Kak Nur Tukang Urut Tradisional Wanita Melaka

Kak Nur Tukang Urut Tradisional Wanita Melaka Urutan Tradisional. Wanita dan lelaki. Kak Nur 0103018429 UrutWanitaSahaja
Pak Wan 0135822867 UrutLelakiSahaja
(2)

ROTI PUTIH Bahaya roti putih! Ramai yang tidak sedarPost ini akan trigger ramai orang, kerana roti adalah antara "comfor...
04/12/2025

ROTI PUTIH

Bahaya roti putih! Ramai yang tidak sedar

Post ini akan trigger ramai orang, kerana roti adalah antara "comfort food" ramai orang. Budak yang picky eater pom , tidak akan picky dengan roti😅

Namun, hakikat sebenar, roti bukan secomfort yang anda sangkakan.

Roti pembunuh senyap!

Dan anda sekarang tengah merasai kesan mengambil roti!

Semua simptom penyakit yang anda hadapi, kegemukan yang anda hadapi kini, keletihan, kelesuan Dan diagnosis penyakit yang terjadi adalah kesan lansung daripada pengambilan roti secara berterusan

Anda dijamu dengan roti sejak dari kecil, Dan kini anda menjamu anak² anda dengan roti juga.

Sekarang

Anda 20 an, 30 an, 40 an

Anda mengalami isu keletihan kepenatan melampau
Anda bangun pagi dengan keadaan tidak bermaya seperti tidak tidur lansung semalaman
P**i ada seperti pau! Muka anda sembab! Hidung anda juga kembang seperti Ibu mengandung
Perut anda kembung setiap hari
Senggugut anda teruk sehingga mengganggu aktiviti harian
Anda sembelit
Anda ada PCOS, anda sukar mengandung
Hari² anda berlalu dengan craving kepada benda² Manis!

Anda buntu! Kenapa semua masalah ini berlaku kepada anda! Akhirnya anda menyalahkan genetik Dan umur yang bertambah

Kerana
Tiada sesiapa memberitahu anda bahawa ia sebenarnya kesan lansung daripada memakan roti putih!

Kerana roti mencetuskan keradangan kronik! Keradangan yang berterusan

Roti bukan makanan sebenar! Ia makanan ultra proses
Anda bukan makan roti
Anda hanya makan karbonhidrat proses, pewarna, pengawet, perasa, pengental sintetik! Dan Minyak teroksida
Anda makan bahan² Kimia sintetik yang diolah menjadi makanan!

Kesannya

Insulin anda naik mencanak²
Apabila insulin naik mencanak² badan Mula menyimpan lemak secara konsisten.
Insulin yang tinggi menyebabkan gula dalam darah turun dengan cepat!
Kesannya anda lapar lagi Dan lapar lagi Dan lagi
Lapisan Usus anda mengalami keradangan berterusan yang akan menyebabkan kebocoran usus
Bakteria baik didalam usus akan mati
Craving kepada makanan2 Manis Dan viral semakin menjadi²
Hormon² anda akan Mula tidak Seimbang

Anda sebenarnya sedang mencurahkan minyak kedalam api yang sedang marak

Anda sebenarnya sedang menjemput penyakit Dan masalah kesihatan

Roti bukan makanan sebenar!
Tinggalkan roti!

Cuba selama 40 hari!
Anda akan rasai perbezaan!

Anda akan segar!
Mata yang selalu mengantuk! Cerah Kembali
Semangat anda akan pulih
Emosi anda akan Mula stabil
Anda akan Mula "subur"
Otak anda akan penuh dengan idea² bernas

Cubalah!

Kerana makanan mampu menjaga kesihatan anda Dan juga mampu meruntuhkan kesihatan anda!

Pilihlah dengan bijak! Renung dulu setiap makanan yang anda suap ke mulut anda. Kerana itulah yang diajar oleh Al Quran .

Cabaran Trimester Ketiga buat ibu mengandung memang tak relaxss ekkk..so apa korang patut buat?1. Sakit belakang & tekan...
03/12/2025

Cabaran Trimester Ketiga buat ibu mengandung memang tak relaxss ekkk..
so apa korang patut buat?
1. Sakit belakang & tekanan pelvis
Korang guna la Gunakan bantal yg hamil tu bila tidur.
Amalkan senaman ringan untuk ibu hamil seperti berjalan perlahan, regangan punggung dan pelvis.
Elakkan berdiri terlalu lama.

2. Bengkak kaki, buku lali, tangan
Angkat kaki bila duduk.
Pakai stoking compression jika perlu.
Minum air secukupnya untuk elak penahanan garam berlebihan.

3. Susah tidur & cepat letih
Tidur dengan posisi miring ke kiri untuk aliran darah lebih baik.
Elak minum kafein lewat petang.
Cuba teknik pernafasan atau meditasi ringkas sebelum tidur.

Keajaiban Tubuh AndaRamai orang tak pernah benar-benar fikirkan bagaimana tubuh mereka bekerja setiap hari.Kita hanya ra...
03/12/2025

Keajaiban Tubuh Anda

Ramai orang tak pernah benar-benar fikirkan bagaimana tubuh mereka bekerja setiap hari.

Kita hanya rasa letih, sakit belakang, kebas tangan, atau berdebar tanpa sedar betapa kompleksnya sistem yang menghidupkan kita.

Hakikatnya, tubuh manusia adalah satu keajaiban kejuruteraan biologi.

Dan apabila anda mula faham apa yang sedang berlaku di dalam badan, anda akan lebih menghargai kenapa tidur penting, kenapa stress memusnahkan saraf, dan kenapa pergerakan kecil pun boleh memberi kesan besar kepada kesihatan.

1️⃣. 72 Kilometer Saraf Yang Menghubungkan Seluruh Tubuh

Bayangkan satu rangkaian wayar elektrik yang halus, bersilang, dan bercabang tanpa henti itu sistem saraf anda.

Jika semua serabut saraf dalam tubuh manusia disambung ujung ke ujung, panjangnya boleh mencecah:

±72 kilometer.

Saraf ini membawa:

rasa sentuhan

suhu

sakit

mesej otot bergerak

degupan jantung

tekanan darah

emosi dan reaksi

Saraf paling panjang p**a ialah saraf sciatic, yang boleh mencecah lebih 1 meter.

Kalau pernah rasa:

kebas kaki

mencucuk seperti elektrik

sakit menjalar dari pinggang ke kaki

Itulah sciatic nerve yang merajuk.

2️⃣. Salur Darah Yang Boleh Mengelilingi Bumi Dua Kali

Tubuh anda mengandungi kira-kira:

95,000 – 100,000 kilometer
salur darah.

Untuk gambaran mudah:

lilitan bumi = ±40,075 km

salur darah anda = lebih 2× keliling bumi

Dalam salur-salur inilah:

darah membawa oksigen

nutrisi dihantar ke sel

hormon bergerak

sisa toksin dibawa ke organ penapisan

Bila salur darah sempit atau tersumbat, barulah muncul:

tekanan darah tinggi

kebas jari

pening

sejuk tangan kaki

mudah penat

Maknanya, setiap inci salur darah memainkan peranan dalam kehidupan harian anda.

3️⃣. Tulang Belakang: Highway Saraf Yang Hanya 45cm Tetapi Kawal Segalanya

Spinal cord (saraf tunjang) hanya sepanjang:

±45 cm

Tetapi dalam ruang kecil inilah:

semua mesej dari otak dihantar

semua maklumat tubuh naik semula ke otak

refleks dikawal

sensasi disentuh, sakit, panas terbentuk

Ia umpama kabel utama internet tubuh anda.

Sebab itu kecederaan kecil pada tulang belakang boleh menyebabkan kesan besar seperti:

hilang rasa

lemah otot

masalah pundi kencing

sakit menjalar

Spinal cord kecil, tetapi fungsinya besar.

4️⃣. Rangka: 206 Tulang Yang Lindungi Anda 24 Jam

Rangka bukan sekadar “tulang”.

Ia ialah:

pelindung organ dalaman

tempat melekat otot

kilang penghasilan sel darah merah dan putih

penentu postur, pergerakan, dan stabiliti

Apabila tulang tidak sejajar atau otot tidak seimbang, sistem saraf akan terjejas dan kesannya boleh muncul sebagai:

sakit tengkuk

pening

sakit pinggang

susah tidur

tekanan pada saraf

Tubuh ada logik. Bila satu bahagian rosak, bahagian lain mula kerja lebih kuat dan akhirnya sakit.

Kenapa Semua Ini Penting?

Sebab apabila anda faham struktur tubuh, anda mula nampak kenapa simptom-simptom tertentu berlaku.

Contohnya:

1. Saraf panjang → mudah terjepit

Itulah punca:

kebas

mencucuk

sakit menjalar

2. Salur darah sangat panjang → mudah terkesan oleh gaya hidup

Kurang minum air pun dah perlahan aliran darah. Stress pun boleh sempitkan salur darah.

3. Spinal cord pendek → ruang sempit

Salah postur sedikit saja boleh tekan saraf.

4. Tulang menyimpan memori postur

Cara anda duduk hari ini adalah cara tubuh anda berfungsi esok.

Tubuh bukan rosak tiba-tiba.
Ia hasil kehidupan seharian.

Kesimp**an

Tubuh anda:

ada 72 km saraf

ada salur darah sepanjang 2× bumi

ada 206 tulang yang menampung hidup anda

dan spinal cord yang kecil tetapi mengawal segalanya

Ini bukan sekadar fakta , ini adalah pengingat.

Setiap kali anda jaga postur, minum air, buat pernafasan, urus stress, atau tidur cukup… Anda sedang melindungi satu sistem yang jauh lebih kompleks daripada apa pun ciptaan manusia.

Tubuh anda bekerja untuk anda.

Dan sekarang, anda faham sedikit bagaimana ia benar-benar berfungsi.

Sekian. Moga bermanafaat.

Kredit by owner.

02/12/2025

“Doktor, anak saya ni… macam lain sangat sejak kebelakangan ni.”

Puan itu duduk hujung kerusi, tas tangan dipeluk di dada. Nadanya macam orang penat bercampur geram.

Di sebelahnya, seorang budak lelaki lingkungan umur tujuh tahun. Kurus, tangan genggam hujung baju, mata hanya pandang lantai. Saga lihat dalam sistem di komputer sama, namanya Ammar.

Saya senyum pada Ammar dulu.

“Apa khabar, Ammar? Awak sihat ke hari ni? Ke tak sihat?”

Ammar jeling saya sekejap, kemudian terus pandang lantai semula. Mulutnya rapat, seolah-olah dizip.

“Ha… cakaplah!” ibunya mencubit perlahan lengan Ammar. “Kan Mama dah cakap tadi dalam kereta? Bila doktor tanya, jawab. Jangan buat Mama malu.”

Ammar kecut. Dia tarik lengannya perlahan dari cubitan ibunya, tapi dia kekal tak bersuara.

Saya tak terus menekan pada Ammar. Saya beralih pada si ibu.

“Puan, boleh cerita dari awal? Apa yang puan perasan tentang Ammar?”

Si ibu mengeluh panjang.

“Dia ni, doktor… sejak masuk darjah satu, macam-macam jadi. Selalu menipu, selalu menangis, penakut, tak reti berkawan. Saya panggil dia cerita apa jadi kat sekolah, dia diam je. Lepas tu asyik sakit perut, sakit kepala. Saya pun tak tahu dia ni ngada-ngada ke apa.”

Saya angguk, sambil perhati perilaku Ammar. Bila ibunya sebut perkataan “menipu”, bahu Ammar makin mengecil kerana dia merapatkan lengannya ke badan.

Saya cuba lembutkan suasana.

“Ammar, tadi Mama ada cerita, awak ada sakit perut?”

Dia terus geleng, laju.

“Tak. Tak sakit.”

Ibunya menyampuk, suara naik sedikit.

“Tu ha doktor! Pagi tadi mengerang atas katil. Sampai tak nak pergi sekolah. Bila tanya, sakit perut. Sekarang depan doktor, boleh p**a kata tak sakit. Memang pandai menipu!”

Saya nampak bibir Ammar bergerak-gerak, macam nak cakap sesuatu. Tapi tak keluar. Mata dia tiba-tiba terbit air mata. Tak cukup untuk tumpah, tapi cukup untuk bergenang di pelupuk mta. Dia tunduk lebih rendah.

Saya ubah strategi.

“Tak apa, Puan. Saya nak periksa Ammar sekejap.”

Saya panggil Ammar untuk naik atas katil periksa. Dia patuh, tapi langkahnya perlahan macam ada batu dalam sepatunya.

Semasa saya letak stetoskop di perutnya, saya bertanya perlahan, hampir berbisik.

“Ammar selalu kena marah tak kalau bagitahu Mama apa jadi?”

Dia diam. Beberapa saat. Saya hampir sangka dia takkan jawab.

Pelan-pelan, dia angguk sekali.

“Marah macam mana?” tanya saya lagi, suara masih lembut.

Dia tak jawab. Tapi air mata jatuh setitik ke atas lengan sendiri. Saya capai tisu dari para mesin ultrasound dan hulurkan padanya.

“Doktor tak marah kalau Ammar menangis. Kadang-kadang bila takut, badan kita memang rasa nak menangis. Itu normal.”

Dia tarik nafas panjang, lap mata. Tapi masih tak berani pandang saya.

Pemeriksaan fizikalnya normal. Tiada tanda kecemasan. Sakit perutnya lebih kepada “sakit emosi” dari “sakit organ”.

Saya kembali duduk berhadapan ibunya.

“Puan, dari pemeriksaan, Ammar okay. Tak nampak masalah fizikal yang bahaya. Tapi saya risau satu benda lain.”

Puan itu kerut dahi.

“Risau apa, doktor?”

“Saya nampak beberapa tanda… Ammar ni mungkin terperangkap dalam ‘fear loop’. Puan pernah dengar istilah tu?”

Dia geleng.

Saya sandarkan badan, cari bahasa yang paling mudah.

“Fear loop ni… macam satu kiraran ketakutan. Anak sentiasa hidup dalam rasa takut. Takut pada orang sekeliling. Bila dia takut sangat, dia akan cuba buat semua benda sendiri sebab dia tak mahu mengganggu orang lain.”

Saya berhenti sebentar. Beri masa perkara itu di proses oleh si ibu.

“Masalahnya… dia belum cukup matang untuk beza apa yang selamat dan apa yang bahaya,” sambungnya saya.

Puan itu diam. Tangan yang tadi sibuk mengutis-ngutis tali tas tangan, kini kaku. Itu tandanya dia sedang mendengar dengan sepenuh perhatian.

“Saya bagi contoh ya,” saya teruskan. “Kalau satu hari Ammar lapar tapi tak ada makanan tersedia. Kalau dia rasa selamat dengan orang dewasa, dia akan panggil orang dewasa untuk bantu.

“Tapi kalau dalam kepala dia tertanam: ‘Kalau aku minta tolong, nanti kena marah sebab menyusahkan,’ maka dia mungkin cuba untuk selesaikan sendiri, contohnya masak Maggi sendiri. Baguslah boleh berdikari, tapi ada risiko membahayakan diri dia.”

Saya nampak mata puan itu berair sedikit, tapi dia cuba tahan. Dari riak mukanya, saya rasakan Ammar pernah buat apa sebut tu, cuma si ibu tak terfikir perspektif lain selain bab berdikari.

“Saya perasan beberapa benda pada Ammar tadi,” saya sambung, lembut tapi jelas.

“Pertama, bila puan kata dia menipu. Sebenarnya banyak anak yang hidup dalam fear loop akan menipu atau terus tak mengaku, walaupun benda tu berlaku depan mata. Bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia terlalu takut. Pada dia, mengaku sama dengan kena marah. Jadi otak dia pilih: ‘lebih baik tipu atau diam’.”

Puan itu tunduk. Dia tak membantah.

“Kedua,” saya sambung, “dia sangat susah nak meluah. Dari tadi saya tanya, dia lebih banyak diam. Bila anak selalu ditegur dengan nada tinggi, ditengking, atau direndahkan bila cuba cerita, lama-lama mereka belajar: ‘Kalau aku cakap, aku sakit. Kalau aku diam, aku selamat.’

Kita nampak macam berdikari, tak menyusahkan. Hakikatnya, dia mungkin sebenarnya sangat takut.” saya ulang bab itu sebagai penekanan.

Saya jeling Ammar. Dia masih di katil, memegang lututnya, matanya sesekali memandang kami kemudian cepat-cepat larikan ke lantai semula.

“Ketiga,” saya teruskan, “Puan ada kata Ammar penakut. Takut gelap, takut orang, takut macam-macam. Itu pun biasa pada anak yang sentiasa rasa tak selamat. Dunia dia terasa penuh bahaya.”

Puan mengesat hujung mata dengan jari.

“Keempat, dia mudah menangis. Tadi pun, bila kita sebut pasal ‘menipu’, dia terus berlinang. Menangis ni sebenarnya cara badan dia melawan ketakutan. Lepas menangis, barulah emosi dia sedikit lega.

Dan kelima,” saya tarik nafas, “puan kata dia lemah bersosial– susah berkawan, senang bergaduh, cepat sentap. Bila otak sentiasa dalam mod takut, dia susah nak fokus belajar cara bergaul. Dia hanya fokus satu benda iaitu elak daripada dimarahi.”

Suasana dalam bilik konsultasi tiba-tiba rasa sunyi.

“Doktor… maksudnya semua ni… salah saya ke?” soalnya perlahan.

Saya geleng.

“Bukan soal salah siapa, Puan. Ini soal apa yang kita boleh baiki.”

Saya berhenti seketika, beri ruang ayat itu dihadam.

“Ramai mak ayah, niatnya nak mendidik. Tapi tanpa sedar, kita kerap takut-takutkan, marah, tengking, herdik anak kecil yang otak dan emosinya masih sangat rapuh. Kita lega lepas marah, tapi anak menyimpan takutnya. Semakin hari, fear loop tu makin kuat.”

Saya senyum nipis.

“Puan masih sempat ubah. Ammar masih kecil. Anak kecil, asalnya, ialah insan paling berani. Dia tak takut jatuh masa belajar berjalan. Tak takut luka bila belajar berlari. Dia gelak bila kita buat lawak, walaupun lawak tu hambar.”

Saya pandang Ammar.

“Tapi keberanian anak boleh pudar bila kita asyik marah-marah. Dia cuba buat sesuatu kita marah. Dia tak cuba kita marah. Sampai dia tak tahu nak buat apa.”

Air mata puan itu akhirnya jatuh juga.

“Saya… memang selalu marah dia, doktor. Penat kerja, penat urus rumah… dia buat salah sikit, saya lepas semua pada dia. Saya ingat dia kebal. Dia selalu nampak ‘buat tak kisah’ bila saya jerit. Rupa-rupanya…”

Saya biarkan dia habiskan ayat itu sendiri, tapi tak dihabiskan oleh si ibu. Mungkin tak terungkap di lidah.

“Saya tak minta puan jadi mak yang sempurna,” saya jawab perlahan. “Saya cuma minta satu: berhenti lepas geram pada anak. Kalau kita pun tak lindungi dia, siapa lagi dia ada?”

Saya cadangkan beberapa langkah kecil:

– Kurangkan gunakan ancaman dan jeritan.
– Belajar dengar dulu sebelum menghukum.
– Ucap terima kasih bila dia jujur, walaupun dia buat salah.
– Peluk dia selalu, walaupun hati kita penat.

Saya tulis juga rujukan untuk sesi kaunseling keluarga. Si ibu nampak agak terbuka dan sudi terima apa saya sampai, jadi saya rasa mereka akan pergi dapatkan bantuan dari kaunselor berkenaan.

Sebelum keluar, Ammar berdiri di tepi pintu, masih memegang tisu di tangan.

“Ammar,” saya panggil, “lepas ni kalau sakit perut atau takut… boleh bagitahu Mama, ya? Bukan tugas Ammar buat semua sendiri.”

Dia angguk kecil. Buat pertama kali, saya nampak dia pandang tepat ke mata saya. Sekejap saja, tapi cukup untuk bagi harapan.

Di hujung hari, saya selalu terfikir:
Anak kita bukan patut hidup dalam kitaran ketakutan. Mereka patut hidup dalam suasana selamat – di mana tiap kali mereka jatuh, ada tangan orang dewasa yang mengangkat, bukan suara yang menengking.

Dan tangan itu, sepatutnya… tangan kita sendiri. Tangan ibubapa.

Ingatan untuk Diri Sendiri

Kredit : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kenapa Sakit Pada Zon Tertentu Sering Berkait Dengan Organ Tertentu?(Berdasarkan gabungan TCM, somatic mapping, sistem s...
02/12/2025

Kenapa Sakit Pada Zon Tertentu Sering Berkait Dengan Organ Tertentu?
(Berdasarkan gabungan TCM, somatic mapping, sistem saraf & ilmu moden)

Ramai orang terkejut bila sakit di bahagian tertentu tubuh sebenarnya “memberi petunjuk” tentang organ atau sistem dalaman yang sedang tertekan.

Walaupun poster-poster viral di internet sering terlalu ringkas atau tidak tepat sepenuhnya, hakikatnya ada asas untuk kaitan zon-sakit dan organ , cuma ia perlu dijelaskan dengan lebih betul.

Berikut adalah penjelasan yang lebih tepat, berdasarkan 3 sistem utama:

1) Peta Meridian TCM (Qigong) – laluan tenaga

2) Peta Saraf Autonomik – bagaimana organ & otot saling mempengaruhi

3) Peta Lymphatic & Fascia – hubungan mekanikal dalam tubuh

Gabungan ketiga-tiga inilah yang menerangkan kenapa sakit muncul pada lokasi tertentu.

1. Bahu Sakit → Gallbladder / Hati / Stress Fascia

TCM:
• Gallbladder meridian melalui bahu → sisi kepala → pinggul → kaki.
• Ia berkait dengan stress, decision-making, anger.

Moden:
• Otot bahu tegang bila sistem saraf simpatetik aktif.
• Hati & pundi hempedu kongestif boleh tegangkan fascia pada bahagian kanan.

Tanda sokongan:
• sukar tidur sebab “kepala ligat”
• keresahan
• bahu kanan lebih keras

2. Sakit Pinggang Bawah → Buah Pinggang / Saraf / Fascia Lumbal

TCM:
• Kidney meridian mengawal tenaga asas, hormon, tulang & punggung bawah.

Moden:
• Pinggang bawah kaya dengan saraf yang berkait dengan organ ginjal & adrenal.
• Tekanan (cortisol tinggi) melemahkan otot lumbal → sakit.

Tanda sokongan:
• urin kuning pekat
• mudah letih
• kaki sejuk

3. Sakit Dada Ringan atau Ketat → Gastrik / Reflux / Diafragma

TCM:
• Stomach meridian melalui dada.
• Masalah “Qi naik” boleh beri rasa sempit dada.

Moden:
• GERD, angin terperangkap & kekejangan diafragma meniru simptom jantung.
• Pernafasan cetek mengaktifkan stress.

Tanda sokongan:
• pedih ulu hati
• sendawa banyak
• sukar tarik nafas dalam

4. Kebas Jari / Tangan → Tengkuk / Tekanan Darah / Saraf Leher

TCM:
• Lung meridian & Heart meridian melalui lengan.

Moden:
• Leher tegang menekan saraf cervical → kebas jari.
• Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan rasa “tebal / berat” pada tangan.

Tanda sokongan:
• tengkuk ketat
• pening waktu berdiri

5. Tapak Kaki Panas / Burning Feet → Saraf / Gula / Sirkulasi

Ini paling moden:
• Neuropati akibat gula tinggi.
• Peredaran limfa & darah pada kaki perlahan.
• Kasut sempit + duduk lama = bertambah teruk.

Tanda sokongan:
• kaki kebas
• cepat lenguh
• bengkak petang

6. Sakit Lutut → Kekuatan Otot / Peredaran / Vitamin D

TCM:
• Kidney mengawal “bone & marrow”, jadi lutut sering dikaitkan.

Moden:
• Kekurangan vitamin D menjejaskan sendi.
• Otot peha lemah → lutut menanggung beban.

Tanda sokongan:
• rasa longgar / unstable
• sakit bila turun tangga

7. Sakit Belakang Kepala → Tekanan Darah / Fascia / Otot Leher

TCM:
• Bladder meridian melalui belakang kepala.

Moden:
• Tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan di “occiput”.
• Otot suboccipital tegang sebab duduk terlalu lama.

8. Sakit Paha / Pinggul → Fascia Tight / Kalsium Rendah (jarang)

TCM:
• Hip berkait dengan Liver & Gallbladder meridian.

Moden:
• Sitting terlalu lama → hip flexor ketat → sakit pinggul.
• Kekurangan mineral boleh jejaskan otot, bukan sendi secara spesifik.

Apa Yang Boleh Kita Belajar Daripada Peta Sakit Ini? (Penting)

1. Sakit tubuh bukan rawak.
Ia “bahasa tubuh” memberi petunjuk tentang organ, saraf atau tekanan dalaman.

2. Kaitan gambar dlm poster viral sering separuh betul.

Contohnya:

bahu → gallbladder (betul dari segi meridian, bukan anatomi)

lutut → vitamin D (boleh, tapi bukan sebab utama)

kebas jari → high BP (boleh berlaku, tapi banyak punca lain)

3. Cara terbaik membaca sakit badan ialah gabungan:
• meridian (TCM)
• lymphatic mapping
• saraf autonomik
• postur
• hormon

Baru dapat gambaran sebenar.

Sekian. Moga bermanafaat.

Kredit by owner.

Address

Rembia
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Nur Tukang Urut Tradisional Wanita Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram