23/02/2026
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita perbaiki diri dan kuatkan hubungan dengan Allah. Inilah masanya untuk kita kembali kepada Al-Quran, walau hanya beberapa ayat sehari, asalkan istiqamah dan penuh penghayatan. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini juga, jangan lepaskan peluang untuk bersedekah dan berkongsi rezeki kerana setiap kebaikan digandakan ganjarannya. Ambil ruang berbuka puasa sebagai waktu mengeratkan silaturrahim, saling bermaafan dan menyatukan hati yang mungkin pernah terluka. Dan ketika malam semakin sunyi, bangunlah walau sebentar untuk bermunajat, memohon keampunan serta menitipkan doa yang lama tersimpan. Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar hadir dan pergi, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. 🌙✨