Laman Rasmi Institut Kanser Negara

Laman Rasmi Institut Kanser Negara Institut Kanser Negara (IKN) merupakan institusi yang dibina khas untuk menangani masalah penyakit kanser dalam negara.

Ini merupakan satu usaha baharu oleh KKM hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunakan model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D. Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini. Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah. Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

๐ŸŒ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐šKesihatan bukan hanya tentang tidak sakitโ€”ia tentang hidup dengan kualiti, harap...
07/04/2026

๐ŸŒ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š

Kesihatan bukan hanya tentang tidak sakitโ€”
ia tentang hidup dengan kualiti, harapan dan kesejahteraan ๐Ÿ’™

Di Institut Kanser Negara (IKN), kami percaya setiap individu berhak mendapat akses kepada rawatan yang berkualiti, sokongan yang berterusan dan peluang untuk hidup lebih sihat.

โœจ Mulakan hari ini dengan langkah kecil:
โœ”๏ธ Amalkan pemakanan sihat
โœ”๏ธ Kekal aktif
โœ”๏ธ Lakukan saringan kesihatan secara berkala

Kerana setiap langkah kecil hari ini, memberi makna besar untuk masa hadapan.

IKN sentiasa bersama anda dalam perjalanan menjaga kesihatan.





๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐ŸŒธSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KJ Siti Hajariah binti Hashim dan KJ Fauz...
01/04/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐ŸŒธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KJ Siti Hajariah binti Hashim dan KJ Fauziah Abd Rahman atas segala jasa dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, khususnya di Institut Kanser Negara yang telah menjadi saksi dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, tanggungjawab yang dipikul telah dilaksanakan dengan penuh amanah, keikhlasan dan profesionalisme. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan sesungguhnya tidak ternilai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga persaraan yang bermula pada 1 April 2026 ini membuka lembaran baharu yang penuh ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan.

Selamat bersara dan semoga terus maju jaya dalam apa jua yang diceburi selepas ini.

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚
๐‘ฐ๐’๐’”๐’•๐’Š๐’•๐’–๐’• ๐‘ฒ๐’‚๐’๐’”๐’†๐’“ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐ŸŒท

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐€๐๐’๐„๐‘ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐ˆ๐Š๐)Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2026 Institut Kanser Nega...
31/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐Š๐€๐๐’๐„๐‘ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐ˆ๐Š๐)

Majlis Perhimpunan Bulanan Mac 2026 Institut Kanser Negara (IKN) telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium IKN, menghimpunkan seluruh warga kerja dalam satu wadah rasmi bagi penyampaian amanat kepimpinan serta perkongsian hala tuju strategik institut.

Majlis anjuran bersama Jabatan Registri Kanser Kebangsaan, Jabatan Rekod Perubatan dan Unit Teknologi Maklumat ini mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen berterusan warga IKN dalam memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Dalam perutusannya, YBrs. Dr. Muhamad Azrin bin Omar @ Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan I) IKN, telah menekankan pencapaian semasa institut di samping menggariskan perkembangan pelaksanaan inisiatif strategik serta perancangan penambahbaikan berterusan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat.

๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐‚๐Ž๐๐“๐Ž๐‡ ๐ˆ๐Š๐
๐Œ๐€๐‚ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

IKN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh IKN bagi bulan Mac 2026 atas dedikasi, profesionalisme serta prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan:

๐ƒ๐ซ. ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐๐จ๐ซ๐›๐š๐ฒ๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐˜๐ฎ๐ฌ๐จ๐Ÿ
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (UD15)
Jabatan Registri Kanser Kebangsaan

๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐™๐š๐ฆ๐ž๐ž๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA5)
Unit Teknologi Maklumat

Sepanjang bulan Mac bersempena Ramadan, IKN turut menerima pelbagai sumbangan daripada jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan yang disalurkan kepada pesakit kanser. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan berterusan masyarakat Malaysia dalam menyokong perjuangan pesakit kanser.

Dalam masa yang sama, IKN turut melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dalaman termasuk pengagihan bubur lambuk kepada warga kerja sebagai tanda penghargaan, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga semangat kebersamaan, dedikasi dan keprihatinan yang dizahirkan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan IKN dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan, demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.




๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ’™Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Perubatan dan P...
30/03/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ’™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Pakar di Institut Kanser Negara (IKN) dan seluruh negara atas dedikasi, komitmen serta pengorbanan yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Di sebalik setiap rawatan dan setiap kata-kata semangat terselit keikhlasan dan tanggungjawab besar dalam memastikan kesejahteraan pesakit sentiasa terpelihara.

Terima kasih kerana terus menjadi tulang belakang dalam sistem kesihatan, memberi harapan dan membawa sinar kepada mereka yang memerlukan.

Anda bukan sekadar merawat, tetapi menyentuh kehidupan.



Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Malindawati Binti Mohd Fadzil atas segala jasa, komitme...
30/03/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Malindawati Binti Mohd Fadzil atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Perubatan II), Institut Kanser Negara ๐ŸŒน

Segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan amat bermakna dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga IKN.

Semoga terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan di masa hadapan โœจ

Terima kasih atas segalanya. Jasamu tetap di hati ๐Ÿ’™

Pada pagi 1 Syawal, Dr. Nur Aslina binti Bahakodin, Pengarah Institut Kanser Negara (IKN) bersama Dr. Malindawati binti ...
21/03/2026

Pada pagi 1 Syawal, Dr. Nur Aslina binti Bahakodin, Pengarah Institut Kanser Negara (IKN) bersama Dr. Malindawati binti Mohd Fadzil, Timbalan Pengarah (Perubatan II) telah turun padang mewakili Pengurusan Tertinggi IKN bagi menyantuni warga kerja yang bertugas pada hari raya pertama.

Kunjungan mesra di pagi Syawal ini bertujuan menyampaikan penghargaan atas dedikasi dan komitmen warga kerja IKN. Sesi ini turut diisi dengan penyerahan pek makanan serta biskut raya kepada petugas yang sedang menjalankan tugas.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja IKN yang terus berkhidmat dengan penuh komitmen demi kesejahteraan pesakit.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. ๐ŸŒ™โœจ

20/03/2026

Saksikan Takbir Raya Syawal 1447H dari Institut Kanser Negara (IKN).

Dibawakan dengan pimpinan Zainur Irsyadi Zainal bersama kakitangan IKN.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam.

Ikhlas Daripada,
Institut Kanser Negara โœจ

๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‰๐”๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐Institut Kanser Negara (IKN) merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
19/03/2026

๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‰๐”๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐

Institut Kanser Negara (IKN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), atas kesudian meluangkan masa menyantuni warga IKN menerusi agihan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan hari ini.

Inisiatif kebajikan ini merupakan simbolik penghargaan dan pengiktirafan buat para petugas yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat terpelihara, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Pihak IKN amat menghargai keprihatinan tinggi yang dizahirkan dalam menyokong usaha memperkasa kebajikan warga kerja kesihatan. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat serta mengeratkan lagi ukhuwah dan kebersamaan dalam memberikan rawatan terbaik kepada para pesakit.





11/03/2026
๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ˆ๐Š๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐‡๐š๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅInstitut Kanser Negara (IKN) merakamkan setinggi...
11/03/2026

๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ˆ๐Š๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐‡๐š๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

Institut Kanser Negara (IKN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Prihatin Nasional, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Penjara Malaysia, atas sumbangan 500 hamper raya kepada kakitangan IKN.

Inisiatif kebajikan ini bukan sahaja membawa kegembiraan menjelang Syawal, malah menjadi tanda penghargaan kepada para petugas yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat.

IKN amat menghargai keprihatinan semua pihak yang terus menyokong usaha memperkasa kebajikan warga kerja kesihatan.

Semoga sumbangan ini memberi keceriaan dan keberkatan kepada para penerima serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.



Address

Jalan P7, Presint 7
Putrajaya
62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Institut Kanser Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Laman Rasmi Institut Kanser Negara:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category