RANAU herbs

RANAU herbs Stokis Perubatan Herba dan keperluan harian berasaskan herba. Hubungi 019-8638189 untuk tempahan produk kesihatan hari ini.

01/06/2025

Secara data klinikal dan kajian sains, solusi terbaik untuk atasi masalah diabetes adalah dengan “tingkatkan kualiti insulin” dan “baiki sistem insulin” dalam badan.

20/03/2025

Sedar tidak sedar, pada malam ini kita sudah menjejaki 10 malam terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat satu malam yang penuh dengan kemuliaan disisiNya, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, malam tersebut ada pada bulan Ramadan, dan ada di 10 malam yang terakhir.

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain” - Hadis Riwayat Muslim, no. Hadith 2009

Sedikit info dan rujukan buat sahabat-sahabat PMNS untuk melakukan pecutan ibadah 10 malam terakhir ini, semoga semua amal ibadah yang kita lakukan diterima di sisi Allah SWT , Insha Allah.




01/02/2025

Soalan popular: Bolehkah berhenti makan ubat Tinggi Darah (Hypertension) kalau sudah mula makan itu ubat?

Jawapan Panjang:

Si Gaman, berumur 50an dengan berat badan 86 kg (BMI = 40) mempunyai tekanan darah 180/110 selama berbulan bulan.

Doktor memulakan Ubat Tinggi Darah dan memberi tunjuk ajar untuk TLC (Therapeutic Lifestyle Changes) - perubahan gaya hidup sihat.

Sementara makan ubat, si Gaman pun berabis jaga makan minum dan berabis exercise dan berabis turunkan berat badan dan berabis makan segala multivitamins dan sumber nutrisi lain.

Selepas setahun makan ubat dan mengamalkan gaya hidup sihat, si Gaman menjadi fit dan slim, selalu berjogging, selalu hiking, selalu naik gunung, tiada merokok, tiada aramaiti (alkohol) ....

Tekanan darah si Gaman menjadi 100/60 sahaja ...

Doktor pun 'terpaksa' MEMBERHENTIKAN ubat darah tinggi si Gaman, kerana tidak diperlukan lagi, bahkan mungkin boleh memudaratkan kerana tekanan darah yg sudah agak rendah.

Jawapan Pendek: BOLEH ..

Jawapan sederhana Pendek: Kalau si Gaman harap makan ubat saja, tiada usaha lain ... kompom TIDAK boleh berhenti makan ubat tinggi darah.

Video TLC Tinggi Darah:
https://www.facebook.com/share/v/15ZmMq8pMj/

https://youtu.be/h3Y314U7Amc

Dr Rizin Kusop

Gambar Hiasan: Si angkol ni pernah tinggi darah 140/90 ketika umur 30an. Dia tidak pernah mkan ubat, dia kasi kampis perut dia saja ... 😅🤣

21/01/2025

PENDARAHAN OTAK

Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah...

Darah tinggi

Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.

1 dari 3 rakyat Malaysia ada darah tinggi.

Malah, separuh dari mereka ni, tak sedar pun mereka ada darah tinggi.

Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.

5 tips untuk kawal tekanan darah dari saya.

1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.

2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.

3. Berhenti merokok dan v**e. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.

4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.

5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.

Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.

Kredit: Dr Amirul Amzar
Pakar Perubatan Keluarga
Medical Mythbusters Malaysia, M3

17/01/2025

Address

Ranau
89308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RANAU herbs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to RANAU herbs:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category