Nutritionistkkm

Nutritionistkkm Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1 Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
(2)

Peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

- Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
- Mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan zat makanan.
- Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan advokasi pemakanan.

Jom sertai Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan! 🍽️✨Tunjukkan kreativiti anda dalam meng...
30/03/2026

Jom sertai Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan! 🍽️✨

Tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan versi lebih sihat bagi makanan kegemaran seperti sosej, pati/ burger dan nuget 💡🥗

Kurangkan gula/ lemak/ garam — tingkatkan kandungan serat/ mikronutrien dengan menggunakan bahan lebih berkhasiat dan teknik masakan lebih sihat 🌱

Rakam video dan resipi maksimum 5 minit (kreatif & berkhasiat) — dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga RM700! 🎁

📲 Imbas Kod QR pada poster untuk maklumat lanjut tentang syarat dan peraturan pertandingan

📅 Tarikh penyertaan: 30 Mac – 19 April 2026

Pastikan anda tahu cara memilih garam beriodin yang betul setiap kali membeli di kedai runcit atau pasar raya berhampira...
30/03/2026

Pastikan anda tahu cara memilih garam beriodin yang betul setiap kali membeli di kedai runcit atau pasar raya berhampiran rumah 🛒

💡 Ini penting supaya anda mendapat manfaat zat iodin sepenuhnya kerana iodin boleh meruap dan hilang jika tidak dikendalikan dengan betul.

Pilihan yang bijak hari ini, kesihatan yang lebih baik untuk esok! 🧂✨





SEMAK pengambilan kalori harian anda!👉 Kurang, lebih atau cukup?Ramai antara kita rasa dah makan ikut keperluan… tapi be...
29/03/2026

SEMAK pengambilan kalori harian anda!
👉 Kurang, lebih atau cukup?

Ramai antara kita rasa dah makan ikut keperluan… tapi betul ke? 🤔
Jom mula langkah kecil dengan pantau kalori harian anda!

📲 Muat turun aplikasi MyNutriDiari2 secara PERCUMA dan gunakan fungsi menarik ini:

📊 Keperluan Kalori Harian
🛑 Ketahui status BMI anda
🛑 Dapatkan saranan pengambilan kalori harian yang sesuai

🍽️ Diari Pemakanan
🛑 Pantau kalori daripada makanan dan minuman yang diambil
🛑 Kira baki kalori harian secara automatik
🛑 Kira kalori yang digunakan melalui aktiviti fizikal





Kenapa Garam Beriodin Sangat Penting di Dapur Anda? 🧂Iodin mungkin nampak remeh, tetapi kekurangan zat ini boleh memberi...
28/03/2026

Kenapa Garam Beriodin Sangat Penting di Dapur Anda? 🧂

Iodin mungkin nampak remeh, tetapi kekurangan zat ini boleh memberi impak besar kepada kesihatan, terutamanya untuk perkembangan otak dan fungsi tiroid. Sebagai inisiatif kesihatan awam, Garam Beriodin diperkenalkan sebagai penyelesaian yang kos efektif dan mudah untuk semua lapisan masyarakat.

Namun, menggunakannya perlukan sedikit "seni" supaya zatnya tidak terbazir begitu sahaja.

Ini 2 perkara utama yang perlu anda tahu:

🔹 Cara penyimpanan yang betul: Simpan dalam bekas kedap udara di suhu bilik. Iodin mudah meruap jika terdedah lama kepada udara luar.
🔹 Teknik memasak: Tambahkan garam hanya selepas api dipadamkan atau sejurus sebelum masakan ditutup. Haba tinggi yang berpanjangan boleh menyebabkan zat iodin meruap dan sekaligus mengurangkan nilai nutrisinya.

Langkah kecil di dapur, impak besar untuk kesihatan jangka masa panjang. Jom kita buat pilihan yang lebih bijak untuk keluarga hari ini!




27/03/2026

Jom kita sediakan juga buah-buahan di Hari Raya!

25/03/2026

Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupnya untuk hilangkan dahaga! Kurangkan minuman manis yang mungkin menambah pengambilan kalori tanpa sedar!

24/03/2026

"JOM SERTAI Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) sekarang dan menjadi sebahagian daripada perubahan ke arah pemakanan lebih sihat."

Pensijilan HCL membantu pengguna mengenal pasti produk sebagai pilihan yang lebih sihat dalam kategori yang sama.



Juadah raya sememangnya menjadi tradisi setiap kali Aidilfitri. Namun, ia bukan alasan untuk mengabaikan amalan pemakana...
23/03/2026

Juadah raya sememangnya menjadi tradisi setiap kali Aidilfitri. Namun, ia bukan alasan untuk mengabaikan amalan pemakanan sihat.

Pengambilan makanan secara berlebihan ketika musim perayaan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan serta risiko penyakit kronik. Oleh itu, kawal pemilihan dan saiz hidangan agar kesihatan tetap terjaga walaupun sedang menikmati suasana beraya.

22/03/2026

Raya Challenge 2026 – Day 2
🚫 STOP makan lepas 8.30 malam

Ramai orang berjaya kawal makan siang hari…
Tapi “tewas” bila masuk malam 😅

Lepas Isyak, mula mengunyah…
Kerepek, kuih raya, air manis tanpa sedar.

👉 Hakikatnya, makan lewat malam:
❌ Mudah terlebih kalori
❌ Ganggu metabolisme
❌ Cepat naik berat
❌ Tingkatkan risiko kencing manis

💡 Cabaran hari ini:
✅ Stop makan selepas 8.30 malam
✅ Kalau lapar, minum air kosong dulu
✅ Sibukkan diri (solat, kemas rumah, rehat awal)

🔥 Siapa join challenge ni, komen “DONE DAY 2”!

22/03/2026

Raya tetap meriah dengan pilihan makanan & minuman yang lebih sihat ✨

Tahun ni kita cuba buat sedikit perubahan—raikan tetamu dengan hidangan yang bukan saja sedap, tapi juga lebih baik untuk kesihatan 💚

Tak perlu buang menu tradisi, cukup seimbangkan:
🍲 Ada pilihan rendah kalori seperti bihun sup & laksa
🥗 Hidangkan sayur-sayuran segar seperti pecal & salad
🍉 Buah-buahan sebagai pencuci mulut yang menyegarkan
💧 Air kosong sebagai pilihan kurang manis
🍽️ Saiz hidangan kecil, tapi tetap puas dinikmati

Raya bukan alasan untuk “tewas”, tapi peluang untuk buat pilihan lebih bijak 😉

Kita jaga kita. Selamat Hari Raya & selamat menikmati dengan lebih sihat! 🌙✨




KAWAL BERAT BADAN DI MUSIM PERAYAANMusim perayaan sering dipenuhi dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Oleh itu, ...
21/03/2026

KAWAL BERAT BADAN DI MUSIM PERAYAAN

Musim perayaan sering dipenuhi dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Oleh itu, pemilihan makanan amat penting bagi membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Pilihlah makanan yang lebih rendah kalori serta amalkan pengambilan secara sederhana dan seimbang agar kita dapat menikmati juadah Hari Raya tanpa pengambilan kalori yang berlebihan.

Dengan membuat pilihan yang lebih bijak, kita dapat menyambut perayaan dengan lebih gembira sambil terus menjaga kesihatan diri. 🌙✨

20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin ✨

Di sebalik kemeriahan Syawal, jangan lupa…
🍹 Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman 😊
🍽️ Amalkan konsep Suku-Suku-Separuh walaupun beraya
🥗 Seimbangkan juadah dengan sayur & buah setiap hari

Raya tetap raya, tapi kesihatan jangan dilupa 💚

Ikhlas daripada seluruh warga Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 🌙✨

SihatItuSaya NutritionistKKM

Address

Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Presint 1
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388924503

Website

https://t.me/NutritionistKKMRasmi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionistkkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nutritionistkkm:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram