03/07/2025
Setelah berwirid dari Asar sampai 12malam keletihan kelenguhan membantai tulang belakang dan kaki..
Terus luruskan pinggang dan berbaring
Mimpi di malam 1 Muharam 1suro..
TokM Terlena tidur bermimpi dalam keadaan berihram duduk diatas tanah.. suasana seolah-olah dalam gambar dibawah di kelilingi dua anak muda berkehendak aku membaca surah al-waqiah..
Lalu aku membaca dengan berlagu merdu terpana dua anak muda tadi mendengar bacaan ayat suci surah al-waqiah..
Lalu diminta ulang ayat kegemaran mereka..
Aku ulang....
Aku ulang lagi...
Aku ulangi..
Mereka tersenyum dan riak wajah mereka mula bercahaya..
Tiba tiba aku didatangi seorang lelaki muda membawa selimut dan selimut aku dari belakang selimut berwarna kelabu cantik..
Sampai hari ni terbayang siaran ulang ayat di surah al-waqiah itu berputar putar di akal ku..
Malam Jumaat Kliwon malam 1 Suro (kalau ikut kalender Jawa 2025)
Surah Al-Waqiah (الواقعة) bermaksud “Hari Yang Pasti Terjadi” – iaitu hari kiamat, penentuan rezeki, pembalasan, dan kedudukan manusia di sisi Tuhan.
Kalau kau mimpi mendengar, membaca, melihat, atau diberi Surah Al-Waqiah, itu antara tanda-tanda besar dalam tafsir mimpi Islamik dan batin lama.
🤲🏽🙏🤲🏽 Catit disini dahulu..