Farmasi MK, Sabah

Farmasi MK, Sabah MK Pharmacy Sdn Bhd (1166879A) ialah sebuah farmasi komuniti di Sabah untuk keperluan kesihatan semua

🏮HAPPY CHINESE NEW YEAR | 龙年吉祥 龙行龘龘🧧May the year of the Dragon bring you good health and abundance of joy!
10/02/2024

🏮HAPPY CHINESE NEW YEAR | 龙年吉祥 龙行龘龘🧧

May the year of the Dragon bring you good health and abundance of joy!



19/07/2022

Good news for everyone!

Jangan bahayakan nyawa kerana Ivermectin Dua orang dilaporkan  mengalami keracunan akibat mengambil ubat antiparasit Ive...
16/08/2021

Jangan bahayakan nyawa kerana Ivermectin

Dua orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil ubat antiparasit Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.

Pusat Racun Negara mendedahkan:

Kes pertama - Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama 5 hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin.

Kes kedua - warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekaligus.

Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara sembrono.

Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.

Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat COVID-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah COVID-19 setakat ini.

Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing, secara sesuka hati.

Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia.

Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu:

🔴 6 kajian dijalankan tentang keberkesanan Ivermectin bagi menghalang kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 TETAPI semua 6 kajian itu TIDAK menunjukkan ubat itu berkesan dalam mencegah kematian.

🔴 3 kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah COVID-19 dan keputusannya juga TIDAK menunjukkan ia dapat mencegah COVID-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah)

Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermertin boleh mencegah atau merawat COVID-19.

Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.

Sumber: Pusat Racun Negara dan KKM



13/08/2021

Kepada pelanggan yang ingin mendapatkan alat Oximeter, untuk memastikan ketepatan keputusan, sila pastikan Pulse Oximeter tersebut telah mendapat pendaftaran dengan Medical Device Authority (MDA).

Langkah untuk menyemak adalah melalui pautan laman web rasmi berikut.

https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php?r=carian

Harap maklum.



Kepada pelanggan yang disayangi,Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua muslimin dan muslimat daripada kami, Farmas...
09/08/2021

Kepada pelanggan yang disayangi,

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua muslimin dan muslimat daripada kami, Farmasi MK Sabah dan J&T Kundasang.
Salam Maal Hijrah dan semoga tahun baru ini membawa rahmat, keberkatan dan kebahagiaan pada kita semua. 🤲
Kami buka seperti biasa pada hari ini.


Kebelakangan ini terdapat pelanggan yang menanya pasal Ivermectin dalam rawatan / pencegahan Covid-19.  Kesimpulan setak...
28/07/2021

Kebelakangan ini terdapat pelanggan yang menanya pasal Ivermectin dalam rawatan / pencegahan Covid-19. Kesimpulan setakat ini adalah berikut.
"Kajian sistematik yang lebih baru oleh Cochrane Collaboration yang menganalisis semua data yang ada sehingga 26 Mei menyimpulkan hal sama dan mengatakan Ivermectin tidak boleh digunakan untuk merawat atau mencegah Covid-19 kecuali dalam ujian klinikal yang dirancang dengan baik."
Harap semua faham dan elakkan penggunaan bahan ubat yang belum dibuktikan kebenaran.



"Penting agar masyarakat memahami bahawa penggunaan Ivermectin yang tidak terkawal menyebabkan kesan sampingan yang mungkin merosakkan," kata MPS dan MMA.

28/07/2021

Kepada pelanggan yang bakal menerima Gmate Home Saliva Test Kit, video ini menunjukkan cara penggunaan ujian kendiri tersebut. Jika masih ada langkah yang kurang faham, sila rujuk kepada kami melalui whatsapp 016-434 1391.

Kepada pelanggan Farmasi MK dan Kurier J&T, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada yang menyambut dan Sela...
19/07/2021

Kepada pelanggan Farmasi MK dan Kurier J&T, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada yang menyambut dan Selamat Bercuti kepada yang lain. 🎊
buka seperti biasa pada hari ini. Kurier tutup pada hari ini dan buka semula pada esok hari.


🔈Kepada pelanggan sekitar Kundasang yang memerlukan servis 🛵 COD dari Farmasi MK, kami sekarang bersedia untuk menampung...
07/07/2021

🔈Kepada pelanggan sekitar Kundasang yang memerlukan servis 🛵 COD dari Farmasi MK, kami sekarang bersedia untuk menampung keperluan pesanan anda, tidak kira barang2 💊farmasi mahupun bayaran bil, reload telefon dan lain-lain.

Sila rujuk infografik sini untuk memahami cara guna perkhidmatan 🛵COD kami.
1⃣ Mula proses pesanan dengan whatsapp chat kami 'COD'
2⃣ Dalam tempoh 30 minit, kami akan whatsapp chat atau telefon atau video call ikut permintaan pelanggan
3⃣ Kami memahami keadaan dan keperluan sebenar pelanggan
4⃣ Kami menyediakan pesanan pelanggan
5⃣ Kami dapatkan persetujuan pelanggan dengan pesanan dan jumlah harga (boleh transfer online atau e-wallet atau bayar runner wang tunai)
6⃣ Kami atur runner berdasarkan alamat pelanggan dan beri makluman berkenaan selepas pesanan dipungut oleh runner
7⃣ Runner hantar pesanan ke alamat yang diberikan
8⃣ Pelanggan membayar runner ikut persetujuan harga dari farmasi (jika belum online transfer) dan caj runner
9⃣ Selesai urusan COD, tetapi jika masih ada pertanyaan, kami masih boleh dihubungi.

✅ Jom whatsapp chat kami melalui link berikut untuk dapatkan servis COD 😊

https://wa.me/60164341391?text=COD

Kepada pelanggan yang menyambut Hari Raya, Salam Aidilfitri 😊Ingatlah ambil ubat kronik seperti ubat untuk masalah kesih...
12/05/2021

Kepada pelanggan yang menyambut Hari Raya,

Salam Aidilfitri 😊

Ingatlah ambil ubat kronik seperti ubat untuk masalah kesihatan tinggi darah, kolesterol, kencing manis dan lain-lain walaupun ketika beraya.

Makan secara berhemah dan sihat.

Sama-sama doa agar wabak Covid-19 sedunia termasuk Malaysia dapat ditangani dengan berkesan oleh semua pihak termasuk kami diri sendiri.

Kami tetap BUKA seperti biasa sepanjang musim raya dan cuti ini.



01/01/2021

Pelanggan sekalian,
Selamat Tahun Baru 2021.
Farmasi MK buka seperti biasa pada hari ini dari 🕗8 pagi hingga 🕕6 petang.

Kepada pelanggan Farmasi MK,Kami buka seperti biasa dari 🕗8 pagi hingga 🕕6 petang hari ini.  kepada yang menyambut.  kep...
25/12/2020

Kepada pelanggan Farmasi MK,

Kami buka seperti biasa dari 🕗8 pagi hingga 🕕6 petang hari ini.

kepada yang menyambut.

kepada yang ambil peluang untuk berehat pada tempoh ini.

Apa-apa pun, selalu ingat bagi memerangi wabak penyakit. selalu.

🥳Ikhlas dari,
Staf-staf dan admin

Address

Lot No. 19, SEDCO Kundasang Shophouses
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 07:30 - 20:00
Tuesday 07:30 - 20:00
Wednesday 07:30 - 20:00
Thursday 07:30 - 20:00
Friday 07:30 - 20:00
Saturday 07:30 - 20:00
Sunday 07:30 - 20:00

Telephone

+60164341391

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi MK, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi MK, Sabah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram