Selayang Hospital

Selayang Hospital Disclaimer : This is an official pages for Selayang Hospital. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services.

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. Located in Batu Caves, Malaysia.

📢IKLAN JAWATAN KOSONGUnit Komunikasi Korporat, Hospital SelayangUnit Komunikasi Korporat, Hospital Selayang mempelawa wa...
17/03/2026

📢IKLAN JAWATAN KOSONG
Unit Komunikasi Korporat, Hospital Selayang

Unit Komunikasi Korporat, Hospital Selayang mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bagi menyertai pasukan kami.

Kelayakan:
âś” Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
âś” Memiliki kelayakan minimum SPM atau setaraf
âś” Berperwatakan menarik serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
âś” Kemahiran asas Microsoft Office (Word / Excel) adalah satu kelebihan

Skop Tugas:
🔹 Mengurus rekod, fail dan dokumen pejabat
🔹 Mengendalikan surat masuk dan keluar
🔹 Menyediakan draf surat serta e-mel rasmi
🔹 Mengendalikan pertanyaan pelanggan atau kakitangan

đź“§ Cara Memohon:
Sila emelkan dokumen berikut ke : allpro@selayanghospital.gov.my

• Resume
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Sijil SPM

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

đź“… Tarikh tutup permohonan: 10 April 2026

16/03/2026

Bukan kerana raya tidak bermakna,
tetapi kerana tanggungjawab ini juga satu amanah.

Rindu ditangguhkan,
keikhlasan diteruskan.

14/03/2026
13/03/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang atas kejayaan memperoleh Pensijilan Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi tempoh empat (4) tahun.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada masyarakat.

Tahniah warga Hospital Selayang! 👏



Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang atas kejayaan memperoleh Pensijilan A...
13/03/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang atas kejayaan memperoleh Pensijilan Akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi tempoh empat (4) tahun.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan hospital dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berteraskan pesakit selaras dengan standard yang ditetapkan.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada Hospital Selayang untuk mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuh budaya kualiti dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang!





09/03/2026
Delegasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang bagi meninjau p...
09/03/2026

Delegasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan penjagaan alternatif (Alternative Service Delivery – ASD) untuk warga emas di Unit Palliative Care hospital ini.

Delegasi tersebut telah diketuai oleh Cathreen Lalai anak Eddie, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), dan telah disambut oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Ali.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan dan pelaksanaan perkhidmatan penjagaan paliatif, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam usaha meningkatkan kualiti penjagaan dan kesejahteraan warga emas yang memerlukan sokongan penjagaan berterusan.

Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik serta memperkasakan pelaksanaan perkhidmatan penjagaan alternatif secara lebih komprehensif dan berkesan pada masa hadapan.

06/03/2026

Nantikan siaran khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 bersama tetamu undangan istimewa.

Isnin . 9 Mac 2026 . 10.30 pagi

Bersama dalam Nasional Aspirasi.

“Memartabat Wanita Memperkukuh Negara”

Salam Nuzul Al- Quran 1447H. Semoga sambutan ini meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Ikhlas darip...
06/03/2026

Salam Nuzul Al- Quran 1447H. Semoga sambutan ini meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Selayang

Hospital Selayang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agromate Group atas sumbangan beg cenderahati melalui Pa...
05/03/2026

Hospital Selayang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agromate Group atas sumbangan beg cenderahati melalui Pasukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Sumbangan ini telah diagihkan kepada para pesakit di wad sebagai tanda ingatan dan sokongan, sekali gus menyemarakkan suasana perayaan serta membawa keceriaan dan semangat positif kepada mereka yang sedang menjalani rawatan.

Semoga kerjasama dan keprihatinan seperti ini terus mekar demi kesejahteraan bersama.

Address

Hospital Selayang, Lebuh Raya Selayang-Kepong, Batu Caves
Rawang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selayang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Selayang Hospital is a fully government hospital with 960 inpatient beds and 20 clinical disciplines located in Selayang in the Gombak District, Selangor, Malaysia. This hospital provides secondary and selected national tertiary care services. Located in Batu Caves, Malaysia.