Ikhtiar Pengubatan Kerohanian

Ikhtiar Pengubatan Kerohanian PEngamal SUmber ROHaniah
100% menggunakan kaedah DOA & UPAYAROHANI. Perkongsian kisah pengubatan. Panggilan telefon/whatsapp/messenger
2. Tetapkan temujanji
5.

[ MAKLUMAN ]
-----------------
📢📢📢📢📢📢
-----------------

IKHTIAR PENGUBATAN KEROHANIAN

☎️ Tuan Shahdan / Based Putrajaya / Freelance

♨️ Perkhidmatan pengubatan alternatif bagi Pesakit yang memilih untuk berubat masalah gangguan jin dan sihir menggunakan KAEDAH DOA dan UPAYA ROHANI. Pesakit akan dibimbing untuk menilai sakit gangguan yang dialami dengan akal yang BEBAS khurafat dan syirik. Kaedah pengubatan yang santai, dekat dengan sunnah Rasullullah SAW dan tidak bersalahan dengan hukum syarak.

📛 Perhidmatan yang disediakan adalah khusus menangani masalah gangguan seperti :
✔️ Gangguan Jin
✔️ Sihir
✔️ Zat Jahat
✔️ Dinding Diri
✔️ Pemulihan Premis

⏰ Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Kenalkan diri Tuan/Puan dan dari mana
3. Nyatakan masalah/gangguan yang dihadapi
4. Diagnos dan khidmat nasihat (tangani minda khurafat)
6. Pengubatan
7. Pemulihan Premis mengikut jenis rumah/pejabat/kilang (sekiranya perlu)
8. Pengubatan ulangan bergantung kepada tahap kesihatan diri Pesakit

⚠️ Reminder
sebarang cancellation perlu dibuat sehari sebelum📌

Pesakit perlu memakai pelitup muka (face mask) ketika hadir dengan ditemani mahram, memastikan diri tiada gejala covid19 (demam on-off, batuk, selesama etc) 📌

Pesakit diminta untuk datang tepat pada waktunya bagi mengelakkan slot temujanji seterusnya menunggu 😊

Drive safe...See you ✌

📍 Ikhtiar Pengubatan Kerohanian / Blok B Fasa 18R13 Presint 18, 62150 Putrajaya

🚗 Landmark
Waze Petronas Presint 18, laluan belakang Petronas untuk ke parking basement lif blok B

𝙐𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙅𝙊𝘿𝙊𝙃 & 𝙂𝘼𝙉𝙂𝙂𝙐𝘼𝙉 𝙀𝙈𝙊𝙎𝙄: 𝘼𝙉𝙏𝘼𝙍𝘼 𝙏𝘼𝙆𝘿𝙄𝙍 𝘿𝘼𝙉 𝙐𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙅𝙄𝙒𝘼Maklumbalas pesakit :“Alhamdulillah, berkenaan dengan ini saya...
24/11/2025

𝙐𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙅𝙊𝘿𝙊𝙃 & 𝙂𝘼𝙉𝙂𝙂𝙐𝘼𝙉 𝙀𝙈𝙊𝙎𝙄: 𝘼𝙉𝙏𝘼𝙍𝘼 𝙏𝘼𝙆𝘿𝙄𝙍 𝘿𝘼𝙉 𝙐𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙅𝙄𝙒𝘼

Maklumbalas pesakit :

“Alhamdulillah, berkenaan dengan ini saya bersyukur sangat. Setiap hari rasa bersemangat!

Dari sudut peratusan perubahan, saya boleh bagi dalam 95% macamtu. Secara keseluruhannya, Alhamdulillah mungkin rawatan ini yang serasi dengan saya.

Perubahan paling ketara, saya semakin bersemangat dan saya perasan sehari selepas menjalani rawatan saya rasa ada satu perasaan lega. 𝙎𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙟𝙚𝙡𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙣𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙗𝙚𝙗𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨. Saya lebih positif dan dalam masa yang sama saya dapat rasa 'positive vibes' tu juga dapat dirasai orang sekeliling.

Tentang ibadah, Alhamdulillah makin tenang dan nampak hala tuju yang sepatutnya. Rasa nak improve diri setiap hari. Qiam pun dah senang bangun”

***

Seorang wanita hadir mendapatkan rawatan, meluahkan kegusaran hati tentang persoalan jodoh yang tidak kunjung tiba. Katanya, beberapa hubungan yang pernah terjalin sebelum ini tidak menjadi, lalu menimbulkan persoalan “Mengapa jodoh saya belum hadir?”

Dalam penilaian yang dilakukan, ditemukan tanda-tanda adanya gangguan jin yang mempengaruhi emosi dan ketenangan dirinya. Gangguan ini jika dibiarkan, mampu menutup rasa tenang dan keyakinan terhadap takdir Allah.

Sebelum memulakan rawatan, saya cuba menenangkan hati pesakit dengan mengajak beliau melihat soal jodoh melalui suluhan Tauhid (Akidah). Saya juga menjelaskan bagaimana gangguan jin boleh memprovokasi emosi membuat hati resah, mudah berprasangka, dan hilang keyakinan diri.

Namun, dua perkara ini ujian jodoh dan gangguan jin perlu dilihat dari dua sudut yang berbeza, yang satu adalah urusan ketentuan Allah, dan yang satu lagi adalah ujian yang perlu diikhtiarkan.

Alhamdulillah, setelah dua minggu berlalu, keadaan rohani dan jasmani pesakit menunjukkan perubahan yang sangat positif. Hatinya lebih tenang, fikirannya lebih jernih, dan keyakinannya terhadap ketentuan Allah semakin kuat.

Bersangka baiklah dengan takdir. Kadangkala, Allah tidak terus hadirkan jodoh yang kita harapkan, kerana Dia sedang menyiapkan jiwa kita untuk menerima yang terbaik pada waktu yang paling tepat, dengan cara yang paling indah.

والله أعلم بالصواب

***

✨ Surah An-Naas (114:5)

ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,

✨ Surah An-Naas (114:6)

مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

236
**anjin

07/11/2025

𝙆𝙀𝙇𝙄𝙃𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙋𝙀𝙍𝙏𝙄 𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙉𝘼𝙆 𝙎𝙀𝙉𝘿𝙄𝙍𝙄

Maklumbalas si ayah…

“Tak jadi ambik Dhan (air tulang belakang). Alhamdulillah semua dia dah normal. Tak macam haritu meracau”

***

Bayangkan perasaan seorang ayah apabila p**ang ke rumah setelah beberapa hari bekerja di luar kawasan, lalu mendapati anak lelakinya yang berusia 5 tahun tidak lagi mengenalinya.

Lebih membingungkan, si kecil itu menunjukkan tingkah laku pelik, tersenyum sendirian dan seolah-olah berbual dengan sesuatu yang tidak kelihatan.

Sebelum kejadian itu, si isteri sempat menghantar satu rakaman video kepada suaminya memperlihatkan anak mereka menunjukkan jari sambil berkata, “ada orang…”

Inilah antara situasi berunsur mistik yang sering menjadi punca keresahan keluarga. Ia bukan sekadar gangguan emosi atau tingkah laku, tetapi melibatkan unsur gangguan jin atau makhluk halus yang perlu dirungkai dengan cara yang betul.

Melalui kaedah rawatan yang saya jalankan, pendekatannya adalah berhadapan secara langsung dengan zat jin yang mengganggu sama ada diberi amaran, disakiti, atau dihapuskan sekiranya perlu.

Namun perlu difahami, kaedah kerohanian ini tidak menggantikan perubatan moden dan kepakaran dua bidang yang berbeza ini perlu saling dihormati. Sama seperti penyakit fizikal yang memerlukan kepakaran doktor di klinik atau hospital, oleh itu saya menetapkan sebagai SOP perkhidmatan bahawa setiap pesakit perlu mendahulukan pemeriksaan dan perubatan di klinik atau hospital terlebih dahulu sebelum berikhtiar melalui kaedah kerohanian.

Tujuannya agar setiap ikhtiar dilakukan dengan tertib, berlapis, dan berlandaskan tanggungjawab demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pesakit serta ahli keluarga terpelihara.

***

✨ Surah Fatir (35:15)

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِ ۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ ١٥

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

235
**anjin

06/11/2025

𝘽𝙄𝙎𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝙉𝙏𝙐𝙄

Beberapa hari lalu, saya dihubungi oleh seorang rakan. Suaranya kedengaran cemas, beliau ingin membawa anak perempuannya yang baru berusia 16 tahun untuk mendapatkan rawatan secara kerohanian.

Sudah lebih dua minggu anaknya menanggung sakit kepala yang tidak surut, walaupun telah berulang kali mendapatkan rawatan moden dan menelan ubat-ubatan. Namun, semuanya seolah-olah tidak berkesan.

Apabila saya menjalankan pemeriksaan kerohanian, nyata ada pengaruh gangguan jin pada diri anak tersebut. Rupa-rupanya, sudah bertahun-tahun dia hidup dalam ketakutan dan bisikan halus yang sering kedengaran di telinga membuatkan dia s**a menyendiri, hilang semangat, dan semakin menjauh daripada kehidupan sekolah serta rakan-rakan.

Ketika rawatan dijalankan, anak itu termuntah dengan banyak, dan sebaik sahaja rawatan selesai, sakit kepalanya terus hilang. Wajahnya yang sebelumnya suram bertukar tenang, seakan-akan beban besar diangkat dari dirinya.

Rawatan turut diiringi dengan ikhtiar pemulihan semangat dan kekuatan dalaman, agar jiwanya kembali tenang dan tabah.

Syukur Alhamdulillah, selepas 10 hari berlalu, keadaan anak ini semakin baik dan stabil. Namun, pemantauan berterusan akan tetap dilakukan bagi memastikan kesihatan rohani dan emosi beliau benar-benar pulih sepenuhnya, InsyaAllah.

***

✨ Setiap sakit ada ubatnya, setiap ujian ada hikmahnya. Kadang-kadang, penyembuhan bukan sekadar pada jasad tetapi juga pada jiwa.

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

234
**anjin

05/11/2025

“ Ikhtiar menangani gangguan jin, sihir dan zat jahat dalam rumah
tangga, MASALAH RUMAH TANGGA SAYA TAK CAMPUR “

26/10/2025

𝘽𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙎𝘼𝙇𝘼𝙃 𝘼𝙉𝙂𝙄𝙉 𝘽𝙄𝘼𝙎𝘼 𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉

Maklum balas pesakit:

“Alhamdulillah ustaz, saya dah boleh tidur dengan tenang.
Dah tak ada mimpi menakutkan seperti sebelum ini.
Badan terasa ringan, hati rasa seronok.
Alhamdulillah, perubahan agak ketara dalam 70%.”



Pesakit dari Kuantan, Pahang ini pada awalnya menyangka beliau hanya mengalami masalah angin dalam badan yang menyebabkan tubuh sering sakit dan tidak selesa. Beliau turut disahkan oleh doktor menghidap gastrik.

Namun, beliau hadir ke pusat rawatan bukan sekadar untuk mencari kesembuhan, tetapi juga untuk mendalami dan memahami apa yang sebenarnya berlaku pada diri.

Setelah dilakukan penilaian, ternyata diri beliau turut mengalami gangguan jin. Semasa proses rawatan, berlaku ras**an yang menunjukkan kehadiran jin yang membuat gangguan.

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, gangguan itu dapat ditangani dengan tenang dan berhemah, walaupun pelbagai bentuk ugutan berlaku ketika rawatan dijalankan.

Akhirnya, dengan kaedah sembelihan, gangguan yang keras kepala itu berjaya diatasi sepenuhnya.

اللّٰهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللّٰهِ

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

233
**anjin

𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙪𝙡𝙞𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙂𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣 𝙅𝙞𝙣Maklumbalas dari pesakit :“ Wasalam.. Alhamdulillah setakat ni saya rasa normal s...
29/08/2025

𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙪𝙡𝙞𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙂𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣 𝙅𝙞𝙣

Maklumbalas dari pesakit :

“ Wasalam.. Alhamdulillah setakat ni saya rasa normal saja. Semangat macam biasa tak takut macam dulu. Gangguan macam tiada. Saya rasa macam diri saya yg biasa. “

Gatal masih ada. Mungkin itu faktor badan sendiri. Kadar sembuh 80%.

***

Pesakit ini hadir ke Ikhtiar Pengubatan Kerohanian dengan tujuan berikhtiar merawat penyakit kulit yang dialami pada beberapa anggota badan. Namun, setelah diperiksa dan mendengar maklum balas daripada pesakit, turut dikesan wujudnya pengaruh gangguan jin pada diri.

Hasil pemeriksaan secara bersemuka mendapati penyakit kulit tersebut tidak berpunca daripada gangguan jin, sebaliknya adalah sakit fizikal semata-mata.

Menariknya, dalam perbualan bersama pesakit, terungkai pelbagai pengalaman mistik yang pernah berlaku dalam kalangan ahli keluarga mereka sejak lebih lima tahun lalu. Situasi berpanjangan ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan trauma kepada keluarga.

Selain berikhtiar merawat serta mendinding tubuh pesakit, fokus saya juga adalah untuk menjawab persoalan demi persoalan yang diajukan. Penjelasan saya semuanya di dalam ruang lingkup gangguan jin, sihir dan zat jahat bertujuan untuk menenangkan jiwa pesakit, serta mengubah sudut pandang mereka daripada semata-mata melihat sesuatu sebagai mistik kepada melihatnya dengan lebih rasional.

Syukur, perbualan kami berlangsung dalam suasana penuh harmoni walaupun berlanjutan hingga lewat malam. Apa yang penting, keluarga ini akhirnya mendapat kefahaman baharu serta semangat untuk bangkit menghadapi ujian.

Terima kasih kerana mempercayai ikhtiar rawatan yang saya sediakan. Semoga pesakit diberikan kesembuhan daripada penyakit zahir dan batin.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

232
**anjin

𝙎𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂 𝙏𝙀𝙍𝙃𝙄𝘿𝙐 𝘽𝘼𝙐 𝘽𝙐𝙎𝙐𝙆Baru-baru ini, saya berpeluang membantu seorang pesakit kanser tahap 4 lingkungan usia pertengah...
13/08/2025

𝙎𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂 𝙏𝙀𝙍𝙃𝙄𝘿𝙐 𝘽𝘼𝙐 𝘽𝙐𝙎𝙐𝙆

Baru-baru ini, saya berpeluang membantu seorang pesakit kanser tahap 4 lingkungan usia pertengahan 70 an. Fokus rawatan tertumpu kepada masalah yang dialami pesakit iaitu sering terhidu bau busuk sehingga menyebabkan beliau termuntah setiap kali ingin makan.

Keadaan ini telah berlarutan selama hampir tiga bulan, menjadikan tubuh pesakit semakin lemah kerana tidak dapat menjamah makanan berat. Beliau hanya mampu mengalas perut dengan sedikit makanan ringan.

Ketika sesi rawatan berlangsung, pesakit yang sedang duduk tiba-tiba menjadi kaku, mata terbeliak, dan tidak memberi sebarang respon. Beberapa saat kemudian, beliau rebah terbaring. Dalam keadaan tersebut, wajahnya kelihatan menahan sakit. Saya segera meminta waris membimbing pesakit mengucap dua kalimah syahadah. Beberapa minit selepas itu, keadaan pesakit mulai tenang dan beliau mula memberi respon ringkas terhadap pertanyaan saya.

Melihat situasi yang agak berat itu, saya segera menyempurnakan rawatan dan memaklumkan kepada waris bahawa saya akan meneruskan ikhtiar kaedah merawan (setelah diberi penjelasan) selama tiga hari berturut-turut.

Alhamdulillah, seminggu kemudian, saya menerima maklum balas positif. Pesakit memaklumkan beliau tidak lagi sering terhidu bau busuk dan kini sudah mampu menjamah makanan seperti biasa. Tubuh beliau juga kelihatan lebih bertenaga dan bersemangat.

Semoga pesakit terus tabah menghadapi ujian ini. Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan yang terbaik buat beliau.

Amin YRA.

231
**anjin

𝙋𝙚𝙢𝙪𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙍𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖Kes kali ini melibatkan sesi pemulihan sebuah rumah di Putrajaya yang sering mengalami gangg...
18/06/2025

𝙋𝙚𝙢𝙪𝙡𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙍𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖

Kes kali ini melibatkan sesi pemulihan sebuah rumah di Putrajaya yang sering mengalami gangguan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada tuan rumah.

Menurut tuan rumah, gangguan yang berlaku s**ar dijelaskan namun cukup untuk menimbulkan keresahan, terutamanya ketika berada di dalam rumah sendiri.

Seperti kebiasaan sebelum memulakan sebarang proses pemulihan, saya akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke setiap ruang rumah dengan ditemani oleh tuan rumah. Bilik utama menjadi lokasi terakhir yang saya periksa dan di situlah saya mula merasakan sesuatu yang aneh, termasuk bahang panas yang ketara.

Bilik tersebut terus menjadi fokus perhatian saya. Pelbagai analisis teknikal cuba dilakukan untuk mencari sebab logik terhadap rasa bahang tersebut, namun semuanya tidak menjelaskan keadaan sebenar. Tuan rumah sendiri turut mengakui mengalami perkara yang sama dan menyatakan bahawa bilik utama sering menjadi tempat berlakunya gangguan yang pelik.

Alhamdulillah, selepas sebulan berlalu, tiada lagi gangguan yang dilaporkan. Rasa bahang di bilik utama juga telah hilang sepenuhnya, menandakan bahawa proses pemulihan yang dilakukan sebelum ini membuahkan hasil.

Segala puji bagi Allah atas izin dan pertolongan-Nya.

230
**anjin

𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝘼𝙣𝙭𝙞𝙚𝙩𝙮Pesakit kali ini merupakan seorang yang mengalami gangguan anxiety. Menurut beliau, keadaan ini p...
16/06/2025

𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩 𝘼𝙣𝙭𝙞𝙚𝙩𝙮

Pesakit kali ini merupakan seorang yang mengalami gangguan anxiety. Menurut beliau, keadaan ini pernah pulih buat sementara waktu sebelum kembali berulang sejak setahun kebelakangan ini.

Seperti kebiasaan dalam kes anxiety, saya perlu meneliti terlebih dahulu punca sebenar sama ada berpunca daripada faktor fizikal ataupun unsur mistis. Dalam kes pesakit ini, kedua-dua faktor tersebut dikesan.

Rawatan pertama telah dilakukan semasa bulan Ramadan yang lalu, dan menunjukkan hasil yang positif. Dua minggu lepas, pesakit kembali untuk rawatan susulan.

Syukur Alhamdulillah, gangguan yang berpunca daripada unsur mistis berjaya diselesaikan. Namun, bagi faktor fizikal yang melibatkan masalah pernafasan, pesakit disarankan untuk meneruskan rawatan berkala di hospital.

Didoakan semoga pesakit sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan normal seperti sediakala.

Amin.

229
**anjin

[𝙆𝙚𝙨 𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣]: 𝘽𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙪𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖.Pada awal pagi, pesakit telah menghubungi saya dan memaklumkan meng...
30/05/2025

[𝙆𝙚𝙨 𝙍𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣]: 𝘽𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙪𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙡𝙖.

Pada awal pagi, pesakit telah menghubungi saya dan memaklumkan mengalami sakit dan berdenyut-denyut di bahagian kepala serta muka. Gambar yang dikongsi ketika itu tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal yang ketara.

Kes ini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, hasil pemeriksaan perubatan tidak menemui sebarang kecederaan fizikal mahupun punca yang dikenal pasti.

Menjelang petang hari yang sama, saya menerima gambar baharu daripada pesakit (rujuk Gambar Hari Pertama) yang menunjukkan bengkak mendadak di bahagian kepala, dahi, p**i dan mata menyerupai kesan sengatan serangga berbisa. Bengkak yang ketara pada bahagian mata telah mengganggu penglihatan pesakit, sehingga beliau perlu merapatkan telefon bimbit ke mata untuk membaca mesej.

Pada malamnya, saya menjalankan sesi rawatan ke atas pesakit. Sepanjang rawatan berlangsung, kelihatan banyak cecair bisa kekuningan keluar dari bahagian kepala. Menurut pesakit, beliau terlebih dahulu mengalami sakit di kepala sebelum muka mula membengkak. Pesakit juga memaklumkan rasa bahang panas yang kuat di bahagian kepala dan muka semasa rawatan.

Syukur Alhamdulillah, pada keesokan harinya, pesakit melaporkan bahawa beliau telah kembali tidur lena dan rasa sakit serta bisa di kepala telah hilang. Bengkak pada muka juga menunjukkan penyusutan ketara (rujuk Gambar Hari Kedua).

Rawatan susulan dilakukan pada hari kedua bagi memastikan tiada lagi wujud gangguan jin serta memusnahkan keseluruhan baki zat jahat. Cecair kekuningan yang keluar sebelumnya juga telah tiada. Atas pilihan sendiri, pesakit memilih untuk tidak mengambil ubat-ubatan hospital dan hanya ingin menjalani rawatan secara kerohanian menggunakan kaedah Ilmu Gerak Sepohon Jadi.

Alhamdulillah, pada hari ketiga, pesakit berkongsi gambar wajahnya yang telah kembali normal dan memaklumkan bahawa beliau telah pulih sepenuhnya (rujuk Gambar Hari Ketiga).

Perkongsian tiga keping gambar pesakit (tanpa kabur) ini telah dibuat dengan keizinan penuh daripada pesakit bagi tujuan testimoni rawatan.

Allah Asy Syaafii

228
**anjin

Pesakit merupakan ibu kepada kenalan saya. Perkara yang diadukan oleh pesakit adalah mengenai penyakit misteri bisa-bisa...
15/05/2025

Pesakit merupakan ibu kepada kenalan saya. Perkara yang diadukan oleh pesakit adalah mengenai penyakit misteri bisa-bisa seluruh tubuh badan sejak lebih 10 tahun lalu.

Walaupun terdapat faktor keuzuran lain pada diri pesakit yang menjangkau usia 78 tahun, saya memandang itu perkara biasa bagi usia sebegitu. Namun tumpuan saya hanyalah pada rasa sakit bisa-bisa seluruh tubuh sahaja.

Selain itu persoalan yang saya sengaja timbulkan semata-mata adalah untuk mententeramkan fikiran pesakit yang selama ini terlalu mengaitkan rasa sakit bisa-bisa tersebut dengan sihir.

“makcik rasa sakit bisa-bisa seluruh tubuh badan lebih 10 tahun kan ?

Jadi saya nak tanya makcik, siapa p**a yang sanggup menyihir makcik tak henti-henti lebih 10 tahun ni ?

Kemudian barulah saya menjelaskan apa itu sihir. Syukur Alhamdulillah semasa rawatan sakit bisa-bisa tersebut ada rasa berkurangan dan saya menilai penyakit misteri tersebut hanyalah kategori zat jahat sahaja.

لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللهِ

227
**anjin

Pesakit menceritakan beliau diarah mengetuai beberapa orang pekerja untuk meletakkan batu tanda di dalam sebuah hutan be...
12/05/2025

Pesakit menceritakan beliau diarah mengetuai beberapa orang pekerja untuk meletakkan batu tanda di dalam sebuah hutan belukar sehari sebelum kaki kiri beliau tiba-tiba bengkak kemerahan, berasa panas dan bisa-bisa.

Setibanya di kawasan hutan belukar tersebut pesakit tidak sedap hati dan berasa ada sesuatu yang tidak kena namun tetap memberanikan diri terus menebas semak samun bagi membuat laluan masuk ke dalam kawasan hutan belukar yang telah dikenalpasti.

Semasa kejadian tersebut pesakit memakai safety boot dan tiada berlaku apa-apa kemalangan yang boleh dikaitan dengan kaki beliau yang tiba-tiba sahaja bengkak kemerahan, berasa panas dan bisa-bisa sebaik sahaja aktiviti penandaan hutan selesai. Pada malamnya p**a tidur pesakit turut terganggu akibat menanggung kesakitan tersebut.

Keesokkan harinya laporan pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang punca kecederaan pada kaki beliau yang boleh dikaitan dengan keadaan kaki yang bengkak kemerahan dan bisa-bisa walaupun ujian x-ray telah dilakukan.

Syukur Alhamdulillah dengan sekali sahaja rawatan secara kerohanian, rasa bisa-bisa dan sakit pada kaki pesakit dengan serta merta telah hilang. Semasa rawatan keadaan bengkak pada buku lali juga semakin surut dan surut sepenuhnya pada keesokkan harinya.

MasyaAllah.

226
**anjin

Address

Jalan P18B
Putrajaya
62150

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60149320633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Pengubatan Kerohanian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ikhtiar Pengubatan Kerohanian:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram