17/02/2026
Peguam yang tidak faham proses undang-undang.
Buka setakat tidak faham proses undang-undang dalam isu pencerobohan menerusi komennya ini, dia juga kurang memahami Islam sehingga mengelarkan tindakan tuan tanah yang hakmiliknya telah dicabuli berbelas tahun melantik orang lain merobohkan binaan sebagai tidak Islamik.
Ambiga, Surendran, Latheefa & LFL, ini semua peguam yang ingin menegakkan undang-undang atau buat buat tak faham proses undang-undang dalam kes pencerobohan?
First thing first, tanah bukan milik penceroboh, kenapa ceroboh?
Kedua, kalau tanah bukan milik penceroboh, kenapa buat binaan?
Ketiga, menceroboh tanah orang lain adalah jenayah, kenapa tak seru penceroboh ditahan & didakwa tetapi menyalahkan pemilik tanah p**a?
Banyak lagi tetapi mereka bukannya tak faham tetapi terus menerus menyebarkan naratif begitu.
Mungkin bahasa yang mereka faham ialah,
“Tolong bagi alamat rumah kalian yang bingai ini untuk dibuat binaan di atas tanah kalian.”
Selepas dibuat binaan, kami ingin melihat sejauh mana anda konsisten dengan kenyataan anda selama ini. Anda halau & cuba robohkan, kami gunakan skrip yang sama anda gunakan sekarang.
Kami juga ingin melihat polis menahan, membogelkan, melokap serta mereman anda sebagaimana dilalui oleh Tamim Dahri apabila anda cuba merobohkan binaan yang dibina atas tanah anda itu.
Kalau anda bukan hipokrit, pasti anda akan bergembira kami membuat binaan atas tanah kalian hari ini. Itupun kalau anda bukan hipokrit.
*Tolong tag nama mereka semua yang menyokong penceroboh dan minta alamat untuk dibuat binaan di atas tanah/rumah mereka atas nama toleransi & keharmonian.