Ifellah Therapy

Ifellah Therapy KAMI MENAWARKAN KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL RUMAH KE RUMAH UNTUK WANITA SAHAJA. Terapi Kesihatan, Kesegaran dan Kesejahteraan untuk Wanita dan bayi sahaja.

Ini adalah najis
25/11/2025

Ini adalah najis

Di media sosial sekarang, ada orang sapu darah haid sendiri di muka dan panggil ia rawatan kecantikan. Ada yang kata darah haid penuh stem cell dan protein yang boleh baiki kulit. Kedengaran macam sains moden, padahal kebanyakannya hanya dialog kreator konten yang cuba cari tontonan dan like. Trend ini sudah viral di TikTok dan Instagram dengan nama menstrual masking. 

Apa sebenarnya dalam darah haid. Ia bukan air ajaib. Ia campuran darah, tisu dinding rahim, lendir f***j dan pelbagai bakteria serta kulat. Bila cecair ini lalu melalui f***j, ia boleh bawa kuman seperti Staphylococcus aureus dan mikroorganisma lain. Kalau disapu pada kulit yang ada jerawat, luka kecil atau kulit yang baru discub, risiko jangkitan dan radang kulit meningkat, termasuk potensi jangkitan yang lebih serius pada individu tertentu. 

Ya, ada kajian tentang stem cell dari darah haid tetapi ia dilakukan dalam makmal yang steril, darah diproses, ditapis dan digunakan dalam konteks perubatan, bukan disenduk dari menstrual cup dan disapu terus di p**i. Ini sangat berbeza dengan prosedur perubatan seperti vampire facial yang guna plasma darah yang telah diproses secara bersih oleh profesional kesihatan. Pakar kulit sudah jelaskan tiada bukti klinikal yang menunjukkan sapu darah haid mentah di muka boleh cerahkan kulit, hilangkan jerawat atau lambatkan penuaan, sedangkan risiko jangkitan jauh lebih tinggi berbanding manfaat. 

Kulit bukan tempat untuk eksperimen kandungan badan sendiri semata mata kerana mahu tular. Kalau benar sayang kulit dan hormat tubuh sendiri, pilih produk yang berdaftar, ikut nasihat doktor dan elakkan trend ekstrem yang lahir daripada content, bukan daripada bukti sains. Sebelum ikut cabaran pelik di media sosial, tanya satu soalan mudah. Adakah ini betul betul selamat atau hanya cara baru orang lain buat duit dengan gadaikan kesihatan orang ramai.

25/11/2025
Kadang-kadang, bukan kita yang lemah…Tapi kita dikelilingi oleh tenaga negatif yang perlahan-lahan mencuri ketenangan ki...
23/10/2025

Kadang-kadang, bukan kita yang lemah…
Tapi kita dikelilingi oleh tenaga negatif yang perlahan-lahan mencuri ketenangan kita.
💫 Jauhkan diri dari orang yang s**a menjatuhkan, supaya hati kita terus kuat dan bahagia.

10/10/2025

Di saat dunia penuh hiruk-pikuk, jadilah insan yang menebar ehsan, walau sekadar dengan doa dan senyuman.☺️

10/01/2025
09/01/2025

"Kesihatan itu hadiah, dan ujian ini hanya akan membuat anda lebih menghargainya.
Hari cerah pasti tiba."

09/01/2025

"Badan mungkin lemah, tapi semangatmu adalah senjata paling kuat. Teruskan berjuang, kerana keajaiban sedang dalam perjalanan."

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik agar dapat menunaikan kewajipan ke...
14/12/2024

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik agar dapat menunaikan kewajipan kepadaNya ☺️

𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘣𝘶 𝘏𝘶𝘳𝘢𝘪𝘳𝘢𝘩 𝘙𝘈, 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘚𝘈𝘞 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢:
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
𝘔𝘢𝘬𝘴𝘶𝘥𝘯𝘺𝘢: “𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘳𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘪𝘵 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘸𝘢𝘳.” (𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘭-𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪 (5678)

Kredit: Nani Ismail

Semoga bermanfaat untuk semua.Kredit:Zim Body Repair.Terima kasih
03/11/2023

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit:Zim Body Repair.

Terima kasih

14/08/2023

Berapa jam mommy hadap contraction untuk lahirkan anak pertama ? 🥹

Address

(HomeSpa) 2, Jalan Kasturi 4C Bukit Beruntung
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ifellah Therapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ifellah Therapy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category