IKRAM Putrajaya

IKRAM Putrajaya Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Putrajaya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447H/2026MSempena menyambut hari yang mulia, marilah kita sama-sama mendoakan agar amalan...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447H/2026M
Sempena menyambut hari yang mulia, marilah kita sama-sama mendoakan agar amalan kita diterima, dosa-dosa kita diampuni dan kehidupan kita diberkati.
Semoga Allah mengurniakan ketenangan hati seperti mana janjiNya buat orang2 beriman: ‘tiada ketakutan dan tiada kesedihan’ walaupun begitu banyak ujian hidup yang dihadapi dan ketidaktentuan masa hadapan yang menanti.
Buat para wanita berbahagialah kerana setiap aktiviti dalam dan luar rumah adalah sumber pahala. Didiklah anak2 yang akan menjadi penerus generasi ummah ini dan bersabarlah dengan usahamu itu.
Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan.
Mohon maaf zahir batin.
Kullu am wa antum bi khair.
Taqabbalallahu minna wa mingkum solehul a’mal.

Dr Zurimah Zamhuri
KW IKRAM PUTRAJAYA

20/03/2026
Pergi ke kedai membeli ikan,Ikan di letak di dalam peti,Silap dan salah mohon dimaafkan,Jangan disimpan di dalam hati. م...
20/03/2026

Pergi ke kedai membeli ikan,
Ikan di letak di dalam peti,
Silap dan salah mohon dimaafkan,
Jangan disimpan di dalam hati.

مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن

📍JOM MENGAJI BERSAMA IKRAM PUTRAJAYA  SIRI 5 TAHUN 2026-2027📍Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga Putrajaya ya...
15/03/2026

📍JOM MENGAJI BERSAMA IKRAM PUTRAJAYA SIRI 5 TAHUN 2026-2027📍

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga Putrajaya yang dihormati.

Ada rasa rindu nak perbaiki kualiti bacaan Al-Quran tapi tak tahu nak mula kat mana? Atau rasa segan nak belajar semula secara bersemuka? Jangan risau!
IKRAM Putrajaya membawakan khas program "Jom Mengaji Ikram Putrajaya" untuk anda semua!

🔖Kenapa anda perlu sertai kami?
✅ Bimbingan Pakar: Belajar terus daripada Ustaz dan Ustazah yang berpengalaman.
✅ Fleksibel: Kelas secara online selama satu jam/seminggu—boleh mengaji dari rumah sahaja!
✅ Eksklusif: Terbuka kepada semua warga Putrajaya (berusia 18 tahun ke atas).
Inilah masanya untuk kita pastikan tajwid tepat dan kelancaran bacaan semakin baik dalam suasana yang santai dan membina.

🔖Berminat untuk sertai?
Daftar SEKARANG melalui pautan👇
https://forms.gle/GnXAkE3UUqkmshbb6

atau hubungi :
Ustazah Fathimah : 013-3300144
Puan Idayati : 019-9591539

Ayuh sebarkan khabar gembira ini kepada rakan-rakan dan jiran tetangga. Jumpa anda di kelas nanti!

IMPAK MODUL 7: KEMAHIRAN BERFIKIR | 15 MAC 2026Alhamdulillah, Program IMPAK (Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik An...
15/03/2026

IMPAK MODUL 7: KEMAHIRAN BERFIKIR | 15 MAC 2026

Alhamdulillah, Program IMPAK (Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak) Modul 7: Kemahiran Berfikir telah berlangsung pada 15 Mac 2026 (Ahad) di Pusat Komuniti Ikram Putrajaya disertai oleh 8 orang peserta.

Modul kali ini disampaikan oleh Pn Aznurita binti Mohd Zainal Anuar yang memberi bimbingan berkaitan peranan ibu bapa dalam merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah di kalangan anak-anak melalui kaedah-kaedah tertentu seperti bersoal jawab, berteka-teki dan sebagainya.

IFTAR KOMUNITI IKRAM PUTRA, KRT P18R12 & SURAU WAHBAH AL-ZUHAILYPUTRAJAYA, 7 Mac 2026 (Sabtu) – Program Iftar Komuniti a...
08/03/2026

IFTAR KOMUNITI IKRAM PUTRA, KRT P18R12 & SURAU WAHBAH AL-ZUHAILY

PUTRAJAYA, 7 Mac 2026 (Sabtu) – Program Iftar Komuniti anjuran bersama IKRAM Putra, KRT P18R12 dan Surau Wahbah Al-Zuhaily telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 18R12, Putrajaya bagi mengeratkan ukhuwah antara warga komuniti Presint 18R12, ahli kariah surau serta para aktivis IKRAM.

Program yang bermula seawal 5.45 petang dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan diteruskan dengan tazkirah Ramadan sebagai pengisian rohani kepada para hadirin. Turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak bagi memeriahkan program serta memberi ruang kepada penglibatan keluarga dalam suasana Ramadan yang penuh bermakna.

Majlis bermula dengan sesi perkongsian tazkeerah oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP Ikram Putra), Tn. Faizal Hafiz bin Md Zeni berkaitan Ramadan. Majlis disusuli dengan penyampaian sumbangan kepada 10 keluarga yang terpilih, di samping penyampaian hadiah kepada 20 pemenang pertandingan mewarna.

Majlis kemuncak majlis iftar diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta dan tenaga pengajar program Jom Mengaji bagi siri 5. Penyampaian cenderahati ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka bersama-sama dengan kelas Jom Mengaji bagi tahun 2025.

Menjelang waktu berbuka, majlis diteruskan dengan doa dan iftar bersama, diikuti dengan solat Maghrib, solat Isyak serta solat Tarawih dan Witir secara berjemaah. Sebelum bersurai, semua jemputan menikmati juadah moreh bersama-sama.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan Yayasan Ikram yang telah menghulurkan sumbangan dalam menjayakan majlis iftar komuniti ini.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan silaturrahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat, selari dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai kebajikan, kebersamaan dan ukhuwah.

Team Ikram Putra 2026

08/03/2026
Program Sumbangan Ramadan |  IKRAM Perdana | 7 Mac 2026 (Sabtu)Alhamdulillah telah berlangsung Program Sumbangan Ramadan...
08/03/2026

Program Sumbangan Ramadan | IKRAM Perdana | 7 Mac 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah telah berlangsung Program Sumbangan Ramadan pada 7 Mac 2026 jam 3.00 hingga 4.45 petang, bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Putrajaya, Conezion anjuran IKRAM Perdana dengan kerjasama Yayasan IKRAM Malaysia kepada 40 buah keluarga penerima.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat Al Quran Surah Al Baqarah:183-186 dan diteruskan dengan tazkirah oleh YDPK Perdana, Abdul Muhaimin bin Abdullah bertajuk Doa.

Majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian tentang program bimbingan keusahawanan daripada Puan Nurmah binti Ibrahim dan sesi interaktif bersama penerima sumbangan.

Majlis diakhiri dengan penyerahan tunai kepada penerima Sumbangan Ramadan.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada keluarga dalam persediaan menghadapi Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba.

- IKRAM Perdana

✨ Salam Nuzul Al-Quran ✨Alhamdulillah, pada hari penuh keberkatan ini kita memperingati peristiwa agung turunnya Al-Qura...
07/03/2026

✨ Salam Nuzul Al-Quran ✨

Alhamdulillah, pada hari penuh keberkatan ini kita memperingati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai petunjuk buat seluruh umat manusia.

Semoga Nuzul Al-Quran menjadi peringatan buat kita semua untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran — membacanya, memahami maknanya dan mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan.

Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai peluang untuk memperbaharui hubungan kita dengan Kalam Allah, agar hati lebih tenang, iman semakin kuat dan kehidupan sentiasa dalam rahmat serta petunjuk-Nya.

Salam Nuzul Al-Quran 1447H 🌙
Ikhlas daripada,
IKRAM Putrajaya

“Al-Quran itu adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.”
— Surah Al-Baqarah: 185

Address

I-3-08, Conezion, City, Persiaran IRC3, Ioi Resort
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to IKRAM Putrajaya:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram