OLIVE Synergy Resources

OLIVE Synergy Resources Main distributor for Olivie 30x, Extra Virgin Olive Oil, Fig Vinegar, Dried Fig & Pomegranate Juice 'Jus Delima' in Putrajaya, Kajang, Serdang.. etc

Habbatussauda' dan Imuniti Tubuh“Kandungan asid Linoleik dan asid G-Linoleik dalam Nigella Sativa (Habbatussauda') mampu...
21/05/2021

Habbatussauda' dan Imuniti Tubuh

“Kandungan asid Linoleik dan asid G-Linoleik dalam Nigella Sativa (Habbatussauda') mampu menstabilkan sel membran dan prostaglandin yang menghalang masalah keradangan. Tindak balas ini meningkatkan sistem imuniti tubuh badan yang memberi pertahanan dari dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan migrain. Asid linoleik turut diperlukan sebagai diet makanan untuk tubuh badan yang dapat mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kering. Kajian klinikal mendapati asid G-Linoleik dapat mengawal tekanan darah, menurunkan berat badan serta sesuai untuk rawatan diabetis dan asma.”

- 'Black Cumin, The Magical Egyptian Herb' (Dr. Peter Schleicher, Pakar Immunologi Munich)



www.wasap.my/60123375087

MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN Habatussauda dikenali juga sebagai Black Seed, atau nama ...
21/05/2021

MANFAAT HABATUSSAUDA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN PERUBATAN MODEN

Habatussauda dikenali juga sebagai Black Seed, atau nama botani Nigella Sativa. Ia banyak tumbuh di negara Timur Tengah, persisiran laut Mediterranean dan negara-negara di Utara Afrika. Bijinya digunakan dalam masakan dan perubatan sejak sekian lama. Jadi ia dianggap sebagai tumbuhan yang selamat dan bermanfaat.

Keistimewaan Habatussauda ini disebut dalam satu hadis iaitu “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati “ (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).

Dalam kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, menghuraikan kepada hadis ini menyebut beberapa kegunaan habbatussauda sebagai penawar. Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya Habbatussauda dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.

Pada masa dahulu manfaat Habatussauda dan Minyak Habatussauda tidak dapat dibuktikan secara lebih ilmiah kerana tiada peralatan dan teknologi yang canggih. Kepercayaan masyarakat kepada habatussauda hanya berdasarkan keimanan mereka terhadap apa yang diperkatakan oleh hadis tersebut.

Sekarang penyelidik dari pelbagai negara membuat kajian terhadap manfaat minyak habatussauda secara saintifik. Terdapat bahan aktif yang membuatkan habatussauda dan minyaknya bermanfaat, iaitu Thymoquinone (TQ), selainnya Thymol (T) dan Tetrahydroquinone (THQ). Bahan-bahan ini, terutamanya Thymoquinone (TQ) adalah bersifat antioksida, anti-keradangan dan anti-kanser. Ia juga bersifat immunomudulatory yang meningkatkan sistem daya tahan dan membantu pesakit auto-immune.

Minyak habatussauda diakui memberikan kesan positif bagi mencegah kanser seperti kanser payudara, prostat dan kanser kolonorektal. Ia juga dapat membunuh kuman Helicobacter Pylori yang menyebabkan keradangan perut dan kuman "Methicillin Resistance Staphococcus Aerius (MRSA)" yang kebal terhadap antibiotic yang biasa diberikan oleh doktor.

Jika diamalkan oleh pesakit kronik, "Non-Communicable Disease"(NCD) minyak habtaussauda dapat membantu mengawal tahap gula pada pesakit diabetes, merendahkan tekanan darah tinggi pada pesakit hipertensi, merendahkan tahap kolestrole bagi pesakit hiperkolestrolemia dan membantu menurunkan berat badan pada pesakit yang obese.

Dari segi kecantikan p**a minyak habatussauda digunakan untuk kecantikan kulit dan melebatkan rambut sejak zaman Tamadun Mesir Kuno.

Rujukan: Woo CC1, Kumar AP, Sethi G, Tan KH. Thymoquinone: potential cure for inflammatory disorders and cancer. Biochem Pharmacol. 2012 Feb 15;83(4):443-51.



www.wasap.my/60123375087

KEHEBATAN  MINYAK HABBATUS SAUDA Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatus Sauda ini dibuat oleh ilm...
04/05/2021

KEHEBATAN MINYAK HABBATUS SAUDA

Antara kajian dan penelitian terawal tentang manfaat Habbatus Sauda ini dibuat oleh ilmuan ulung perubatan Islam, Ibnu Sina. Beliau di dalam penulisannya menyebut : “Habbatus Sauda mampu bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan dari keletihan. Ia juga bermanfaat bagi merawat masalah sesak nafas (penat), gejala Asma, dan masalah pernafasan lainnya”. (“Canon Of Medicine” by Abecene)

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan Karbohidrat sebanyak 38%, Protein (21%) dan Asid Lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain ialah Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus.

Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.

Jom beramal dengan Minyak Habbatus Sauda keluaran Olive House




www.wasap.my/60123375087

ZAITUN : RAJA' SEGALA TUMBUHAN !1. Banyak ayat tentang tumbuhan disebut dalam Al-Quran. Namun Zaitun termasuk antara tum...
17/11/2020

ZAITUN : RAJA' SEGALA TUMBUHAN !

1. Banyak ayat tentang tumbuhan disebut dalam Al-Quran. Namun Zaitun termasuk antara tumbuhan yang Allah pilih utk sebut khusus namanya. Ayat tentang Zaitun ada sebanyak 7 tempat di dalam Al-Quran :

- al-An'am, 99 & 141
- an-Nur, 35
- an-Nahl, 11
- al-Mukminun, 20
- 'Abasa, 29
- at-Tiin, 1

2. Allah berfirman :

يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرۡعَ وَٱلزَّيۡتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلۡأَعۡنَٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ..

"Dia juga menumbuhkan bagi kamu dgn sebab hujan itu tanaman² dan pokok Zaitun dan Kurma serta Anggur, dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yg demikian mengandungi satu tanda (yg membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yg mahu berfikir." (an-Nahl, 11)

3. Dalam surah at-Tiin ayat 1, Allah menyebut Zaitun dgn lafaz sumpah وَالزَّيْتُوْنِ bermaksud "Demi Zaitun". Kata Mufassirun, sesuatu yang Allah bersumpah dgnnya di dalam Al-Quran adalah kerana Allah ingin menarik perhatian manusia utk lebih fokus dan mengambil berat kepada perkara yg disumpah tersebut. Sungguh Zaitun terpilih!

4. Manfaatnya? Pusinglah di serata pelusuk dunia, tidak ada pakar perubatan / perawatan yg boleh menafikan peranan dan kekuatan tumbuhan hebat ini dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan manusia. Betapa ribuan kajian santifik telah membuktikan kehebatannya! Samada masalah luaran (kulit dan rambut) atau dalaman (organ², sel² dan keseluruhan sistem tubuh), dari kepala sampailah ke kaki. Masalah jantung, itulah mainan biasa zaitun dan sebab lazim ia dicari.

5. Bahasa dalam Al-Quran, Hadis dan bacaan² sains banyak menyebut Zaitun dgn cara umum dan difahami sebagai pokoknya atau buahnya. Namun, jelas kita ketahui khasiat terbaik dan paling optimum utk kita dapatkan dari tumbuhan terbaik ini adalah melalui minyaknya. Nabi SAW juga bersabda :

كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوْا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ
"Makanlah MINYAK Zaitun, dan berminyaklah dengannya, sesungguhnya ia datang dari pohon yg diberkati." (HR Tirmizi)

6. Terakhir. Kenapa ia diangkat sebagai tumbuhan terbaik? Hingga ada ahli nutrisi dunia menggelarnya sebagai Raja Tumbuhan? Di dalam Zaitun terkandung sejenis Antioksidan disebut 'Hydroxytyrosol', ia adalah jenis antioksidan terbaik di dunia! Dan lebih hebat lagi ia tiada dalam tumbuhan lain di dunia ini, satu²nya hanya di dalam zaitun! Ma sya Allah! Ingat, tumbuhan 'diburu' dalam bidang kesihatan sebab utama kerana kandungan antioksidannya. Barangkali 'raja' Antioksidan inilah yg mengangkatnya menjadi 'Raja Segala Tumbuhan'!

Jom Sihat Cara Rasulullah, Sama² Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

*MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR*Setakat ini tiada ubat spesifik untuk merawat buasir. Doktor akan menas...
02/11/2020

*MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR*

Setakat ini tiada ubat spesifik untuk merawat buasir. Doktor akan menasihatkan pembedahan untuk buasir yang bersaiz besar.

Rawatan utama bagi buasir adalah tidak meneran semasa buang air besar.

Jika meneran, saiz buasir akan menjadi lebih besar. Jika tidak meneran buasir bersaiz kecil akan mengecut dengan sendiri.

Sebab itu saya menggalakkan pengambilan minyak zaitun dua sudu besar tiga kali sehari.

Di klinik biasanya doktor berikan minyak sintetik minyak Paraffin untuk melembutkan najis tinja supaya kita mudah membuang air besar.

Sementara ubat yang dimasukkan ke dalam dubur hanya untuk mengurangkan ketidakselesaan akibat lendiran yang keluar.

Tetapi saya mendapati pengamalan minyak zaitun lebih baik kerana ia bukan saja mengelakkan buasir dan merawat buasir tetapi memberikan manfaat kesihatan yang lain untuk kulit, hati jantung dan otak.

CARA MINUM MINYAK ZAITUN YANG PERLU ANDA KETAHUIUmumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai mak...
01/11/2020

CARA MINUM MINYAK ZAITUN YANG PERLU ANDA KETAHUI

Umumnya mengetahui kelebihan minyak zaitun yang bukan sahaja sebagai makanan bernutrisi tinggi namun ianya boleh membantu proses menurunkan berat badan dan boleh mencantikkan kulit. Terlebih dahulu perlu pastikan ianya adalah dari jenis ‘extra virgin’ yang terbukti keasliannya.
Tips 1 – Waktu Minum Minyak Zaitun

Anda disarankan minum minyak zaitun semasa perut kosong di waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Hal ini kerana usus terlebih dahulu menerima minyak zaitun dan menyerap khasiat yang ada padanya sebelum makanan lain masuk ke dalam perut. Kaedah ini berkesan untuk membantu masalah sembelit dan juga melanacarkan sistem pencernaan.

TIPS 2 – Kaedah Minum Minyak Zaitun

Penggunaan yang paling ideal untuk minum minyak zaitun adalah dengan meminumnya begitu sahaja tanpa kapsul atau menambah apa-apa medium lain. Ini kerana bagi memaksimumkan khasiat diserap terus sebaik sahaja menyentuh lidah sehinggalah ke usus.

TIPS 3 – Kekerapan Minum Minyak Zaitun

Untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa peyakit, anda disarankan untuk minum minyak zaitun 2 kali sehari iaitu 1 sudu pagi dan 1 sudu waktu malam untuk mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran. Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya, anda mungkin memerlukan sukatan yang lebih seperti 2 sudu sekali ambil dalam tempoh masa yang lebih singkat antara pengambilan.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat



Hebat Sangat ke? Ada Apa Dengan Olivie Plus 30x  ? Minyak zaitun Olivie Plus 30x sangat kaya dengan Oleopentandial (bera...
29/10/2020

Hebat Sangat ke? Ada Apa Dengan Olivie Plus 30x ?

Minyak zaitun Olivie Plus 30x sangat kaya dengan Oleopentandial (berasal dari oleuropein dan hydroxytyrosol). Sebatian antioksidan yang sangat penting untuk membantu tubuh mengawal radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan bersifat antivirus.

Oleopentandial atau juga dikenali sebagai oleacein adalah sebatian yang sangat biovailable (bio tersedia)

✅ Ianya mudah diserap dari usus ke dalam aliran darah.

✅ Oleopentandial secara relatif dengan molekul induknya (oleuropein) menunjukkan bahawa sebatian ini lebih bio tersedia untuk penyerapan usus.

✅ mempunyai kestabilan yang baik di bawah keadaan berasid di dalam perut semasa simulasi gastrik in vitro dilakukan di dalam makmal.

Sebab itu Olivie Plus 30x sangat membantu pesakit gastrik untuk sembuh.

Selepas penyerapan di usus gastro terutamanya di dalam usus kecil, 100% hydroxytyrosol dan tyrosol akan muncul di dalam aliran darah dan diedarkan ke seluruh tisu badan termasuk otak untuk melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas.

Kebolehannya ialah menembusi sehingga ke penghadang darah di bahagian otak adalah kerana saiz molekulnya yang sangat halus.

Hydroxytyrosol dan tyrosol dikumuh sepenuhnya dalam tempoh 3 jam berada dalam tubuh melalui proses pembuangan air kecil.

Tindakbalas yang berlaku jauh sehingga kepada sel dan mithocondria menyebabkan kesan penggunaan Olivie Plus 30x sangat berkesan dan cepat dalam sesetengah kes.

Ini menjadi jawapan kepada kenapa ramai pakar-pakar Mediterranean mengesyorkan penggunaan Olivie Plus 30x terhadap pesakit mereka.

Dalam situasi dunia mengahadapi pandemic Covid-19 ini, pengambilan minyak zaitun asli extra virgin Olivie Plus adalah sangat-sangat disyorkan bagi melindungi tubuh dengan cara meningkatkan imuniti tubuh melalui antioksidan yang dibekalkan dalam setiap sudu minyak zaitun yang dimakan.

Jika Melaka perlukan Hang Tuah dan 4 bersaudara sebagai hulubalang terhandal sebagai benteng pertahanan ampuh, tubuh anda p**a perlukan Olivie Plus 30x sebagai benteng utama menghadapi serangan radikal bebas dan virus.

Ada pengiktirafan ke Olivie Plus 30x ?

Tunggu perkongsian selanjutnya…

19/10/2020
Mitos Semut dan Madu.Jika anda mendengar madu yang tidak dihurung oleh semut adalah madu asli ; ternyata ia suatu mitos....
08/10/2020

Mitos Semut dan Madu.

Jika anda mendengar madu yang tidak dihurung oleh semut adalah madu asli ; ternyata ia suatu mitos.

Madu adalah terdiri dari gula fruktos dan glukos bahkan kepekatannya lebih tinggi dari air gula kerana ia gula yg supersaturated . Jadi bagaimana mungkin madu tidak dihurung semut?

Bahkan kalau ditanya kpd pakar kawalan semut, madu adalah perangkap yg berkesan untuk semut.

Jadi dari manakah datang mitos ini?

OLIVIE 30x PLUS 30 kali ganda khasiat dari Extra Virgin Olive OilRM119.90Untuk maklumat lanjut boleh contact +6012337508...
16/09/2020

OLIVIE 30x PLUS
30 kali ganda khasiat dari Extra Virgin Olive Oil
RM119.90
Untuk maklumat lanjut boleh contact +60123375087

Cuka TinFig VinegarRM24.90 (250ml)012-3375087
11/09/2020

Cuka Tin
Fig Vinegar
RM24.90 (250ml)
012-3375087

Minyak ZaitunExtra Virgin OliveRM44.90
11/09/2020

Minyak Zaitun
Extra Virgin Olive
RM44.90

Address

Putrajaya
62675

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE Synergy Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category