pra-perkahwinan โœ… Pemeriksaan darah โœ… dan lain - lain . Permai Putatan dibuka dari 8.00 AM - 11.30 TENGAH MALAM setiap hari. . Untuk info lanjut boleh lawati kami di:

๐Ÿฉ Lot 8, Grand Plaza Putatan, 88200, Putatan, Sabah.

ATAU