Klinik Kesihatan Rantau Panjang Kelantan

Klinik Kesihatan Rantau Panjang Kelantan Klinik Kesihatan Rantau Panjang (KKRP), sebuah klinik kerajaan yang bernaung di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas.

Klinik ini menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan, memberi rawatan kecemasan awal, serta penyakit2 kronik dan akut.

06/02/2026

Pendedahan kepada Cara hidup sihat dan amalan pengambilan makanan sihat sentiasa diterapkan kepada komuniti melalui program Sihat Itu Saya & Kiosk Kesihatan di Kk Rantau Panjang.
Program ini di adakan setiap pagi Khamis seawal jam 8.00 pagi.
Penyertaan dihadiri oleh warga emas,Kospen ,staff dental dan staff klinik sendiri. Turut menjayakan Sihat Itu Saya Dr Huraini Huzaimi selaku MOIC KKRP.

πŸ’₯ Tarikh : 5.02.2026
πŸ’₯ Hari : Khamis
πŸ’₯ Kedatangan : 40 orang




Lawatan Penyeliaan Pegawai Kesihatan DaerahKlinik Kesihatan Rantau Panjang telah menerima lawatan penyeliaan oleh Pegawa...
05/02/2026

Lawatan Penyeliaan Pegawai Kesihatan Daerah

Klinik Kesihatan Rantau Panjang telah menerima lawatan penyeliaan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Najihah Mahfuzah, sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi lawatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang dijadualkan pada 16 Februari 2026.

Lawatan penyeliaan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dari aspek perkhidmatan klinikal, pengurusan, sumber manusia serta kemudahan sokongan. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan memastikan pematuhan terhadap dasar, standard dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepanjang lawatan, pelbagai aspek operasi klinik telah diteliti serta pandangan, nasihat dan teguran membina telah dikemukakan bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Pihak Klinik Kesihatan Rantau Panjang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan bimbingan yang diberikan, dan akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi memastikan persediaan yang rapi serta kelancaran lawatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia kelak

04/02/2026

Program Sihat Itu Saya & Kiosk Kesihatan
Kk Rantau Panjang ( 29.01.2026 / Khamis )




04/02/2026

Program Sihat Itu Saya & Kiosk Kesihatan Kk Rantau Panjang ( 22.01.2026 / Khamis )




🀰 GDM Talk KK Rantau Panjang 🀰Satu sesi ceramah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) telah berjaya diadakan di Klinik Kes...
18/01/2026

🀰 GDM Talk KK Rantau Panjang 🀰

Satu sesi ceramah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) telah berjaya diadakan di Klinik Kesihatan Rantau Panjang pada 18 Januari 2026.
Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu hamil mengenai kepentingan kawalan paras gula dalam darah, pemakanan sihat, pemantauan berkala serta langkah pencegahan komplikasi kepada ibu dan bayi.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu GDM menjalani kehamilan yang lebih sihat dan selamat. πŸ’•



02/01/2026

Vibes tahun baru sangat luar biasa.
Seperti tahun tahun lalu aktiviti lets sweat dan pameran kesihatan diteruskan setiap pagi Khamis.
Sokongan dari komuniti dan staff amat memuaskan.
Terima kasih semua yang sentiasa menjaya program klinik.

Tarikh:- 1 Jan 2026 (Khamis)
Tempat:- Perkarangan parking ambulance






20/12/2025

✨ Let's Sweat Kk Rantau Panjang
✨ Khamis ( 18/12/2025 )



07/12/2025

Berikut cara hidup sihat melalui rutin bersenam yang mudah diamalkan, terutama untuk gaya hidup harian:

πŸƒβ€β™‚οΈ 1. Tetapkan Jadual Senaman

Sasarkan 150 minit aktiviti sederhana seminggu (contoh: brisk walk)
atau
75 minit aktiviti intensiti tinggi (contoh: jogging, HIIT)

Bahagikan kepada 30 minit sehari, 5 kali seminggu

πŸ€Έβ€β™€οΈ 2. Gabungkan 3 Jenis Senaman

a) Senaman Kardio

Contoh: berjalan laju, berjoging, berbasikal, berenang.
Kebaikan: kuatkan jantung, bakar kalori, tingkat stamina.

b) Senaman Kekuatan (Strength Training)

Contoh: squat, push-up, angkat dumbbell.
Kebaikan: kuatkan otot & tulang, tingkat metabolisme.

c) Regangan (Stretching)

Contoh: yoga ringan, regangan badan penuh.
Kebaikan: tingkat fleksibiliti & elakkan kecederaan.

πŸ₯€ 3. Minum Air yang Cukup

6–8 gelas sehari (lebih jika banyak berpeluh).

Air membantu elakkan dehidrasi & keletihan ketika bersenam.

🍎 4. Jaga Pemakanan

Ambil makanan seimbang: karbohidrat, protein, sayuran, buah.

Kurangkan makanan berminyak, manis & bergula.

Makan 1-2 jam sebelum bersenam untuk tenaga.

😴 5. Tidur yang Berkualiti

7–8 jam setiap malam.

Pemulihan otot berlaku ketika tidur.

🩺 6. Pantau Kesihatan Diri

Mulakan perlahan jika baru mula bersenam.

Jika ada masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dahulu.

Berhenti seketika jika rasa pening, sesak nafas atau sakit dada.

😊 7. Konsisten & Nikmati Proses

Pilih senaman yang anda s**a supaya mudah kekal konsisten.

βœ… KK Rantau Panjang tidak terlepas dari meneruskan konsep cara hidup sihat dikalangan staff dan komuniti dengan mengadakan senaman pagi dan pameran kesihatan setiap pagi Khamis.

Tarikh: 04/12/2025 (Khamis)




07/12/2025

Program Gotong Royong Perdana Peringkat Klinik Kesihatan Rantau Panjang telah diadakan pada hari Khamis 4.12.25. Semua staff disetiap unit bekerjasama membersihkan persekitaran.
Gotong-royong ialah amalan bekerjasama secara s**arela dalam satu komuniti untuk melakukan sesuatu pekerjaan demi kepentingan bersama.

Tujuan utama gotong-royong diadakan untuk
mengeratkan hubungan diantara staff, disamping itu bagi mewujudkan semangat tolong-menolong,
menjadikan kawasan klinik lebih bersih dan selesa
dan mendidik nilai murni diantara anggota kesihatan.





Address

Gual Tinggi
Rantau Panjang
17200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097954124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Rantau Panjang Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Rantau Panjang Kelantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category