27/10/2025
Seorang pemuda yang mahu mengubah nasib seakan mati hidup semula, apabila berjaya pulang ke tanah air hidup-hidup selepas empat bulan berada di Kemboja dan hidup seperti dalam neraka.
Mangsa yang dikenali sebagai Joe, 36, dari Bandar Baru Uda di sini berkata, semuanya bermula seminggu sebelum hari raya puasa tahun ini selepas dia mendapat tawaran daripada rakannya untuk bekerja di Kemboja dengan gaji AS$1,500 (RM6,323) sebulan.
“Saya sebelum ini bekerja sebagai pembakar sate di kedai makan bapa kawannya. Saya ditawarkan bekerja pembakar sate di sana sebelum bersetuju. Saya dan beberapa lain bertolak ke sana menaiki kapal terbang pada 5 April lalu.
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com