Perkhidmatan BEKAM Sunnah

Perkhidmatan BEKAM Sunnah Menyediakan perkhidmatan bekam terus ke rumah anda. Bayaran perkhidmatan hanya RM5/cup. Minima 6 cup (sekiranya dibuat di pusat bekam).

01/10/2013

Alhamdulillah, baru selesai beri perkhidmatan bekam kpd seorang sahabat suami-isteri dari bkt beruntung. Semoga Allah memberi kesihatan yg baik. paling penting dpt mengenali ramai orang dan menjalinkan hubungan ukhuwah sesama Islam.

30/09/2013

“JOM BERBEKAM SUNNAH NABI”

APA PERLUNYA BERBEKAM ??
MEMBANTU MENGURANGKAN / MEMULIHKAN :-

1. Pening atau migrain;
2. Membuang angin dalam badan dan melegakan pernafasan;
3. Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam;
4. Ketegangan urat leher, pinggang dan urat sendi;
5. Kebas kaki / tangan dan meredakan angin ahmar;
6. Mengeluarkan toksid dan melancarkan peredaran darah yang
tersumbat;
7. Meringankan tubuh badan di mana darah kotor yang
terkumpul di bawah permukaan kulit;
8. Memulihkan penglihatan yang kabur; dan
9. Diyakini dapat merawat lebih 72 jenis penyakit yang lain.
Dengan izin Allah, insyaAllah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” (Riwayat Ibnu Majah)

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam, kerana ia mengeluarkan darah, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya." Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.

-Jangan makan dengan terlalu mengenyangkan tetapi seelok-eloknya TIDAK mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum berbekam bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor. Digalakkan berpuasa pada hari berbekam.

-Marilah kita amalkan salah satu kaedah penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Rasullullah SAW kerana ianya merupakan sunnah.

Bayaran :
i. RM5.00/cup dan minima 6 cup/sesi rawatan (sekiranya temujanji di alamat di bawah);
ii. RM6.00/cup dan minima 10 cup/sesi rawatan (sekiranya temujanji di rumah tuan/puan di dalam Daerah Hulu Selangor); atau
iii. RM6.00/cup dan minima 10 cup/sesi rawatan + sedikit kos pengangkutan (sekiranya temujanji di rumah tuan/puan yang berada di luar Daerah Hulu Selangor)
Kaedah rawatan : Menggunakan jarum lancet **SELAMAT MENCUBA DAN DIJAMIN TIDAK SAKIT, insyaAllah.
Tahap umur : 12 tahun ke atas.
**Wanita sedang hamil, haid, kekurangan darah dalam badan atau terlalu uzur dilarang berbekam.

Sila hubungi untuk temujanji :
Amidah (Meida) : 017-6493757 (Jurubekam wanita)
Azizan (Ayie) : 017-2330423 (Jurubekam lelaki)

Alamat:
No. 57, Kg Hulu Rening,
44300 Batang Kali,
Hulu Selangor. Sila Like fb : perkhidmatan bekam sunnah.

30/09/2013

Jom kita amalkan berbekam seminggu sekali atau sekurang2nya sebulan sekali.

29/09/2013

Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik melaksanakan sesi bekam di taman medan, petaling jaya. Syukur dpt berkenalan dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama Islam. Cuma tersesat sebentar semasa menghala ke sana. Bukansalah sistem gps tapi terlajak sikit dari arah yg sebenar. Terima kasih kpd sahabat Azizan serta keluarga. Semoga hubungan persahabatan akan berkekalan.

26/09/2013

Alhamdulillah. Jumpa rumah sahabat yg buat temujanji utk berbekam di Kota Damasara, Saudara Saiful Sobri. Tapi gunakan GPS. Syukur, kepuasan kerana dapat mengenali lebih ramai lagi insan2 dimerata tempat. Semoga hubungan persahabatan & silaturahim akan terus terjalin, insyaAllah.

26/09/2013

Jom bekam sunnah.
Hubungi 0176493757 (Amidah-jurubekam wanita) atau 0172330423 (Azizan-jurubekam lelaki). Perkhidmatan terus ke rumah anda.

26/09/2013

JANGAN BIARKAN DARAH KOTOR BERKUMPUL DALAM BADAN

Jin boleh bergerak dalam saluran darah badan manusia, saluran darah yang jin s**a lalui ialah saluran darah yang kotor. Jadi untuk membuang darah kotor dari badan, segeralah anda semua diluarsana menjalani rawatan bekam lagipun ia amalan sunnah. Bila badan bersih dari darah kotor, semua organ dalaman berfungsi dengan efisiyen dan pengaruh gangguan jin pada manusia akan menjadi minimum, insyaAllah.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A) SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL

Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi, pil kencing manis, panadol, ponstan, pain killer dan sebagainya, anda disyorkan berbekam sebulan sekali. Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit, dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang. Jom berbekam...

20/09/2013

Jom bekam sunnah.
Hubungi 0176493757 (Amidah-jurubelam wanita) atau 0172330423 (Azizan-jurubekam lelaki). Perkhidmatan terus ke rumah anda.

Address

Kg Hulu Rening, Batang Kali, Hulu
Rawang
44300

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:45
Tuesday 08:00 - 23:45
Wednesday 08:00 - 23:45
Thursday 08:00 - 23:45
Friday 08:00 - 23:45
Saturday 08:00 - 23:45
Sunday 08:00 - 23:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan BEKAM Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category