15/09/2021
INFO SIHAT WIN
[KENAPA]-“KENAPA YA?.”
Kenapa lepas makan NTDOT ni penyakit dan gejala lama datang balik dan s**ar sembuh?.Jgn berhenti makan NTDOT ya.. Baca dulu perkongsian dan pencerahan ni.
Maaf ya, info sihat kali ni panjang sikit, tapi tak salah rasanya untuk anda luangkan sedikit masa kan?Nak sihat perlukan Ilmu😍
Fahamkan dan baca balik info berkaitan dengan falsafah dan tindak balas jika kita amalkan NTDOT yang pernah saya kongsikan.Sebab jika berlaku apa-apa gejala atau sakit lama datang semula itu bukan kesan sampingan itu cuma reaksi sistem tubuh badan kita dengan terapi NTDOT ni sedang bertindak dengan sistem tubuh badan kita.
Ingat ya,itu hanya sementara je.
Kenapa ianya terjadi?ada kaitan dengan perkara ini👇
1.Air
2.Makanan dan minuman
3.Tidur
4.Senaman
5.Gaya hidup
6.Persekitaran
7.Emosi
AIR
Kita ambil contoh Air atau pengambilan air kosong,jika kita tiada masalah pengambilan air mengikut keperluan berat badan 1.5 liter hingga 3 liter sehari seperti masalah paru-paru atau buah pinggang,kita harus cukupkan pengambilannya.Jika kurang, ianya akan berlaku gejala-gejala seperti sakit lama datang semula malah mungkin menyebabkan bertambah rasa sakit atau bacaannya boleh meningkat dari biasa.Jangan berhenti makan NTDOT, kalau anda dah tahu info ni, mulakan dengan cukupkan pengambilan air kosong mengikut keperluan berat badan.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian.Lebih- lebih lagi jika amalkan NTDOT seharusnya kita kena cukupkkan pengambilan air kosong.
Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan.
Oleh itu, pengamal NTDOT perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat.Malah proses badan bertindak balas dengan NTDOT boleh berjalan lancar untuk memastikan badan kita boleh mencapai tahap sihat sebenar.
MAKANAN DAN MINUMAN
NTDOT tiada pantang larang, tapi walaupun tiada pantang larang, kita harus berjaga-jaga dan elakkan pengambilan makanan sewaktu mengamalkan NTDOT,Contohnya
✅Waktu makan yang sesuai dan tidak sesuai
✅Makanan yang mengandungi kalori
✅Makanan tinggi gula.Pengamal NTDOT harus berhenti atau elakkan makan makanan yang mengandungi gula pasir(gantikan dengan pemanis semulajadi)
✅Makanan yang mengandungi bahan perasa dan pengawet
✅Makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi
✅Daging yang di olah
✅Makanan bergoreng
✅Minuman berkabonat
TIDUR
✅Cara tidur
✅Cara bangun tidur
✅Waktu tidur termasuk mencukupkan jam tidur
✅Amalan sebelum tidur dan semasa bangun dari tidur
Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kump**an umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam.1 Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.
Secara am, ini bermaksud kita kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam. Apabila jangka masa kekurangan tidur ini bertambah, seseorang akan kekurangan tidur sebanyak 11.2 jam seminggu. Kekurangan tidur untuk jangka masa panjang adalah buruk untuk kesihatan anda. Lebih-lebih lagi pengamal NTDOT,jika ada masalah tentang tidur ni akan membuatkan kecelaruan proses sembuh sempurna.
Jumlah tidur yang disyorkan berdasarkan kump**an umur.
* Bayi baru lahir: 16–18 jam/hari
* Kanak-kanak tadika: 11–12 jam/hari
* Kanak-kanak sekolah: Sekurang-kurangnya 10 jam/hari
* Remaja: 9–10 jam/hari
* Dewasa: 7–8 jam/hari
SENAMAN
Perlukah pengamal NTDOT bersenam?Jawapannya, YA PERLU.Mengikut kemampuan...Bagaimana p**a dengan mereka yang sakit terlantar,golongan yang tak berdaya bergerak sendiri,jawapannya orang yang sihat kena bantu contohnya buatkan teknik sentuhan pergerakkan regangan ringan dan dedahkan dengan cahaya hingga mengeluarkan peluh.Jangan biarkan pesakit yang mengamalkan NTDOT terperap di tempat yang tiada cahaya matahari..Kami dah buktikan dengan bantuan orang yang sihat mengerakkan dan bantu buatkan regangan sentuhan pada orang yang sakit lumpuh yang mengamalkan NTDOT dan mendedahkan dengan cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 10-15 minit, pesakit memperolehi sihat kembali(dengan IzinNya)Perlaksanaan ini perlukan kesabaran dan istiqomah .Dan yang paling penting sekali teruskan berdoa pada yang memberi kesembuhan.
GAYA HIDUP
Pengamal NTDOT perlu mengamalkan gaya hidup sihat tau😍
Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan penyakit.Gaya hidup adalah faktor yang akan menentukan tahap kesihatan kecergasan kita.Walaupun baka dan alam sekitar memainkan peranan penting dalam hal kesihatan manusia,tetapi status kesihatan dan kecergasan kita di tentukan oleh gaya hidup.Bukanlah mustahil untuk seseorang menikmati kesihatan berpanjangan dan kehidupan yang ceria.Dengan mengamalkan gaya hidup sihat semuanya boleh di capai.Cara-cara untuk mengamalkan hidup sihat antaranya ialah seperti berikut:-
✅Makan makanan seimbang
✅Melakukan aktiviti fizikal
✅Menjauhkan diri dari di jangkiti penyakit dan perkara yang memudaratkan
✅Mendapat rehat yang cukup
✅Menjalin hubungan baik dengan jiran dan rakan
✅Berfikiran positif dan patuh pada agama
Ini adalah langkah-langkah ke arah gaya hidup sihat dan kesemua ini memainkan peranan yang penting kepada pengamal NTDOT bagi menentukan gaya hidup berkualiti .
Gaya hidup sihat perlu di amalkan oleh pengamal NTDOT.Seandainya amalan-amalan gaya hidup sihat tidak di patuhi,pengamal NTDOT s**ar mendapatkan sihat yang di inginkan.
PERSEKITARAN
Pengamal NTDOT harus memastikan diri mereka tidak terdedah kepada keadaan persekitaran yang tercemar, seperti kawasan berhabuk,kawasan sungai yang tercemar,kawasan kilang yang melepaskan asap-asap yang mengandungi bahan kimia, kawasan yang banyak asap kenderaan,kawasan kebun yang di sembur racun pemusnah.
EMOSI
Wahai pengamal NTDOT yang di sayangi,bab emosi ni kena berhati-hati, kerana ini adalah salah satu punca utama perkara yang kita bincangkan..
Berdasarkan kajian,emosi merupakan energy in motion. Dari kata tersebut jelas bahwa energi itu bergerak dan harus berputar. Emosi ini terbagi dua, negatif dan positif. Emosi negatif salah satunya adalah rasa marah, sementara emosi positif salah satunya adalah rasa senang. Kesan yang ditimbulkan oleh emosi negatif yang mengendap di dalam diri seseorang sangat luar biasa.
"Sebenarnya, penyakit yang paling berat, yang paling bahaya itu bukan Kanser, bukan jantung, bukan HIV, itu masih boleh sembuh karena ada remedi . Emosi negatif yang mengendap adalah penyebab berbagai penyakit tersebut, bahkan upaya bunuh diri. pentingnya seseorang mengetahui penyebab terjadinya penyakit fisik mahupun mental tersebut, serta awal emosi negatif tersebut terjadi.
"Mencari akar masalahnya, meneutralkan energi negatif, dan mendapatkan solusinya secara tepat dan tentu saja melalui jalan yang benar.
beberapa penyakit serta kaitannya dengan emosi.
- Radang sendi: akibat dari perasaan tidak dicintai, ditolak, dan perasaan dikorbankan.
- Demam: akibat perasaan marah yang tidak mampu dikendalikan dan diekspresikan.
- Ginjal: akibat kekecewaan, perasaan gagal, dan rasa malu yang ditekan.
- Penyakit paru-paru: akibat putus asa, kelelahan emosional, dan luka batin.
- Sakit punggung: akibat ketakutan terhadap duit dan merasa terbebani.
- Sakit pinggang: akibat rasa tidak dicintai dan kurang kasih sayang.
- Penyakit jantung: akibat rasa kesepian, merasa tidak berharga, takut gagal dan marah.
- Kanser : akibat kebencian atau kekecewaan terpendam, serta makan hati menahun.
- Diabetes: akibat keras kepala, tidak mau disalahkan, dan keinginan untuk mengontrol.
- Glaukoma: akibat tekanan luka masa lalu, tidak mampu memaafkan.
- Jerawat: akibat tidak menerima diri sendiri, tidak s**a pada diri sendiri.
- Sengal-sengal: ingin dicintai dan disayangi, kebosanan.
- obesiti: ingin dilindungi, kemarahan terpendam, serta tidak mau memaafkan.
- Mata minus: takut terhadap masa depan.
- Mata plus: tak mampu memaafkan masa lalu.
"Beberapa penyakit fisik tersebut memang tidak selalu diakibatkan masalah emosi, namun hampir 90% akibat emosi,".
Ok lah saya terus simpulkan perkongsian ni.Pada pendapat dan pengalaman saya di dalam perubatan alternatif ni,untuk seseorang memperolehi kesihatan,Ilmu tentang kesihatan ini sangat penting dan perlu di baca serta di fahamkan.Satu dari 10 pesakit yang saya bantu, jika mereka faham tentang ilmu kesihatan ni,sebenarnya 50 peratus sakit mereka dah baik..Selebihnya terletak pada tindakan,yakin, doa dan YANG memberikan kesembuhan itu sendiri..
Sebenarnya Ilmu serta tajuk yang di bincangkan ni belum habis,sebab saya baru kongsikan SEBAB dari SATU JUZUK je.Kerana punca atau sebab dari Rohaniah ni sebenarnya menyumbangkan 90 peratus punca penyakit, sebab sakit s**ar baik dan gejala penyakit lama kembali menyerang.Tunggu ya.
Saya mohon maaf jika ada tersalah taip dan susunan ayat.. Yang penting anda faham😬😍..
Bacalah ya
Mahadi Abdullah
Product Consultan WIN
WIN NUMBER ONE
GO NTDOT