16/11/2017
EMPAT Cara Merawat Gastrik
1. Permakanan
Untuk mencegah gastrik, anda perlu melakukan tiga perkara ini iaitu makan jangan gelojoh, jangan makan selagi perut masih kenyang dan cepat makan bila mula rasa nak lapar β jangan tangguh! Insya Allah, anda tak akan kena sakit gastrik selamanya! Bagusnya penawar gastrik yang ini ialah tidak timbul masalah asid berlebihan dalam badan.
2. Baking Soda
Penawar gastrik yang termudah dan paling murah ialah baking soda. Bila ada rasa pedih ulu hati, bancuh hampir setengah camca rata dalam segelas air dan minum. Jika masih ada sakitnya setelah 20 minit, minum segelas lagi. Jika perlu, ulanglah setiap 20 minit sehingga hilang rasa sakit β mungkin ada tak baiknya kerana ianya ada bahan kimia. Faktanya ialah air baking soda bersifat alkali, gastrik p**a kerana asid berlebihan. Peranannya ialah menawarkan asid dalam perut. Bila asid dalam perut jadi makin tawar, hilanglah rasa sakit gastrik. Bila-bila jadi lagi, ulang dengan cara yang serupa. Ketidakselesaan lain mungkin timbul jika ada luka dalam perut.
3. Alkali
Penawar gastrik yang tanpa mengira masa ialah minum air alkali atau beli kapsulnya β mahal! Minum sesuka hati hingga hilang rasa sakit. Kesannya cepat dirasai β badan agak segar daripada biasa dan perut lambat lapar. Setakat ini tak diketahui mudaratnya. Logiknya, kesan sampingannya tetap ada sebab perut yang berlebih alkali untuk tempoh yang lama, sistem badan akan mengimbanginya semula β ertinya asid pencernaan akan keluar lebih banyak daripada isipadu sebelum memulai rawatan dengan air tersebut. Ini mengakibatkan asid dalam badan akan terlebih banyak daripada yang sepatutnya β terganggulah kesihatan. Yang bagusnya, bila dah hampir 2 minggu tak ada rasa pedih atau senak ulu hati, berhenti minum air itu dan jaga makan β bila mula rasa nak lapar, makan! Insya Allah tak akan timbul masalah. Unsur terpenting yang mesti diambil perhatian ialah perkara halal β kebanyakan bahan pemprosesan air alkali tidak halal. Dengan itu, diragui juga tentang kapsulnya.
4. Madu Lebah
Bahan penawar gastrik yang terbaik ialah madu lebah. Allah dah bagitahu umat Islam lebih 1400 tahun dulu bahawa MADU LEBAH banyak manfaat untuk manusia (ayat 69 surah An-Nahl). Cuma caranya yang kita kurang pasti. Ikut kata orang tua-tua, minum sesudu waktu nak tidur dan sesudu lagi waktu bangun tidur (subuh). Elok untuk kesihatan secara amnya. Malangnya, itu tidak benar untuk merawat sakit gastrik! Untuk pengetahuan, caranya ada dan amat berkesan β ianya berdasarkan kajian. Penawar yang ini positif tiada kesan sampingan β Allah dah tegaskan madu banyak kebaikan untuk manusia. Masalahnya ialah susah nak dapatkan madu yang tulen. Caranya ada dalam cara merawat gastrikβ¦