Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis

Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis Kami mengalu-alukan kedatangan anda yang mahu memperpanjangkan ikhtiar terhadap gangguan makhluk halus dan mistik Hubungi kami ditalian 011-2303 2804.
(1)

1] RAWATAN

Kami menggunakan 100% pendekatan rohaniyah sebagai kaedah dalam rawatan di PRAWIS, ini bermakna kami tidak mengamalkan cara yang boleh mendatangkan mudarat kepada fizikal pesakit ketika menguruskan makhluk halus yang berada didalam badan pesakit. Apa-apa sahaja yang melibatkan perbuatan syirik dan kepercayaan khurafat tidak akan ditemui di PRAWIS sebaliknya kami mengutamakan nilai-nilai tawhid dan Ihsan. Masa rawatan ialah setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat pada pukul 2 petang - 10 malam. Sila lawati www.prawis.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

2] KURSUS PENGAJIAN ILMU GERAK

Disamping merawat, kami juga menganjurkan Kursus Pengajian Ilmu Gerak yang dibuka untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat yang beragama Islam. Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat yang โ€˜celik diriโ€™ dan untuk itu pengisian kursus bertujuan:-

1.Menyedarkan masyarakat kepada potensi kekuatan rohaninya yang sebenar dan mengajar cara-cara untuk mengendalikannya.
2.Memperkenalkan kaedah rawatan yang berasaskan doa dan keupayaan rohani.
3.Memperkenalkan kaedah rawatan yang amat mudah tanpa menggunakan khidmat jin, sebarang peralatan, jampi serapah dan ruqyah.
4.Melahirkan individu yang mampu merawat diri dan masyarakat disamping berupaya memusnahkan syihir dan menundukkan jin hanya dengan tangan kosong. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan kursus yang dijalankan akan dikendalikan sendiri oleh Pengasas PRAWIS (Tuan Ahmad Sharizal)

Untuk lebih mengenali kami sila kunjungi kami ke Channel Youtube kami di https://www.youtube.com/c/prawis atau ke website kami di www.tasprawis.com

09/12/2025

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐’๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž
๐๐‘๐€๐–๐ˆ๐’, ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ง๐  | ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽโ€“๐Ÿ“.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

Walaupun hujan lebat dan banjir melanda beberapa negeri, perjumpaan bulanan KSSI PRO tetap berlangsung. Tuan Ahmad Sharizal (TAS) menyentuh bahawa ada alumni yang tidak dapat hadir kerana keadaan, namun ada juga yang berjaya hadir. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua.

Berbeza daripada kebiasaan, sesi kali ini tidak dipenuhi ceramah teknikal atau kupasan modul semata-mata. Para peserta dibawa menyelusuri kisah mistik, pengalaman lapangan, dan perjalanan kerohanian TAS yang jarang sekali dikongsi.

Seperti biasa, perjumpaan bermula dengan gurauan spontan TAS yang mencairkan suasana. Beliau menunjukkan sikap terbuka dan mesra, memberi ruang penuh kepada peserta untuk bertanya apa saja, sama ada berkaitan hukum, amalan, ilmu gerak (IG), atau isu semasa dalam perubatan kerohanian Melayu. Tiada soalan yang salah atau terlalu berat bagi beliau, dan gurauan spontan membuat peserta selesa untuk berkongsi kemusykilan.

TAS menjelaskan semula konsep IG dalam disiplin KSSI. IG sangat berkesan terutamanya untuk rawatan kerohanian kerana ia bersandar pada upaya roh dan nafs, bukan fizikal, membolehkan seseorang menjadi berkesan atau pakar dalam rawatan. Jika IG digunakan untuk tujuan lain di luar rawatan, ia memerlukan sedikit kefahaman atau pengalaman tambahan. Dalam keadaan itu, IG berperanan meningkatkan dan memperkukuh kemahiran sedia ada, bukannya menggantikan asas kemahiran tersebut.

Beliau menegaskan bahawa IG dalam KSSI bukan magis atau jalan pintas untuk menjadi hebat. Ilmu ini hanya menggayakan kemahiran. Jika ada gerak yang tiba-tiba nampak hebat, ia mungkin datang dari daya makhluk lain seperti jin. Penjelasan ini bertujuan meluruskan salah faham yang sering timbul tentang IG.

Kemuncak perjumpaan ialah apabila TAS berkongsi pengalaman lapangan sejak zaman muda, termasuk detik-detik penting yang menyedarkan beliau bahawa setiap insan mempunyai laluan kerohanian masing-masing. Perjalanan kerohanian bukan tentang mengejar kehebatan, tetapi memahami amanah dan laluan yang Allah tentukan.

Beliau berkongsi pengalaman yang jarang dikongsikan, termasuk ketika masih di peringkat awal dalam dunia rawatan kerohanian. Pada waktu itu, beliau belum menguasai ilmu kasyaf yang kini diajar dalam modul KSSI PRO kerana belum sempat mengkaji makhluk atau keadaan pesakit dengan terperinci. Pengalaman ini menunjukkan bahawa ilmu yang benar tetap mampu melindungi walaupun seseorang masih berada di peringkat awal.

Walaupun suasana penuh humor, TAS menekankan beberapa peringatan penting. Ruh adalah makhluk, bukan entiti antara Tuhan dan makhluk. Dakwaan pelik tentang ruh yang tular di media sosial bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Menuntut ilmu mesti mengikut disiplin kerana salah faham akidah boleh membawa kepada penyimpangan besar.

TAS menegaskan bahawa dalam IG, setiap orang ada rezeki tersendiri. Ada yang mahir dalam rawatan keras**an, ada yang tidak cekap merawat orang, tetapi sangat berkesan untuk rawatan fizikal seperti demam, bisul, dan penyakit ringan. Keberkesanan ilmu ini berbeza-beza mengikut rezeki dan kemampuan yang Allah berikan kepada setiap individu.

Beliau menyeru para peserta supaya jangan putus asa. Cuba saja, dan jika amalan tidak menjadi, mungkin itu bukan rezeki kita. Boleh minta bantuan rakan yang mempunyai rezeki untuk turut membantu. Pesanannya mengajar bahawa ilmu kerohanian bergantung pada izin Allah, bukan semata-mata pada teknik.

Sebelum sesi tamat, TAS menegaskan bahawa walaupun hanya seorang murid hadir, beliau tetap akan mengajar kerana ini adalah amal jariah dalam hidupnya. Perjumpaan bulanan akan diteruskan selagi ada yang mahu belajar. Beliau juga menekankan supaya mengambil yang baik sebagai pengajaran, dan menilai yang โ€œtidak logikโ€ dengan akal sendiri, kerana sebahagian pengalaman adalah perjalanan peribadi kerohanian beliau.

Sesi berakhir dengan doa dan salam kepada semua yang hadir.



03/10/2025

Momen perjumpaan KSSI PRO baru-baru ini.



โ€œ๐™„๐™‚ ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™จ๐™š๐™—๐™š๐™ฃ๐™–๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™ข๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ . ๐™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™˜๐™š๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ง๐™–-๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™  ๐™ž๐™ฉ๐™ช..โ€ - ๐™๐˜ผ๐™Ž๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š...
02/10/2025

โ€œ๐™„๐™‚ ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™จ๐™š๐™—๐™š๐™ฃ๐™–๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™–๐™™๐™– ๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™– ๐™ข๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ . ๐™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™˜๐™š๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ง๐™–-๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ง๐™– ๐™ข๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™  ๐™ž๐™ฉ๐™ช..โ€ - ๐™๐˜ผ๐™Ž

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐Š๐’๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž โ€“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Pada hari Sabtu, 27 September 2025 yang lalu, sekali lagi majlis perjumpaan bulanan KSSI PRO telah berlangsung di PRAWIS Rawang. Seramai 17 orang hadir, termasuk seorang wajah baharu yang buat pertama kali melangkah masuk, memperkenalkan diri dengan niat yang jernih sertai kursus demi merawat ahli keluarganya. Kehadiran yang sederhana ini tidak pernah melunturkan suasana, malah sebaliknya semakin menghidupkan kemesraan, kehangatan dan limpahan ilmu.

Seperti biasa, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan ringkas oleh Tuan Ahmad Sharizal (TAS), sebelum beliau membuka ruang soal jawab kepada alumni baharu itu. Untuk TAS melayaninya sahaja sudah mengambil masa hampir satu jam, namun manfaat yang diperoleh sangat besar, bukan sahaja buat dirinya bahkan turut mengalir kepada seluruh alumni yang lain.

Sejak awal, hala perbincangan sudah mengikat perhatian. TAS membuka ruang seluasnya dengan soalan tentang Ilmu Gerak (IG), tentang rawatan, perbezaan antara keduanya dan bagaimana ia sepatutnya difahami. TAS menjelaskan bahawa IG mempunyai kegunaan yang sangat luas, daripada rawatan, persilatan, malah juga urusan harian. Namun, dalam KSSI, IG diajar khusus untuk tujuan rawatan sahaja.

TAS menekankan bahawa dalam rawatan, perkara paling utama ialah menyelidik sama ada gangguan seseorang berpunca daripada gangguan jin, sihir, zat jahat atau faktor lain seperti sakit fizikal biasa. Rawatan mestilah berpandukan SOP yang jelas, bukan berdasarkan sangkaan atau โ€˜main petik jeโ€™. Malah, TAS turut membimbing alumni membuat diagnos tepat terhadap kes pesakit mereka.

Persoalan-persoalan yang timbul menjadikan suasana semakin hangat: Bagaimana membezakan tangisan anak kecil kerana lapar dengan tangisan akibat gangguan jin? Apakah tanda kawasan yang sudah dipagari itu โ€œbocorโ€? Bagaimana menentukan penyakit dan mencari penyelesaian tanpa bergantung kepada kata bomoh atau perawat lain? Apakah p**a kaedah mendominankan rohani berbanding jasmani, dan apa kelebihannya?

Melalui isu lain yang dibawa oleh alumni, dengan penuh tegas, TAS mengingatkan: โ€œJangan rawat orang yang tidak mahu dirawat. Jangan tiba-tiba menyerbu pesakit tanpa kerelaan mereka. Rawatlah hanya mereka yang benar-benar meminta dan memberi kerjasama.โ€ Pesan ini berulang kali ditekankan agar setiap alumni menjaga adab dan disiplin dalam rawatan.

Dalam sesi perkongsian, TAS membuka pengalaman beliau merawat pesakit yang menghadapi masalah semangat yang hilang atau tercicir. Beliau turut menyentuh tentang hakikat gerak, iaitu gerak yang bertindak mengikut situasi hati. Jika hati tidak sebulu dengan jin, gerak akan datang melindungi diri daripada gangguan. Perkongsian ini mengundang renungan mendalam bahawa IG bukan sekadar teknik, tetapi cerminan sebenar keadaan hati.

Namun, saat yang paling mendebarkan ialah ketika TAS menyebut:

โ€œIG ini sebenarnya ada sejuta mistik. Tapi saya belum bersedia cerita perkara-perkara mistik itu. Selagi tuan-tuan belum cukup Tauhid, Tasawuf dan Fiqh, selagi itu saya tahan. Sebab saya lebih takut pengamal tenggelam dalam syirik khafiul khafi, yang lebih bahaya daripada syirik jali atau khafi. Saya lebih khawatir ia akan menebalkan hijab para pengamal yang tidak cukup bersedia.โ€

Kata-kata itu membuatkan ramai alumni terdiam. Ada yang mengangguk perlahan, ada yang memandang jauh ke lantai.

Majlis diteruskan hingga jam 6.30 petang. Sebelum berakhir, TAS menutup dengan pesan ringkas supaya semua alumni terus hadir pada perjumpaan akan datang.

Begitulah perjumpaan bulan September. Ada tawa, ada ilmu, ada detik yang membuat hati bergetar. Singkat, tetapi padat dengan rahsia. Yang hadir p**ang dengan sesuatu yang tidak mampu ditulis di sini, hanya dapat dirasa oleh jiwa yang menyaksikannya.

06/09/2025

Pada 30 Ogos 2025 yang lalu, satu lagi perjumpaan bulanan KSSI PRO telah berlangsung. Bertempat di PRAWIS Rawang, pertemuan ini menghimpunkan seramai 18 orang yang istiqamah hadir, tanpa kelihatan wajah baharu kali ini. Walaupun sederhana dari segi bilangan, suasananya tetap hidup, mesra dan erat seperti sebuah keluarga yang berkumpul.

Seperti biasa, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Ahmad Sharizal (TAS). Tidak lama selepas itu, TAS membuka ruang dengan sesi soal jawab, memberi peluang kepada para alumni melontarkan persoalan mereka. Menariknya, soalan-soalan yang diajukan bukanlah soalan biasa, tetapi menyentuh sisi yang jarang dibincangkan secara terbuka.

Antaranya, tentang bahagian tubuh yang sesuai untuk mengeluarkan jin. TAS menjawab persoalan itu, kemudian mengembangkannya kepada bagaimana jin boleh masuk dan melalui jalan mana ia masuk. Ada juga yang bertanya tentang tahap kesedaran pesakit, sehinggalah kepada isu-isu mencabar seperti rumah bukan Islam yang ingin โ€œdibersihkanโ€, di mana terdapat tokong kecil di dalamnya.

Aliran soalan itu menjadikan suasana semakin rancak. Ada yang ingin tahu tentang beza antara ibu gayung dan ibu gerak, ada p**a yang bertanya mengapa walaupun sudah mendinding tetap ada โ€œkebocoranโ€. Tidak kurang juga yang mengajukan persoalan pelik tetapi mendalam: kalau jin sudah masuk ke badan seseorang, kemudian orang itu p**a masuk ke kawasan yang telah dipagar, adakah jin itu boleh โ€œmenumpang masukโ€ sekali?

Namun, bukan soalan itu yang menjadikan perjumpaan seperti ini istimewa. Apa yang menarik ialah cara TAS menjawabnya. Beliau tidak sekadar memberi jawapan, tetapi membawa hadirin menyelami kaitan antara ilmu, amalan dan niat. Sekilas lalu, kedengaran seolah-olah rahsia besar sedang dibuka, tetapi hakikatnya setiap patah kata TAS mengundang tanda tanya yang lebih mendalam.

Apa yang boleh dikongsikan di artikel ini hanyalah โ€œpermukaanโ€. Lebih daripada itu, hanya mereka yang hadir sahaja yang benar-benar dapat merasainya. Ada kisah tentang pengalaman lama, tentang istilah-istilah yang mungkin asing pada telinga orang luar, dan ada juga cerita tentang โ€œpermainan di gelanggangโ€ yang hanya pengamal bertahap pewaris dan ke atas sahaja mampu memahami maksudnya.

TAS turut menekankan bahawa Ilmu Gerak (IG) tidak boleh berdiri sendiri. Ia perlu dipasangkan dengan ilmu Tauhid, Tasawuf, dan Fiqh. Tiga perkara ini saling melengkapi, Tauhid menjadi asas pegangan, Tasawuf membentuk kesedaran hati, manakala Fiqh menjaga aturan syariat. Tanpa ketiga-tiganya, pengamalan IG akan pincang. Justeru, pengamal IG diseru supaya membetulkan niat, mendalami asas-asas ini bukan semata-mata untuk menguatkan IG, tetapi demi mencontohi Rasulullah SAW.

Sebelum menutup tirai majlis, TAS masih sempat โ€œmenawarkanโ€ ruang untuk soalan tambahan. Namun dengan senyum dan seloroh, para alumni hanya ketawa kecil, ada yang bersuara, โ€œtakut tak cukup masa...โ€ Sejak awal lagi mereka telah diingatkan oleh pihak admin supaya menepati waktu, maka semua pun berjaga-jaga agar majlis berakhir dengan tertib.

Begitulah perjumpaan bulanan KSSI PRO kali ini. Singkat tetapi padat, tertutup namun penuh makna. Yang hadir p**ang dengan sesuatu yang s**ar dikongsi, manakala yang tidak sempat hadir diharap tidak melepaskan peluang pada pertemuan yang akan datang.

08/08/2025

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐Š๐’๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž
๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

"๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฌ๐œ๐š๐ฆ, ๐๐š๐ง ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฌ๐œ๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ซ" - ๐“๐€๐’

Perjumpaan KSSI PRO telah berlangsung pada hari Sabtu, 26 Julai 2025 bertempat di PRAWIS, Rawang. Sesi bermula pada jam 2.30 petang dan tamat sekitar jam 5.30 petang.

Seramai 9 orang alumni hadir dalam pertemuan kali ini. Seperti biasa, Tuan Ahmad Sharizal (TAS) menyambut kehadiran semua dengan baik dan menyatakan bahawa perjumpaan akan tetap dijalankan walaupun jumlah yang hadir kecil. Ruang ini, katanya, terbuka untuk siapa yang benar-benar mahu hadir dan belajar secara langsung.

Kali ini ada seorang alumni yang pertama kali hadir dari Jeli, Kelantan. Beliau belum mula merawat, tapi hadir untuk mendengar dan melihat sendiri cara bimbingan daripada TAS. Katanya, ada ahli keluarga yang sedang sakit yang sebelum ini pernah rujuk kepada perawat lain. TAS menerangkan bahawa pendekatan kita berbeza kerana kita lihat simptom dan buat diagnosis, bukan hanya andaian.

TAS membuka ruang soal jawab, dan banyak topik penting dikupas. Antaranya ialah penjelasan tentang angin ahmar dan perbezaannya dengan lumpuh biasa atau stroke.

Ada juga kupasan menarik tentang susuk iaitu bagaimana ia boleh memberi kesan pada tubuh dan rupa seseorang. TAS turut menerangkan pentingnya membina rohani, kerana bila rohani meningkat, rawatan jadi lebih cepat dan tepat.

Perbincangan turut menyentuh soal nafs. Adakah makhluk lain seperti haiwan, pokok, batu dan pasir juga memiliki nafs? IG dijelaskan sebagai โ€˜perantaraโ€™ perawat dengan makhluk halus, dan dibincangkan juga isu gangguan dari jin negara lain, iaitu bagaimana nak โ€˜bercakapโ€™ jika mereka tak faham bahasa Melayu. Malah, menurut TAS, komunikasi melalui IG juga boleh berlaku dengan haiwan, dengan syarat ada caranya.

Isu โ€˜pengerasโ€™ turut disentuh. TAS jelaskan makna sebenar pengeras menurut kefahaman orang dulu, bukan seperti yang sering disalah anggap. Beliau juga memberi peringatan supaya jangan sesekali jadi perawat yang menipu atau mengambil kesempatan atas nama IG. Katanya, โ€œIlmu ini bukan ilmu scam, dan kita jangan jadi scammer.โ€

Salah satu pencerahan yang diberi ialah tentang pesakit yang tidak sembuh walaupun telah dirawat. TAS menerangkan bahawa ada keadaan di mana Allah sengaja mengekalkan sakit itu sebagai ujian dan jalan untuk kembali kepada-Nya. Kesembuhan bukan semata-mata hilangnya sakit, tapi kembalinya hati kepada Allah.

Perjumpaan tamat jam 5.30 petang dan diakhiri dengan jemputan daripada TAS kepada semua alumni untuk hadir ke PRAWIS pada waktu lain. Beliau menekankan bahawa sesi-sesi seperti ini sangat penting untuk memperkukuh kefahaman. Akhir sekali, semua yang hadir bergambar bersama sebagai kenangan.

Banyak lagi topik menarik, pengalaman TAS, dan pengalaman alumni telah disembangkan bersama-sama. Namun seperti biasa, benda menarik tak dapat dikongsikan di sini. Nak dengar sendiri? Datanglah ke perjumpaan seterusnya.




www.tasprawis.com

Malam itu di rumah, lampu temaram menjeling lembut pada kitab-kitab lama yang tersusun rapi di rak kayu. Aku, anak murid...
20/07/2025

Malam itu di rumah, lampu temaram menjeling lembut pada kitab-kitab lama yang tersusun rapi di rak kayu. Aku, anak murid dan pembantu TAS, baru sahaja menerima satu kes yang cukup menarik.

Awal Cerita
Seorang budak lelaki berusia tiga tahun tiba-tiba tidak boleh berjalan selepas terjatuh di rumput padang permainan. Ibu bapanya terkejut, terus membawanya ke hospital. Dua hari warded, ujian darah semua negatif. Hampir tiga minggu, dia hanya mengensotโ€”kaki seakan beku, harapan mereka makin tipis.

Pemeriksaan Pertama
Aku terfikir, โ€œMesti gangguan jin.โ€ Tapi bila tiba masa rawatan, tiada kelibat jin. Semua saraf dan otot budak itu normal. Aku bekalkan air mandian dan minumanโ€”harap-harap menenangkan.

3 hari kemudian aku menemui TAS dan melaporkan rutin.

TAS: โ€œKenapa budak tu tak boleh jalan?โ€
Aku: โ€œMungkin ada masalah saraf seperti doktor cakap, Tuan.โ€
TAS: โ€œAda โ€˜barangโ€™ dalam badan budak tu. Itulah sebabnya dia tak boleh berjalan.โ€
Aku: โ€œSaya dah periksa sebaik mungkin, tapi tiada tanda jin.โ€
TAS: โ€œMalam nanti, bila dia tidur, kau buat rawatan semula. Keluarkan โ€˜barangโ€™ tu dan hantarkan pada penjaga. Aku boleh je bagitahu apa โ€˜barangโ€™ tu, tapi kalau kau ikhtiar keluarkan sendiri dan Allah kasi nampak, lagi baik.โ€
Aku: โ€œBaik, Tuan. Saya cuba malam ni dan akan update nanti.โ€

Malam Rawatan
Sunyi. Cahaya dari luar tingkap memasuki bilik. Gerak dibuka syuhud dipakai. Lantas secara jarak jauh aku memulakan. Tangan menyelusup lembut tubuh kecilnya, terasa sesuatu yang asing. Kubawa keluar โ€œbarangnyaโ€.

Keputusan Mengejutkan.
Beberapa hari kemudian aku lapor pada TAS:

TAS: โ€œAlhamdulillah, sync kan dengan apa aku kata. Kau nampak apa โ€˜barangโ€™ tu?โ€
Aku: โ€œTak nampak, Tuan. Gerak hati macam keluarkan sesuatu, tapi saya tak tahu apa dia.โ€
TAS: โ€œNak tahu apa โ€˜barangโ€™ tu?โ€
Aku: โ€œSudah tentu!โ€
TAS: โ€œJenazah.โ€
Aku: โ€œJenazah jin ke?โ€

TAS tidak membalas, beliau hanya melemparkan pandangannya keluar melalui tingkap pintu kereta. Ada perkara yang beliau fikirkan namun aku tidak dapat menangkapnya. TAS kembali dengan sikapnya yang tak banyak bercerita tentang hal-hal yang ghaib walaupun aku tahu beliau tahu.

Pengajaran
Dunia ghaib bukan sekadar cerita. Kadang-kadang rezeki ilmu datang dalam bentuk paling mengejutkan. Sebagai perawat kerohanian Melayu, ilmu perlu diasah bertahun-tahun, dibimbing guru, dan disulami tawakal kepada Yang Maha Kuasa. Jangan cepat menilai simptom; belajarlah buka mata hati.

Sejak itu, aku berazam untuk โ€œcucuk anginโ€ ilmu lebih rapatโ€”menggali kitab, menuntut doa, dan sentiasa bersama guru. Kerana dalam setiap rahsia ghaib, terselit hikmah untuk insan yang sabar menanti.

~ TuanJumadin ~

Terserempak dengan alumni KSSI di PM Western.Pertama kali jumpa TAS secara langsung katanya.Sempat berbual ringkas tenta...
30/06/2025

Terserempak dengan alumni KSSI di PM Western.

Pertama kali jumpa TAS secara langsung katanya.

Sempat berbual ringkas tentang ilmu.

Moga pertemuan kecil ini jadi asbab manfaat yang besar.

Rawatan Isnin lalu atas temujanji yang telah dibuat minggu sebelumnya. Pesakit lelaki pernah dapatkan rawatan di Prawis ...
09/06/2025

Rawatan Isnin lalu atas temujanji yang telah dibuat minggu sebelumnya. Pesakit lelaki pernah dapatkan rawatan di Prawis dalam 6 tahun lepas. Tidak lama selepas itu, ditukarkan tempat kerja ke salah satu daerah di Pahang.

Tahun ini berpindah semula ke Kuala Lumpur. Pesakit beritahu masalah 6 tahun lalu berlaku semula selepas beberapa bulan rawatan kali pertama. Pesakit memilih untuk bertahan sahaja. Tidak dapat buat susulan atas sebab jarak dan masa.

Hasil dari maklumat bertulis dan kata kata pesakit dan isteri kepada saya, jelas tunjukkan adanya gangguan jin.

Insyaallah akan ada rawatan susulan dan kemungkinan besar perlunya juga pemulihan rumah.

~ Tuan Jumadin ~

Aidiladha bukan tentang siapa paling banyak korban..Tapi siapa paling ikhlas menyerah.๐™Ž๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐™„๐˜ฟ๐™„๐™‡๐˜ผ๐˜ฟ๐™ƒ๐˜ผ 1446๐™ƒ
06/06/2025

Aidiladha bukan tentang siapa paling banyak korban..
Tapi siapa paling ikhlas menyerah.

๐™Ž๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐™„๐˜ฟ๐™„๐™‡๐˜ผ๐˜ฟ๐™ƒ๐˜ผ 1446๐™ƒ

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐’๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Alhamdulillah, selepas penangguhan pada bulan April, perjumpaan bulanan KSSI PRO kem...
04/06/2025

๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐Š๐’๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alhamdulillah, selepas penangguhan pada bulan April, perjumpaan bulanan KSSI PRO kembali berlangsung pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 2 hingga 6 petang, bertempat di PRAWIS Rawang.

Perjumpaan ini adalah ruang untuk alumni KSSI PRO
โœ… Bertemu guru secara langsung
โœ… Memperdalam kefahaman
โœ… Menyuntik semula semangat dalam dunia rawatan kerohanian Melayu

Antara pengisian utama sesi ini:

1. Sesi Bersama Tuan Guru
Tuan Ahmad Sharizal membuka majlis dengan teguran penuh hikmah;

"๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜š๐˜–๐˜— ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ. ๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜–๐˜— ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ."

Kata-kata ringkas tetapi mendalam ini membetulkan niat dan menyedarkan semula tentang amanah ilmu.

2. Sesi Soal Jawab Langsung
Para alumni mengambil peluang bertanya terus tentang isu sebenar di lapangan.
Ada yang mengutarakan kes rumit dan cabaran ketika merasi.
Jawapan Tuan Guru disampaikan bersama bimbingan adab dan pendekatan berhikmah dalam menghadapi pelbagai jenis pesakit

3. Perkongsian Pengalaman Alumni
Beberapa alumni berkongsi kisah rawatan mereka.
Ada yang bermula dengan ahli keluarga sendiri, ada juga yang terus membantu masyarakat.
Kisah-kisah ini menjadi bukti bahawa ilmu KSSI PRO memang berfungsi, asalkan diamalkan dengan patuh SOP dan hati yang ikhlas.

4. Demonstrasi Praktikal
Sesi praktikal kali ini memfokuskan pada teknik asas mendinding rumah.
Bermula dengan semakan niat hingga langkah demi langkah.
Bimbingan guru secara langsung membantu para peserta lebih yakin untuk mengamalkannya.

5. Penutup
Perjumpaan ini diakhiri dengan pesanan dari Tuan Guru:
โ€ข Jaga adab dan niat ketika merawat
โ€ข Jangan ubah atau mereka-reka SOP sendiri
โ€ข Teruskan beramal dengan jujur dan ikhlas
โ€ข Bergantunglah kepada Allah bukan semata-mata pada teknik

Sesi bergambar menutup majlis dengan penuh mesra dan semangat persaudaraan.

Terima kasih kepada semua alumni yang hadir.
Jumpa lagi dalam perjumpaan bulan hadapan insya-Allah.

"๐—”๐—ธ๐˜‚ ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ต๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น!"Apa yang bermula dengan nampak kurang sihat, tidur terlalu lama, dan rasa serabut tanp...
03/06/2025

"๐—”๐—ธ๐˜‚ ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ต๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น!"

Apa yang bermula dengan nampak kurang sihat, tidur terlalu lama, dan rasa serabut tanpa sebabโ€ฆ rupa-rupanya gangguan mistik sedang menumpang tubuh insan tersayang.

Melalui kaedah rawatan yang dipelajarinya, alumni KSSI PRO ini tenang dan yakin menguruskan sendiri dengan tanpa panik, tanpa tunggu orang datang. Dan alhamdulillah, si isteri kini dah rasa ringan dan pulih.

Beginilah pentingnya ilmu rawatan dalam tangan kita sendiri. Bila gangguan datang, kita tak hanya mampu lihat dan pasrah. Kita boleh lakukan sesuatu.



Bila alumni merawat betul-betul follow SOP yang dah pun TAS ajar dalam kursus (KSSI PRO), insha Allah secara adatnya sak...
02/06/2025

Bila alumni merawat betul-betul follow SOP yang dah pun TAS ajar dalam kursus (KSSI PRO), insha Allah secara adatnya sakit akan kebah. Kalau yang buat โ€˜kepalaโ€™ sendiri tu TAS berlepas tangan kalau jadi atau tak jadi apa-apa.

Makhluk halus ni kalau pun orang (fasik) tak guna dia untuk sakitkan orang lain, sifat dorang (mereka) pun memang dah terkenal s**a nak menyusahkan orang dengan buat kacau dan sebagainya. So tak patutlah kita tadahkan saja kepala kita kat dorangโ€ฆ paling tidak pun kenalah kat dada kita ada bekal buat โ€˜henyakโ€™ balik kalau dorang dah melampau sangat. Tahu baca ayat al-Qursi buat โ€˜pendindingโ€™ diri pun dah kira ok dah tu. Tapi kalau sertai KSSI PRO kira dah ok banyak.

Semoga pesakit sembuh seperti sediakala.

[๐™†๐™š๐™จ ๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ]: ๐˜ฝ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™™๐™–๐™  ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ข๐™ช๐™ ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™ก๐™–.

Pada awal pagi, pesakit telah menghubungi saya dan memaklumkan mengalami sakit dan berdenyut-denyut di bahagian kepala serta muka. Gambar yang dikongsi ketika itu tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal yang ketara.

Kes ini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, hasil pemeriksaan perubatan tidak menemui sebarang kecederaan fizikal mahupun punca yang dikenal pasti.

Menjelang petang hari yang sama, saya menerima gambar baharu daripada pesakit (rujuk Gambar Hari Pertama) yang menunjukkan bengkak mendadak di bahagian kepala, dahi, p**i dan mata menyerupai kesan sengatan serangga berbisa. Bengkak yang ketara pada bahagian mata telah mengganggu penglihatan pesakit, sehingga beliau perlu merapatkan telefon bimbit ke mata untuk membaca mesej.

Pada malamnya, saya menjalankan sesi rawatan ke atas pesakit. Sepanjang rawatan berlangsung, kelihatan banyak cecair bisa kekuningan keluar dari bahagian kepala. Menurut pesakit, beliau terlebih dahulu mengalami sakit di kepala sebelum muka mula membengkak. Pesakit juga memaklumkan rasa bahang panas yang kuat di bahagian kepala dan muka semasa rawatan.

Syukur Alhamdulillah, pada keesokan harinya, pesakit melaporkan bahawa beliau telah kembali tidur lena dan rasa sakit serta bisa di kepala telah hilang. Bengkak pada muka juga menunjukkan penyusutan ketara (rujuk Gambar Hari Kedua).

Rawatan susulan dilakukan pada hari kedua bagi memastikan tiada lagi wujud gangguan jin serta memusnahkan keseluruhan baki zat jahat. Cecair kekuningan yang keluar sebelumnya juga telah tiada. Atas pilihan sendiri, pesakit memilih untuk tidak mengambil ubat-ubatan hospital dan hanya ingin menjalani rawatan secara kerohanian menggunakan kaedah Ilmu Gerak Sepohon Jadi.

Alhamdulillah, pada hari ketiga, pesakit berkongsi gambar wajahnya yang telah kembali normal dan memaklumkan bahawa beliau telah pulih sepenuhnya (rujuk Gambar Hari Ketiga).

Perkongsian tiga keping gambar pesakit (tanpa kabur) ini telah dibuat dengan keizinan penuh daripada pesakit bagi tujuan testimoni rawatan.

Allah Asy Syaafii

228
**anjin

Address

2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3, Rawang Mutiara Business Centre 2
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Ikhtiar as-Sofa - Prawis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Tentang Kami

1] RAWATAN Kami menggunakan 100% pendekatan rohaniyah sebagai kaedah dalam rawatan di PRAWIS, ini bermakna kami tidak mengamalkan cara yang boleh mendatangkan mudarat kepada fizikal pesakit ketika menguruskan makhluk halus yang berada di dalam badan pesakit. Apa-apa sahaja yang melibatkan perbuatan syirik dan kepercayaan khurafat tidak akan ditemui di PRAWIS sebaliknya kami mengutamakan nilai-nilai tawhid dan Ihsan. Waktu rawatan ialah pada pukul 2 petang - 10 malam setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat. Hubungi kami ditalian 011-2303 2804 atau 014-561 5147 Sila lawati www.prawis.com untuk maklumat yang lebih lanjut. 2] PROGRAM PENGAJIAN KEILMUAN IKHTIAR ASSOFA Disamping merawat, kami juga menganjurkan Kursus Pengajian Keilmuan Ikhtiar Assofa yang dibuka untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat yang beragama Islam. Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan perawat yang โ€˜celik diriโ€™ dan untuk itu pengisian program bertujuan:- 1.Menyedarkan masyarakat kepada potensi kekuatan rohaninya yang sebenar dan mengajar cara-cara untuk mengendalikannya. 2.Memperkenalkan kaedah rawatan yang berasaskan doa dan daya rohani. 3.Memperkenalkan kaedah rawatan yang amat mudah tanpa menggunakan khidmat jin, sebarang peralatan, jampi serapah dan ruqyah. 4.Melahirkan individu yang mampu merawat diri dan masyarakat disamping berupaya memusnahkan syihir dan menundukkan jin hanya dengan tangan kosong. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dan kursus yang dijalankan akan dikendalikan sendiri oleh Pengasas PRAWIS (Tuan Ahmad Sharizal a.k.a Sarip Dol, penulis blog www.sepohonjadi.com) Untuk maklumat lanjut tentang kursus sila ke website kami di www.prawis.com/pengajian atau terus hubungi http://prawispengajian.wasap.my/