09/03/2026
Pernah tak alami situasi ini? 👀
➡️ Siang hari berpuasa
➡️ Malam berbuka macam “balas dendam makan”
➡️ Hujung Ramadan… berat badan naik p**a 😅
Antara puncanya:
🥤 Air manis berlebihan
Minuman manis, sejuk memang nikmat waktu berbuka, tapi kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan lebihan kalori yang akhirnya disimpan sebagai lemak.
🍗 Makanan tinggi kalori
Bila lapar seharian, kita cenderung mengambil makanan tinggi kalori dan kurang berkhasiat. Lagi-lagi kalau ambil dalam kuantiti yang banyak.
🌙 Makan lewat malam selepas moreh
Metabolisma badan lebih rendah pada waktu malam. Bila makan lewat dan penggunaan tenaga kurang, lebihan tenaga mudah bertukar menjadi lemak.
Cuba kongsikan di ruangan komen 👇
Apa menu wajib anda ketika berbuka puasa?
Ingat, kawal selera dan makan secara berpada-pada supaya Ramadan lebih bermakna.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA